Bab 7

87 3 0
                                    

Azmal mengurut dagunya.Adam juga turut menyertai sesi mengurut dagu sendiri.Masing masing sedang memikirkan rancangan yang baik supaya dapat keluar cepat dari rumah yang dihuni oleh mak tiri yang kejam.Tiba tiba Adam memukul bahu Azmal dengan kasar.

       "Mal,Mal,Mal,aku ada idea!!"

     Adam hampir terjerit kecil.Teruja dengan idea bernas yang mahu disampaikan.Azmal pula seperti tidak kisah lalu terus merenung syiling.Dia pasti idea yang dikeluarkan oleh Adam pasti tidak boleh pakai.Adam sekali lagi memukul Azmal apabila tiada respon darinya.

     "Kau nak apa!?"

     Azmal meninggikan sedikit suaranya.Akibat suaranya yang garau, sudah cukup untuk membuatkan Adam takut.

    "Aku cuma nak bagi idea..."

     Adam menunjukkan muka belas kasihan .Mata dibulatkan sedikit bagi menyerupai kucing yang comel.Azmal menjeling menyampah.

     "Dam,kau tau tak ? otak aku sedang bekerja..Takda masa nak layan kau yang macam budak budak perempuan!"

Azmal mula malas untuk melayan karenah rakannya itu.Dia terus membuka pintu lantas melangkah keluar.Adam dibiarkan sahaja terpinga pinga.

                                                           ........................................

           Hisya mula bersiap siap untuk hadir ke sekolah.Barang barang kepeluannya sudah diambil minggu lepas bersama Fasha.Mereka menyeludup melalui tingkap biliknya yang sengaja dibiarkan terbuka.

       " Hisya kau dah siap kebelum?"

Pintu bilik diketuk dari luar.Fasha menunggu sambil mengerling jam ditangan.Lagi seminit mereka harus bertolak.

      "Dah,jap aku nak ambik beg"

Hisya menjawab.Selepas itu pintu bilik terbuka.Hisya hanya tersenyum sumbing memandang Fasha yang sudah mengomel.Mereka melangkah menuruni tangga yang bersebelahan dengan bilik Hisya.Sambil itu mereka berborak riang sementara melangkah pergi.


Dia yang Terbaik ?Where stories live. Discover now