Bab 3

125 9 0
                                        


"PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR, MASA REHAT ANDA TELAH PUN TAMAT. SILA MASUK KE DALAM KELAS SEKARANG JUGA".

"Perhatian kepada semua pelajar, masa rehat anda telah pun tamat. Sila masuk ke dalam kelas sekarang juga.

"Err.. Bosan aku asyik dengar ucapan ni je hari-hari lepas rehat." Sofiyya membebel apabila guru yang bertugas menyuruh agar pelajar-pelajar SMK Sri Perdana masuk ke kelas.

"Hurm.. Nak buat macam mana.. Selagi budak-budak ini lambat masuk kelas, selagi itulah cikgu cakap benda yang same. Buat pekak sahajalah. Ada otak tak nak pikir. Beli jam mahal-mahal. Tapi mase pon tak boleh nak tepati." Umie juga sudah mula membebel.

Sofiyya yang sudah pun mulai mengantuk kerana kekenyangan mula menggeliat dan mendepangkan tangannya sepenuh hati.

Haihh anak dara seorang ini. Molek sungguh perangai.

"Weyh, harini masuk library ke?" tanya Sofiyya apabila dia perasan guru pendidikan Islam, Pn. Mahizan, tidak memunculkan diri lagi di dalam kelasnya.

"Entahla. Aku rasa Ustazah kite tu nak cuti bersalin kut. Kau tengok sahajalah perut die itu. Tunggu masa nak meletup je. Anak kembarlah agaknye kut. Tengok jelah perut die. Besar gila do." kata Wawa, kawan yang bersama-sama dalam group kami.

Dia seorang peminat tegar k-pop. Lagi-lagi dengan kumpulan BTSnya dan Leonya yang dipuja. Memang boleh dikatakan, hampir semua lagu-lagu yang terbaru dan lama kumpulan tersebut, dia sudah hafal. Begitu juga dengan tarian mereka. Walau sedang buat kerja sekolah sekali pun, masih boleh menari lagi.

Nak dibandingkan dengan si Sofiyya ini, tidak perlu tanyalah fasal k-pop-k-pop ini. Memang sudah terang lagi bersuluh dia tidak tahu apa-apa. Paling kurang pun, Sofiyya tahu hanyalah artis-artis dalam rancangan hiburan Running Man yang setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 5 petang itu sahaja.

"Uuw. Jadi, kite berada dalam kelas sahajalah? Pergh bosannya." Sofiyya memaparkan riak mulanya yang mula bosan dan seraya melunjurkan tangannya di atas meja. Jarinya yang panjang dan runcing itu bermain-main dengan key chain yang tersangkut pada zip kotak penselnya.

"Yekut. Huhu." jawab Wawa acuh tak acuh. Kemudian, dia mula menyanyi lagu-lagu korea. Entah lagu apa yang dinyanyikannya pon Sofiyya tidak tahu. Nasib baik suara lunak dan sedap didengar. Kalau tidak, sudah lama si Sofiyya menyumbat mulut Wawa dengan menggunakan kotak penselnya itu.

"Hai Zaty. Sayang tengah buat ape tuh? "tiba-tiba sahaja Ziqry datang menyelit di tempat mereka. Terkejut mereka bertiga dibuatnya. Daniel juga turut bersama Ziqry.

"Buat bodo. Er. Menyebok jah. Tak do kijo lain ko? Merayap kat tempat ore jah tahu. Buat kijo sekoloh nuh. "Ezzaty membalas kasar. Malas mahu melayan dua orang pelesit yang akan selalu hadir tatkala tiada guru yang masuk untuk mengajar di dalam kelas tersebut.

Sememangnye Sofiyya tahu perangai Zaty begitu; anti-lelaki. Ezzaty ini kalau bercakap, memang akan keluar loghat klate dia itu. Walaupun Zaty dilahirkan di Pahang, namun bahasa kelantan fasih di mulutnya kerana ayah dan ibunya orang kelantan. Jadi, tidak hairanlah jika die bercakap demikian.

"Alahh sayangku Ezzaty nih. Cakaplah lembut-lembut dan sopan santun sedikit. Barulah Abang Ziqry yang kacak lagi ini suka. Tak manis tau adik manis cakap kasar-kasar macam ini." Ziqry mula menuturkan ayat-ayat manis yang tidak beberapa terkesan sangat di hati Zaty.

"Eiyyyy!" serentak aku, Zaty, Umie, Alwa dan Wawa berkata. Meremang bulu roma, bulu tangan, bulu leher semua.

