Bab 5

93 5 0
                                    


     Hisya memandang sekeliling.Itu adalah satu tempat yang tidak pernah dikunjunginya.Tempat yang penuh dengan bunga bunga berwarna warni.Pokok pokok yang rendang menambahkan lagi suasana yang tenang dan   redup .Epal epal berterabur di tanah yang dipenuhi dengan bunga bunga yang menarik.Batu berwarna warni mengikuti langkah kakinya.Dia tersenyum puas.Tiba tiba matanya tertumpu pada seorang gadis bertudung litup berumur 50 an.Dia hampir terjerit kecil apabila dia mengetahui itulah ibunya.Ibunya yang amat dirindui sejak kecil.Dia mahu memanggil ibunya tetapi suaranya hanya tersekat di kerongkong.Dia melihat ibunya perlahan pergi menjauhi dirinya.Kakinya bagai dirantai dengan rantai besi yang membuatkan dia langsung tidak boleh mengejar ibu yang tercinta.Dia hanya menangis melihat ibunya semakin jauh meninggalkanya.

                                                                  ☘   ☘   ☘    ☘

      Fasha menggoyangkan tubuh Hisya untuk solat Asar.Tetapi Hisya masih lagi lena dibuai mimpi.Sesekali dia menepuk nepuk pipi Hisya untuk segera bangun tetapi tidak menjadi.Akhirnya,dia duduk di sebelah Hisya.Fasha segera bangun untuk menunaikan solat Asar dahulu kemudian baru menyambung untuk mengejutkan Hisya ,seorang gadis yang amat susah untuk bangun sekiranya sudah lena diulit mimpi.Sesekali air mata Hisya jatuh mengenai pipinya yang mulus walaupun dia sedang tidur.

 

Dia yang Terbaik ?Where stories live. Discover now