Bab 2

241 6 6
                                    

Hisya memegang perut yang dari tadi berbunyi mendendangkan lagu yang tidak tahu hala iramanya.Rantai milik arwah ibunya digengam.Hampir 2 tahun ibunya meninggalkanya.Saki baki kesedihan tidak pernah lenyap dalam dirinya.Walaupun hidup dalam keluarga yang berada tetapi,masalah sering sahaja menyelubunginya.Dengan mak tiri yang langsung tidak mempunyai belas kasihan,keluarga juga tidak mempunyai beza dengan mak tirinya.Hidupnya seperti dongeng cinderella yang sering sahaja menjadi  bahan hinaan.Perasaan takut untuk pulang kerumah dibuang sejauh mungkin.Walaupun perasaan sedang berbolak balik tetapi apakan daya kenyataan perlu dihadapinya juga.

            Pintu rumah diketuk dengan berhati hati.Tidak mahu dileteri dari pagi hingga ke petang.Pasti akan ada sesuatu yang tidak kena di hati ibu tirinya yang kejam.Tetapi kali ini lain pula jadinya.Dia memasuki rumah agamnya yang dahulunya merupakan pujaan si hati dengan tiada masalah.Nafas kelegaan dihembus dengan tenang.Dari situ dia dapat melihat ayahnya memasuki bilik tidurnya.Dia berasa hairan kerana bilik tidurnya dimasuki oleh ayah sendiri.Jika dulu,itulah bilik yang langsung tiada siapa mahu memasukinya kerana dihuni oleh dirinya yang sering sahaja digelar pembantu rumah.Dia merasakan kepalanya diketuk oleh sebatang besi dengan kuat .Matanya terus berubah menjadi kabur.Sedikit sebanyak badannya terus rebah di lantai.

  💛  💛    💛    💛

Tangannya diusap oleh seseorang dengan perlahan.Matanya juga boleh dibuka.Suasana disekeliling baginya terlalu asing.Matanya terus sahaja tertumpu pada seorang gadis yang bertudung litup.Gadis yang tidak pernah ditemuinya.Bibir gadis itu terukir senyuman.Senyuman yang dirinduinya sejak anzali.Tiba tiba gadis itu menghilang di dalam kabus yang tebal.Dia hairan mengapa gadis itu membuatkan dirinya berasa sedih? Mungkin kebahagiaan yang teringin dikecapinya telah dirasai?Hatinya bingung.Adakah ini pengakhiran dari segala derita yang dirasai?

Tiba tiba tanganya terasa seperti digoyangkan.Titisan air mata seperti jatuh di atas tangannya.Barulah dia sedar bahawa segala derita masih lagi belum tamat.Masih lagi belum bertemu pengakhiran.Air matanya mengalir membasahi pipinya yang mulus.Walaupun matanya masih lagi tertutup rapat tapi dia pasti di masih lagi tidak bertemu Ilahi.Pencipta yang amat dirinduinya.Adakah ini ikhlas di hati? Dia tidak tahu.Hanya bual bicara seseorang sahaja yang dapat didengari.Separuh darinya berkata bahawa nyawanya hanya 50 50 .Ada juga yang berkata dirinya sedang koma.Mungkin pendarahan banyak dikepalanya kerana diketuk dengan besi yang keras?Tetapi dia berharap dirinya dapat merasai kebahagiaan daripada pengakhiran segala derita.



Dia yang Terbaik ?Where stories live. Discover now