Bab 3

168 5 3
                                    

               Hisya menggerakkan tangannya sedikit demi sedikit. Kelopak matanya yang selama ini seperti digam oleh gam gajah sudah boleh dibuka.Dia dapat melihat rakanya iaitu Fasha berlari lari anak untuk mendapatkan doktor.Anak mata Hisya memandang segenap ruang di hospital.Matanya mencari cari kelibat wanita yang hilang di dalam kabus tebal.Tetapi hampa,Dia hanya dapat melihat beberapa orang jururawat dan doktor berkejar untuk mendapatkannya.

        💙    💙   💙   💙

Fasha merenung memandang Hisya yang terbaring lesu pada katil hospital.Terbit rasa kasihan pada Hisya apabila melihat tiada seorang pun ahli keluarganya datang untuk menziarahinya. 

"Hisya..aku nak bagi tau kat kau ni.."

Fasha tunduk memandang lantai ,rasa bersalah mula menguasai dirinya..

"Apa..bagi tau je lah.."

Hisya cuba juga tersenyum walupun agak terseksa.

"Takda sorang pun yang ahli keluarga kau lawat kau.."

Air mata Hisya jatuh mengenai tangan Fasha .Dia tidak dapat menahan kesedihan yang menggilla di dalam hati.

"Biarlah Sha,aku pun tak terasa hati langsung.Ayah aku pun.."

Kata kata Hisya terhenti begitu sahaja.Perit rasanya untuk menyambung kembali tetapi dia gagahkan juga.

"Ayah aku pun..anggap aku macam..pembantu rumah aja..Walaupun aku ni sebenarnya anak kandung dia.."

Hisya kini sudah boleh tenang.Dia mahu  untuk jadi kuat supaya dapat menghapuskan segala penderitaan yang  bersarang dalam hati.

"Sebab tu la aku tekad nak ambik kau jadi adik angkat aku.Aku pun dah berbulat suara dengan keluarga aku untuk jaga kau sampai lah tamat riwayat hidup kau.."

       Hisya hanya tersenyum memandang Fasha.Fasha seorang sahaja yang terlampau   mengambil berat tentang dirinya.Hisya hanya memejamkan matanya untuk mengamati layanan dari keluarga sendiri. 

  💔     💔     💔 💔

Hisya hanya mengikuti langkah Fasha yang sudah jauh di hadapan.Dia tahu jika dia mengikuti Fasha mungkin dia dapat menghapuskan duka lara sendiri.Dia dapat melihat ayah Fasha tersenyum memandang dia.Hisya tergamam.Senyuman yang sangat dia rindui daripada ahli keluarga sendiri.Dia pasti keputusan yang dibuatnya ini langsung tidak disetujui oleh ibu tirinya.Fasha yang melihat Hisya hanya tercegat di hadapan pintu kereta segera menariknya untuk cepat masuk ke dalam.Tidak fasal fasal pula nanti Hisya tertinggal di hospital itu pula.













Dia yang Terbaik ?Where stories live. Discover now