CHAPTER 6:SAVE ME PLEASE...

56 6 0
                                    

   "Ken.Chorong tidur kat rumah aku tau!"ujar Nahun di hujung talian.Ken pelik.Chorong tidur kat rumah Nahun?

   "Asal lak?Kalau dia nak tidur sana pun.Baju mana ada."

   "Ermm...Dia pinjam baju aku dulu.Nanti habis sekolah esok,Chorong ambik barang dia.Lagipun dia kata nak belajar subjek English dengan aku buat beberapa bulan ni. Aku tahu lama tapi dia nak sangat belajar English dengan aku.Inform la dekat omma dan appa ko."ujar Nahun sambil melihat Minhan yang sedang memujuk Chorong untuk makan.

   "Yela.Yela.Nanti aku beritahu.Jaga Chorong elok-elok yea.Aku bagi tanggungjawab ni kat ko tau!"

   "Okay.Okay.No prob.Kalau ada masalah nanti aku inform kat ko.Bye."Nahun memutuskan talian telefon.Dia mengeluh perlahan.

   "Chorongie~Jom makan.Makan satu sudu pun takpe.Janji perut tu dapat alas."pujuk Minhan.Chorong masih lagi memeluk lututnya.Nahun meletakkan handphonenya di atas meja.Dia mendekati Chorong dan Minhan.Dia duduk di tepi Chorong.

   "Chorongie...Makan sikit okay.Unnie tak nak Chorong sakit.Oppa Chorong pun tak nak.Makan la sikit."pujuk Nahun sambil menggosok belakang Chorong.Air mata mula bergenang.Chorong memeluk Nahun.

   "Nahun unnie...Kenapa benda ni jadi kat Chorong?Apa Chorong dah buat?Lebih baik Chorong mati daripada hidup atas dunia ni..."Chorong tersedu-sedan.Nahun dan Minhan terkejut apa yang diucapkan oleh Chorong tadi.Minhan bertindak untuk memujuk Chorong.

   "Chorongie..."Minhan menarik tangan Chorong daripada terus memeluk Nahun.Dia menyeka air mata Chorong lalu menggenggam kedua tangan Chorong.

   "Jangan fikir bukan-bukan.Ada orang yang sayang Chorong lagikan.Omma ada.Appa ada.Ken oppa pun ada.Chorong jangan la fikir apa yang negatif.Fikir la apa yang positif."nasihat Minhan.

   "Tapi kenapa!Kenapa Chorong yang kena hadapinya?!"Chorong memeluk Minhan kemudian menangis dengan selak.Minhan memandang Nahun.Nahun membuat isyarat supaya keluar untuk berbincang.Nahun keluar dari bilik.Minhan tunggu masa untuk Chorong tidur.

   Minhan menutup pintu lalu pergi ke bilik untuk berbincang dengan akak kembarnya,Nahun.

   "Nahun,camner ni?Chorong dah patah semangat tu."

   "Takpe.Biar je Nahun selesaikan kes dia.Apa yang penting sekarang ni,kita kena jaga Chorong bergilir-gilir.Takut dia buat perkara yang tak sepatutnya."

   "Harapnya dia tak terfikir untuk bunuh diri sudah."

   Nahun menganggguk setuju.Harapnya tidak.

______________ // ______________

   Chorong mengenggam beg sandang sekolahnya dengan erat.Dia memandang sekeliling sekolah bagaikan sekolah dia macam tempat asing.Semua para pelajar hanya memandang Chorong dengan pelik.Ada juga pelajar yang saling berbisik-bisikkan.Chorong buat tidak kisah.

   "Eh?Chorongie."sapa V sambil tersenyum.Chorong terkejut.Dia menundukkan kepalanya sambil mengetap bibirnya.Air matanya menitis kerana mengingati kejadian hitam yang dialaminya beberapa hari yang lalu.

   "Chorongie?Kenapa ni?"V cuba mengusap kepala Chorong.Chorong menepis tangan V lalu melarikan diri dari V.

   "Chorongie!!!"jerit V untuk memanggil Chorong.

   Nahun yang sedang khusyuk berbual dengan Minhan tiba-tiba ternampak kelibat Chorong melarikan diri dari seseorang.Dia mula rasa tidak sedap hati.Dia memandang ke hadapan.Kelihatan V  sedang berwajah resah.Minhan yang tak jadi nak bercerita mengikut langkah Nahun.

Math formula : girl x friend = girlfriendWhere stories live. Discover now