Bab 5

141 4 0
                                    

"Tahniah Nil Arezza ,peningkatan kerja awak sangat bagus. Kalau tidak disebabkan awak syarikat kita tidak akan dapat bekerjasama dengan Wangsa Holding. Pembentangan tentang Projek Agro Industries kat Kelantan tu sangat mengagumkan saya dan juga pengarah daripada Wangsa Holding. Tahniah lagi sekali. Teruskan prestasi awak ni." Ucap Dato' Ramli kepada Nil. Sungguh dia bangga memilih Nil sebagai arkitek di syarikatnya. Bahu pemuda itu ditepuk-tepuknya.

"Terima kasih Dato'. In sha allah saya akan kekalkan ." Kata Nil. Tersenyum ramah kepada Dato' Ramli.

"Nil betul ke adik kau nak nikah minggu ni ?" Tanya Aiman yang duduk di kerusi dihadapan Nil. Ruang pejabat Nil dipandangnya.

"Haah" balas Nil bersahaja.

"Dah tu kau dah minta cuti dari boss ? Aku minta maaf sebab tak dapat datang majlis tahlil opah kau haritu." Kata Aiman.

"Tak pun. Malaslah nak balik bukan penting pun. Takpe Aiman aku faham."

"Kau biar betul ? Tak penting kau cakap ? Majlis nikah adik kau kot. Takkan tak pergi."

"Biarlah dia nak nikah ke apa ke , kisah apa aku ?!" Jerkah Nil tetiba.

"Okay-okay lek bruh aku tanya je" kecut juga Aiman melihat wajah tegang Nil. Salah dia juga dah tahu kawannya itu bermasalah dengan adiknya. Lagi ditanya.

"Sorry Nil. Aku tak bermaksud pun nak buat kau marah."

"Sokay. Kau tahukan aku dengan 'dia' macam mana ? Lagipun kau kawan aku dari kecik mestilah tahu. Aku tak boleh terima apa yang dah dia buat. "Kata Nil meraup wajahnya.

"Yelah-yelah sorry. Oklah jom pergi lunch. Dah lunch hour ni." Ajak Aiman.

Tengku Syafiq duduk dibirai katilnya yang bersaiz king itu. Dia memandang baju melayu putih yang sudah siap bergosok yang digantung didalam almari pakaiannya itu. Dia mengeluh berat.

"Kenapa aku kena paksa kahwin dengan perempuan tu pulak ? Aku taknak !" Tengku Syafiq meramas rambutnya.

Iphone 6 nya yang berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk diangkatnya.

"Hello.." Tengku Syafiq tersenyum setelah mendengar suara gadis yang berada dihujung talian.

"Hello. You kat mana ?" Tanya Tengku Syafiq.

" i ada je ni kat dalam hati you." Tengku Syafiq ketawa kecil. Entah kenapa kelakuan gadis itu mencuit hatinya dan mengingatkan dia kepada 'seseorang'.

"Tak adalah. I kat rumah ni."

"lunch jom ? I ambil you."

"Okay"

"Sharp 12.30 i sampai rumah you." Katanya lalu mematikan talian. Dia Tersenyum dan bersiap-siap.

Restoran mewah Five Star ditujunya. Kereta Audi hitamnya diparking dan membukakan pintu untuk gadis yang bersamanya tadi. Gadis yang memakai dress singkat dan ketat itu mengukir senyuman ke arah Tengku Syafiq. Bangga dilayani sebegitu. Tengku Syafiq memimpin tangan gadis itu masuk ke dalam restoran dan mengambil tempat disalah satu meja makan disitu dan pesanan diambil.

"Hoi." Sergahan Aiman menyentak Nil daripada terus memerhatikan pasangan kekasih di depan matanya. Macam kenal.?

" kau pandang apa bruh ?" Soal Aiman aneh melihat Nil yang masih tidak menyentuh makanan yang dipesannya tadi malah ralit memerhatikan pasangan kekasih di meja seberang sana.

"Tak ada apalah. Dah jom aku tak seleralah nak makan kat sini
Ada langau." Kata Nil.

"Weh-weh asal ? Makanan aku tak habis lagi ni. Bukan selalu kot makan kat restoran mahal ni." Kata Aiman yang masih menyuap makanan ke dalam mulutnya. Makanan mahal kot. Membazir tak habiskan.

Awak Flashlight SayaWhere stories live. Discover now