Bab 6

88 4 4
                                    

        Di bilik abang Hisya.

  Azmal baring di atas katil sambil menongkat dagu.Dia mengeluh.Terbit rasa kasihan pula pada adiknya Hisya.Sebenarnya dia amat kasihan dengan nasib yang sentiasa menimpa Hisya.Tiba tiba Azmal merasakan Adam duduk disebelahnya.Dia menoleh.Adam hanya tersenyum senget.Azmal kembali melayan perasaan.

      "We kau kenapa asyik sebut nama Hisya je..Kau ada masalah ke?"

Adam berkerut kening.Pelik dengan kawan baiknya seorang ni.Azmal kembali menoleh ke arahnya lalu mengganggukan sedikit kepala.

    "Aah,aku rasa kesian sangat dekat adik aku tu."

   Azmal tunduk memandang cadar yang terukir namanya.Sebak rasanya atas perbuatan yang dibuat pada adiknya.

   "Nak buat macam mana ,tu kan arahan mak tiri kau..Kalau kau tak buat nanti kau kena dera lagi acane? aku jugak yang susah.."

  Adam memandang sayu pada muka rakan baiknya itu.

   "Entahla Dam,aku rasa aku tak patut dah nak ikut arahan mak tiri aku tu.Aku tak larat dah nak buat jahat dekat adik  aku.Aku pun dah tak nak rasa dah kena dera."

Adam memandang wajah Azmal dengan pelik.Dia cuba untuk menghadam segala perkataan yang dituturkan oleh Azmal.Baginya,dia langsung tidak faham dengan apa yang Azmal mahu kata sebenarnya.

       "Habistu kau nak ikut sapa sebenarnya ni..? ataupun kau nak mati !?"

 Adam menekup mulutnya.Matanya bulat memandang wajah Azmal.

      "Kau ni karut apa? Aku masih sayangkan nyawa aku lagi lah! Maksud aku aku nak ..."

Azmal tidak dapat menghabiskan kata katanya lalu dipotong oleh Adam.

   "Kau nak lari dari rumah?"

Adam memandang muka Azmal seperti tidak percaya.Azmal menunjukan tanda thumbs up.

    "Kau nak lari pegi mana?"

   Adam menanyakan soalan cepu emas pada Azmal.Azmal tersenyum sambil mengurut dagu.Di dalam hatinya hanya berkata biarlah rahsia.



            


Dia yang Terbaik ?Where stories live. Discover now