Bab 4

126 3 6
                                    

                   Kereta milik Ayah Fasha memasuki perkarangan rumah.Hisya tergamam melihat suasana di luar rumah milik Fasha.Fasha dan ayahnya sudah keluar melalui perut kereta.Sama juga seperti Hisya.Tiba tiba bahunya seperti dilanggar oleh seseorang.Hisya menoleh.Dia tidak ternampak sesiapa pun.Yang dia lihat hanyalah sebiji epal .

                   "Hisya kau buat apa tu? cepatlah masuk!"

Suara Fasha mematikan lamunan Hisya.Hisya segera menoleh .

                   "Baiklah baiklah.."

   Hisya melajukan langkah kakinya.Bimbang terhilang jejak Fasha.Dia bukan tahu apa apa pun mengenai rumah Fasha yang tersergam indah ini.Sebaik sahaja dia masuk kedalam rumah Fasha,Fasha menunjukkan di mana terletaknya bilik tidur nya.

                                                                          🌺       🌺       🌺        🌺

     Hisya termenung ke arah luar jendela sambil menghirup segelas air coklat panas.Fikiranya kusut.Dia begitu mahu mengambil tahu siapakah wanita yang hilang di dalam kabus tebal itu.Fasha menjengah sebalik pintu yang terbuka sedikit.Dia tersenyum.

                 "Hisya,Hisya..kau ni asyik termenung je..kat hospital termenung ,dekat luar rumah termenung ,,ni kat dalam bilik pun termenung? kau ni teringatkan siapa sebenarnya ni?"

Fasha tergelak kecil melihat wajah Hisya yang mula memerah.Mungkin akibat malu.

              "Aku mana ada teringatkan sesiapa."

Hisya cuba berahsia.Dia tidak mahu Fasha mengetahui rahsia sebenar.

              "Habistu kenapa kau asyik termenung je?Ha lagi satu ..Yang kau tercegat depan rumah aku tadi tu kenapa? Mesti ada apa apa kan? Kau sorok sesuatu dari aku kan??"

 Fasha cuba mengorek rahsia.Dia tau ada sesuatu yang disorokkan oleh Hisya.

                "Aish..kau ni pandai pandai je..selalu pikir yang bukan bukan tau tak? Aku tercegat tadi pun sebab aku terpijak epal.Aku rasa bersalah sebab aku terpijak epal yang aku tak tahu kepunyaan siapa."

    Hisya menjawab mendatar sahaja.Dia berharap Fasha puas hati dengan jawapan yang diungkapnya tadi.Walaupun dia hanya memutar belitkan cerita ,dia tetap berasa bersalah kerana telah membohongi rakan karibnya sendiri.Fasha pula memandang pelik.

                 "Aku tak nampak pun epal belakang kau tadi tu pecah ke apa..nampak baru ada laa..siap berkilat lagi..Hmm epal tu aku nampak ada seseorang yang terjatuhkannya sebab terlanggar bahu kau.Kau jangan nak tipu aku laa..Aku tahu semua yang berlaku dekat keadaan sekeliling aku.Jadi penipuan amat susah untuk masuk dalam hati aku..tahu?"

Fasha memandang Hisya sambil tersenyum sinis.Hisya pula hanya berlagak tenang walaupun dia rasa takut yang teramat.Dengan kening yang terangkat sebelah dia berkata.

               "Maksudnya kau nak kata yang hati kau kalis penipuan la ni?"

Hisya berseloroh.Ketawanya mengeledak sehinggakan muka Fasha berona kemerahan.Malu kerana digelakkan sahabat sendiri.

              "Kalau ye pun kenapa?Kau tahu tak hati aku ni cekal.Tak mampu terusik dengan apa apa lawak pun."

Tiba tiba Fasha ketawa.Hisya hanya memandang rakanya itu dengan pelik.

               "We aku tak tanya pun kalau hati kau cekal ke apa? tapi aku pelik sebab kau kata kau tak mampu terusik dengan apa apa lawak pun..jadi? kenapa kau gelak?"

Fasha  langsung tidak hiraukan Hisya .Dia terus ketawa ketawa dan ketawa.Hisya tersenyum.Terima kasih Allah untuk kebahagiaan yang aku teringin rasai ini walaupun hanya untuk seketika.

Dia yang Terbaik ?Where stories live. Discover now