Tanah kubur yang masih memerah dan bunga-bunga yang ditabur diatasnya ditatap sayu.
"Opah kenapa Opah tinggalkan Nia?" Terdengar esakan gadis itu. Dia memegang batu nisan yang tertulis nama si mati, Maimun bt Kahar. Air matanya gugur mengenai selendang putih yang dipakainya.
"Nia jom kita balik nak, tak baik meratap kat tepi kubur macam ni" puan Nur mengusap bahu anaknya. Dia juga sedih dengan pemergian ibunya yang tercinta dua hari lepas namun dia harus kuat dihadapan anaknya.
"Nia taknak balik ibu. Nia nak teman opah kat sini" Air matanya sudah bercucuran jatuh. Hidung dan matanya sudah kemerahan kerana terusan menangis.
"Nia tak elok macam ni. Biarlah Opah pergi dengan tenang. Nanti Opah pun sedih tengok Nia macam ni. Malam esokkan nak buat tahlil untuk opah. Kita balik ye nak..?" Pujuk puan Nur. Airmata anaknya diusap, sedih melihat keadaan anaknya sebegitu. Akhirnya Nia akur dan mengikut ibunya pulang.
"Awak kenapa tangan awak lebam?" tangan budak perempuan yang memakai headband berwarna pink disebelahnya ditilik. Terdapat kesan-kesan lebam seperti dirotan.
"Tak ada apa-apalah awak! Semalam saya terjatuh kat rumah." Dalih budak perempuan itu dengan tersenyum menampakkan lesung pipitnya dikedua belah pipinya. Sungguh comel ! Tangannya ditarik daripada terus ditilik oleh budak lelaki disebelahnya.
"Owhh!! Lain kali hati-hati yer!!" Dia menggosok-gosok kepala budak perempuan disebelahnya.
"Awak rosaklah rambut saya. Tengok ni dah serabai" marah budak perempuan itu. Mulutnya sudah memuncung. tangan gadis kecil itu sudah mula untuk mencubit dirinya. Namun dia mengelak dari dicubit dan berlari meninggalkan budak perempuan itu. Budak perempuan itu mengejarnya dari belakang. Jelas terpancar riak kebahagiaan di wajah kedua-duanya.
"Fiq !!!" Panggilan mamanya menyentak lamunan masa lalunya.
"Er.. ye ma ?" Dia memandang wajah mamanya yang sudah bercekak pinggang disebelahnya.
"Ya Allah !! Dari tadi ma panggil Fiq termenung apa?" Kata Tengku Suraya. Aneh melihat anaknya yang termenung di tepi kolam renang itu sehingga panggilannya tidak disahut.
"Heee tak ada apa-apa lah ma" Tengku Syafiq menyeringai.
"Fiq dah fikir permintaan ma tu ?" Tanya Tengku Suraya . Wajah anaknya dipandang penuh pengharapan.