Bab 4

128 1 0
                                    


"Tengku Sufia yang sedang menonton televisyen didekatinya. Dia melabuhkan punggungnya disisi Tengku Sufia. Kehadirannya disitu langsung tidak dipedulikan oleh adiknya yang masih tekun menonton rancangan 'Takeshi Castle' itu.

"Sufia Adriana.." Tengku Syafiq memanggil nama adiknya. Operasi memujuk bermula !. Namun hampa panggilannya langsung tidak diendahkan oleh adiknya

"Su pandanglah abang.." Tengku Syafiq memegang bahu adiknya namun ditepis. Mata Tengku Sufia masih tidak beralih dari kaca televisyen.

"Su..i'm so sorry okay ?" Pujuk Tengku Syafiq malah adiknya masih diam tidak berkutik. Geram dengan sikap adiknya remote control diambil dan ditekannya butang off pada remote tersebut.

"Abang ! Apa ni ? Su kan tengah tengok tv." Marah Tengku Sufia. Muka abangnya dipandang dengan wajah geram.

"Ha pandang pun. Su abang nak minta maaf okay ? Su tahukan abang penat tadi baru balik kerja." Kata Tengku Syafiq. Mata adiknya dipandang. Tengku Sufia memandang kearah lain sambil mulutnya tersenget-senget mengejek abangnya bercakap.

"Okay-okay macam ni. Esok abang janji lepas abang balik kerja abang bawa Su pergi makan aiskrim Baskin Robin yer." Pujuk Tengku Syafiq masih tidak mahu mengalah. Tidak betah dia tidak melihat senyuman adiknya itu walaupun hanya sehari. Dia amat menyayangi satu-satu adiknya itu.

"Janji?" Kata Tengku Sufia masih dengan wajah cemberut.

"Yep abang janji." Kata Tengku Syafiq. Mengangkat tangan seperti orang berikrar. Tengku Sufia ketawa. Lalu Tengku Syafiq juga turut ketawa sambil menggosok-gosok kepala adiknya.

"Yeay ! Sayang abang." Kata Tengku Sufia. Tubuh tegap Tengku Syafiq dipeluknya.

"Abang pun sayang sangat sangat sangatttt kat adik abang yang manja ni. Kalau tak memang tak lah en abang nak pujuk." Kata Tengku Syafiq membalas pelukan adiknya .

"Ehemm." Tengku Syafiq dan Tengku Sufia meleraikan pelukan mereka setelah mendengar suara garau yang berdehem tersebut.

"Pa !! " Tengku Sufia terus meluru kearah Tengku Sufian yang berdiri di belakang mereka dan memeluk papanya.Tengku Syafiq tersenyum menghampiri lalu menyalami tangan Tengku Sufian.

"Bila pa sampai ? Tak dengar bunyi kereta pun." Tanya Tengku Syafiq kehairanan. Tengku Sufia mengangguk mengiyakan soalan abangnya.

"Baru je tadi. Dah anak-anak kesayangan pa ni dok sibuk berdrama mananya nak perasankan ?" Kata Tengku Sufian. Terhambur gelak mereka bertiga.

" Amboi riuhnya anak beranak ni. Ada apa? " Muncul Tengku Suraya berserta gelas air kosong ditangan lantas diberikan kepada suami terchenta.

"Hehe takde apa lah ma. Pa mana hadiah dari China untuk kami? " tanya Tengku Sufia. Tangannya ditadahkan ke arah Tengku Sufian.

"Ya Allah sabarlah su. Kalau Ye pun bagilah Pa berehat dulu." Kata Tengku Suraya.

"Hehe. .okay Pa duduklah dulu." Kata Tengku Sufia tersengih. Tangan Tengku sufian ditarik supaya duduk di atas sofa diruang tamu

"Hadiah mestilah ada untuk semua. Tapi semuanya dalam kereta. Malam ni pa nak rehat dulu. Penat sangat. Esok baru pa bagi eh.?" Kata Tengku Sufian.

"Okay pa !" Serentak Tengku Sufia dan Tengku Syafiq membalas. Tengku Sufian dan Tengku Suraya tersenyum bahagia.

"Afiq cepatlah diorang dah nak sampai dah tu." Kata Nia menggamit budak lelaki yang berusia 10 tahun itu.

"Sabarlah Kak Nia. Afiq penatlah. Kak Nia jalan cepat sangat." Kata Afiq termengah-mengah. Dia tertunduk memegang lututnya cuba menstabilkan pernafasannya.

Awak Flashlight SayaWhere stories live. Discover now