"Eyh, yang kau ini menyibuk dengan si Zik ni kenapa? Kau pun mahu menjadi seperti dia kah? Menggatal." Alwa berkata kepada Daniel yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Woii aku tanya nih. Pekak ke?" ton suara Alwa mula meningkat apabila soalannya tidak dijawab oleh Daniel. Hampir sahaja dia mahu memukul meja belajarnya untuk menyedarkan Daniel.

"Haa? Apa - apa? Kau bercakap dengan aku ke Alwa? Hehe. Sorry aku termenung tadi." jawab Daniel apabila menyedari dirinya dipersoal oleh Alwa dan Alwa memandangnya tajam sambil menggaru-garu kepalanya. Ade kutu ke apa mamat ini.

"Termenung hotak kau. Aku perhati sahaja kau ini dari tadi. Tak reti nak duduk diam. Sekejap-sekejap tengok Piya. Sekejap-sekejap tengok Piya. Apa kau ingat muke dia tuh cermin?"

"Eeh. Suka hati aku lah. Nak tengok Piya ke. Nak tengok pokok kat luar ke. Nak tengok kerusi meja ke. Cume satu jeh aku malas nak tengok. Muke itik kau tuh."balas Daniel nakal.

"Amboi mulut. Tiada insurans langsung ye." Alwa mula berdiri dan bercekak pinggang. Daniel yang tersentak dengan aksi tiba-tiba Alwa itu mulai mahu beredar dari tempat mereka. Takut sekiranya Alwa naik angin.

"Weyh Zik, aku gerak luh. Ade itik nak serang aku doh." perli Daniel namun Alwa tahu bahawasanya itik yang dikatakan Daniel itu adalah dirinya.

Lalu berlakulah sesi kejar-mengejar di dalam kelas. Mujurlah kelas itu luas. Kalau tidak, habis kerusi meja dilanggar budak-budak bertuah ini.

"Wuish. Cer senyap sikit. Aku nak bersweet-sweet dengan Zaty pun tak tenang! " Ziqry  memarahi Daniel dan Alwa. Tetapi arahan yang diberikan oleh Ziqry tidak diendahkan.

Sebaliknya, semakin rancak pula sesi kejar mengejar tersebut. Kelas 4 Pure Science itu semakin bising. Humaira dan Geena pula tidak kuasa lagi hendak menjerit agar suasana di dalam kelas dapat dikawal.

"Sweet kepalo hotok mu!" Ezzaty memukul kepala Ziqry menggunakan buku biologi. Pening tidak kepalang dibuatnya apabila buku setebal 4 inci tersebut hinggap di kepala Zikry

"4 PS!!! Kenapa bising sangat nihh?!! Orang nak belajar pun tak tenteram!! Dari kelas sebelah saya boleh dengar awak semua terjerit terlolong macam monyet-monyet dekat zoo. Awak ingat sekolah nih BAPAKK awak punye??!" tiba-tiba cikgu paling garang macam singa betina datang. Cikgu Nia namanya. Mahu sahaja terkeluar isi tekaknya pabika menjerit se demikian rupa.

Segala aktiviti di dalam kelas 4 Pure Sains terhenti. Bagaikan ada sesuatu yang menghentikan masa. Umie yang sedang makan kacang hijau pun terhenti untuk menyuapkan makanannya di dalam mulut. Yang ada di dalam mulut pula habis berterabur di atas meja.

"Semua pelajar berdiri!! Lelaki ke sebelah kanan! Perempuan ke sebelah kiri! Sekarang!!" laung Cikgu Nia sekuat hati.

Apa lagi, terkulat-kulat semua pelajar 4 PS bergerak. Memang kuat terasa lup dup lup dup jantung mengepam darah. Pelajar lelaki dan perempuan habis berlanggar-langgar mendapatkan posisi yang diarahkan oleh Cikgu Nia masing-masing.

"Semua pelajar perempuan pegang telinga! Buat ketuk ketampi 20 kali! Selagi tak seragam, tambah lagi 20 kali!"

"Yang lelaki! Semua turun! Buat pumping 20 kali! Kalau tak same jugak, tambah 20 kali lagi!"

Semua pelajar 4 PS terkejut. Umie yang tidak sempat untuk mengunyah kacang hijau tadi, mula terbatuk-batuk. APEKAHHH??

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 23, 2021 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Sudah Tibakah Masanya?..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang