CHAPTER 17:SUCKS!!!

15 4 0
                                    

   "Kenapa dengan Suki tu?"soal Joo Hye.Separa berbisik.Minhan yang berada disisi Hye Seok hanya mengangkat bahu.Nahun sedang khusyuk bermesej dengan V.Hye Seok hanya merenung keluar tingkap kapal terbang sambil menongkat dagu.

   Matanya habis bengkak dan merah kerana menangis.Minhan yang sedari tadi memandang terasa pelik.Kemudian dia memanggil seorang pramugari lalu membisikkan sesuatu.Terus pramugari tersebut berlalu.Minhan mula risau.Mana taknya,biasanya Hye Seok akan teruja.

   Tapi hari ni senyap tak terkutik.Hye Seok menyandarkan badannya.Matanya masih tertacap pada langit malam lalu dia mengeluh.Kemudian dia terasa bahunya dicuit seseorang.Dengan rasa malas plus takde mood,dia memandang.

   Tiba-tiba ada sesuatu menerpa matanya menyebabkan pandangannya menjadi terhad.Kesejukkan mula terasa dibawah pelupuk matanya.Minhan mengalihkan kain yang berisi ais dari mata Hye Seok.

   "Okay tak Suki?Mata bengkak semacam...Aku risau ni..."

   Hye Seok hanya tersenyum kelat lalu mengangguk tanda dia okay.Minhan hanya mengeluh perlahan.Kalau bab luahkan perasaan,Hye Seokla yang paling payah.Dia menghulurkan kain tadi kepada Hye Seok.

   "Letak kat pelupuk mata ko tu."arah Minhan.

   Hye Seok hanya menurut lalu merenung kembali langit malam.Minhan hanya memandang Hye Seok.Dia sangat pasti ada sesuatu dah terjadi kepada Hye Seok.Ting!Kena tanya Jimin ni.Terus dia mengeluarkan handphonenya lalu terus menaip.

   Hye Seok tenggelam dalam kepekatan langit malam.Tangannya yang satu lagi menggenggam rantai pemberian Jungkook yang tergantung di lehernya.Dia begitu asyik.Kemudian kelihatan banyak bintang.Kata-kata Jungkook mula menerpa dalam kotak ingatan.

   "Cantikkan bintang malam ni?"

   Senyuman Jungkook bermain-main dalam layar mindanya.Tiba-tiba kejadian dia bergaduh mula menerpa.

  "Siapa nak kawan dengan penipu macam ko?!Menyusahkan orang je!!!"

   Akhirnya Hye Seok menangis teresak-esak.Melepaskan rasa sedihnya yang ditahan sejak tadi.Terhenjut-enjut bahunya.Dia menangis dalam senyap tanpa disedari sesiapa...

HAMPIR sebulan mereka berempat berada di New York City.Suasana sibuk seperti biasa.Tapi yang luar biasanya...Hye Seok tak banyak cakap.Nahun,Minhan dan Joo Hye mula risau semacam.Sejak naik flight sebulan yang lalu sampai sekarang...Tak banyak cakap.Bila tanya, jawab satu patah.Tak pun just bagi isyarat.

   Minhan mengeluh.Mesej Jimin yang dia baru terima membuatkan dia tertanya-tanya sama ada Jungkook ada terlibat sama dengan masalah Hye Seok.Joo Hye menepuk bahu Minhan yang termenung jauh.

   "Termenung jauh nampak."

  "Mana taknya,cuba tengok Suki.Sedih semacam je aku tengok."

  "Tulah pasal,perangai dia berubah sejak sebulan lalu."Nahun menarik kerusi disisi adiknya.

  "Minhan,ko tahu tak kenapa Suki jadi macam tu?Biasanya dia akan buli-buli manja dengan aku."Joo Hye meluahkan kerisauannya.Minhan hanya melihat Hye Seok yang berada disisi sliding door.

   Merenung keluar dengan sepasang mata yang sedih.Minhan mengeluh perlahan.Dia membuka mesej Jimin dalam handphonenya lalu diberikan kepada Nahun.

   "Nahun,Minhan rasa Suki berubah ni mesti ada kena-mengena dengan Jungkook."

   Nahun mengambil handphone Minhan lalu membacanya.Joo Hye mendekati Nahun untuk membaca sama.Minhan menongkat dagu.

   Nahun memberikan kembali handphone Minhan.Dia mencicip sedikit air kopinya.Joo Hye bermain dengan dagunya.Memikirkan sesuatu.

Math formula : girl x friend = girlfriendWhere stories live. Discover now