Bab 2

122 10 0
                                    


KRINGGGGG!!!!!

Loceng yang berbunyi di SMK Sri Perdana menandakan waktu rehat untuk sesi itu bermula. Kelihatan ramai pelajar dari kelas lain melangkahkan kaki keluar dari perut kelas masing-masing.

"Orait class, don't forget to bring your literature component on this Thursday. Please remember your friends who was absent today to bring it." pesan Teacher Yatt kepada para pelajarnya.

"Okeyh teacher." Serentak satu kelas itu menjawab.

"Stand up!! Thank you teacher." laung Humaira selaku ketua kelas, memberi kata-kata hormat kepada guru yang berkulit putih kemerah-merahan itu.

"Thank you teacher". Diikuti ucapan dari seisi kelas.

Semua pelajar berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Teacher Yatt. Memang kebiasaan bagi kami untuk bersalaman dengan guru-guru setelah mengajar kami. Begitulah rutin mereka sehari-hari selepas tamatnya sesi pengajian dan pembelajaran mereka. Untuk mengambil berkat ilmu yang telah diberi.

Setelah keadaan mulai lenggang, giliran Sofiyya dan rakan-rakannya, Umie, Ezzaty, Alwa dan Wawa untuk bersalaman dengan Teacher Yatt.
Mereka memang tidak suka untuk bersesak-sesak dengan pelajar-pelajar yang lain.

Silap haribulan, mahu ada pelajar dimarahi kerana suka berlanggar-langgar. Lagi parah kalau sesiapa terlanggar dengan Umie. Mesti akan dibebelnya orang itu.

Para pelajar lelaki pula hanya melihat pelajar perempuan bersalaman dan hanya keluar kelas selepas Teacher Yatt hilang dari pandangan. Hanya tiga orang sahaja pelajar lelaki dalam kelas, membuatkan setiap apa yang dilakukan oleh mereka, selalu bersama.

"Hurm, harini aku ajak Nisa dan Paejah jelah gi rehat sama-sama. Lagipun Alwa, Wawa, Zaty dan Umie dah  gerak dulu sebab Umie 'bocor'. Gumam Sofiyya di dalam hati.

Sofiyya mengemas barang-barang di atas mejanya dan keluar dari kelas itu. Dia berjalan dan mula terhendap-hendap melalui tingkap kelas 4 Account untuk melihat-lihat sekiranya Nisa dan Paejah masih di kelas mereka.

"Woi!"

Terkejut Sofiyya tatkala disergah sedemikian rupa. Diurut-urut dadanya pabila dia menoleh dan melihat ada dua susuk tubuh yang tinggi dan berisi di belakangnya.

"Weyh bongokla kejutkan aku macam tu ! Mujur aku tak kena sakit jantung tahu tak!" marah Sofiyya sambil melepuk kedua-dua bahu dua rakannya iti yang sudah muka terkekek-kekek suka.

"Ehh dia yang terhendap-hendap macam pencuri, dia pulak yang terkejut." balas Paejah apabila melihat Sofiyya yang sudah memuncungkan mulutnya; tanda merajuk.

Merek bertiga akhirnya  bersama-sama ke kantin untuk membeli makanan. Nasib baiklah hari   itu mereka bertiga tak perlu masuk ke koperasi untuk bertugas.

Sofiyya, Nisa dan Paejah merupakan pengawas koperasi. Jika diikutkan, Sofiyya seharusnya perlu menjadi seorang pengawas sekolah, namun terdapat perkara yang tidak membenarkannya menyandang jawatan tersebut.

Namun begitu, rezeki Sofiyya tetap datang bergolek apabila Cikgu Farhanah, selaku guru mata pelajaran Sejarah dan penyelaras koperasi menawarkan posisi pengawas koperasi kepadanya kerana sikap rajinnya di kelas. Lagipula, guru tersebut hanya memerlukan tiga orang pengawas koperasi bagi setiap form di sekolah tersebut.


----------------------------------------


"Weyh, kau nak pergi kantin dulu atau ke tandas dulu? Aku dah tak tahan nak melepas nih." kata Sofiyya sambil tangannya menggenggam erat jalur pesak di baju kurungnya.

Sememangnye dari masa Sofiyya belajar BM tadi dia menahan rasa. Pagi-pagi dah nak terkucil dah. Mujur hanya Nisa dan Paejah yang mendengar omelan Sofiyya itu.

Sudah Tibakah Masanya?..Where stories live. Discover now