"Nia tolong ibu beli barang kat pasar boleh ?" Puan Nur menegur anaknya yang sedang menyapu lantai di ruang tamu. Senarai barang yang sudah ditulis diatas kertas dihulurkan kepada Nia.
"Boleh je ibu." Kata Nia. Senarai barang berserta duit diambil .
"Ajaklah Fiq sekali temankan Nia. Mana Fiq.?" Tanya Puan Nur. Nia termalu sendiri apabila ibunya menyebut nama suaminya akibat kejadian semalam.
"Er. Belum bangun lagi agaknya ibu."
Kebetulan Tengku Syafiq yang baru bangun dari lenanya keluar daripada kamar .
" Ha fiq kamu temankan Nia pergi pasar eh. Sekali tu kamu boleh tengok kawasan-kawasan kampung ni." Kata Puan Nur kepada Tengku Syafiq yang masih terpisat-pisat menggosok matanya.
"Er boleh je ibu." Teragak-agak dia mengiyakan walaupun hatinya meronta tidak mahu menjejakkan kaki ke pasar .
"Baiklah. Hati-hati pergi nanti." Pesan Puan Nur.
Tengku Syafiq menghidupkan enjin kereta range rovernya. Namun untuk kesekian kali keretanya masih juga tidak dapat dihidupkan.
"Apa masalah kereta ni ?" Gumamnya.
Agak geram dengan keretanya yang rosak tidak tentu pasal. Nia yang duduk disebelahnya hanya memandang wajah suaminya yang sudah kemerahan. Marah dengan keretanya barangkali.
"Macam mana ni awak ?" Soal Nia.Tengku Syafiq hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Nia meletakkan jari didagu berfikir. Seketika kemudian dia memetik jarinya dan tersenyum.
"Ha. Saya tahu. Jom !"
Nia membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta range rover Tengku Syafiq. Tengku Syafiq hanya memandang aneh tingkah laku Nia.
"Awak cepatlah. ! Tercegat apa lagi kat situ." Nia menggamit Tengku Syafiq yang masih terpaku berdiri disebelah keretanya.
"Kau serieslah nak naik tu ?" Dia menggaru kepalanya.
"Yelah. Tak kan naik kereta awak yang rosak tu pulak." Perli Nia.
Geram dengan suaminya . Apa masalahnya naik motor walaupun motor kepunyaan ayahnya itu agak 'cabuk' tapi masih power kot.
"Eiyy taknaklah aku naik motor buruk tu. Jatuh standard aku. Dahlah panas ni. Kau sorang jelah yang pergi." Tengku Syafiq masih statik ditempatnya berdiri tadi.
"Hish mengadalah. Kan ibu suruh awak temankan saya pergi pasar. Tak baik tau melawan." Nia mengelap renik peluh yang mula menyimbah didahi.
"Yela. Banyak cakap lah kau ni." Tengku Syafiq akur . Dia berjalan menghampiri Nia yang sudah siap duduk diatas motor.
"Tepi biar aku bawa. Kau jangan gedik-gedik nak peluk aku eh." Tengku Syafiq melarang keras. Nia hanya mencebik.
"Eleh tolonglah tak hingin langsung nak peluk dia. Dia yang peluk kita semalam adalah." Gumam Nia perlahan.
"Apa dia ?"
"Ha ? Er takda apa-apa dah lah jom."
Akhirnya Tengku Syafiq menunggang motor 'cabuk' itu sehingga ke pasar. Walaupun hanya menunggang motor 'cabuk' ayah Nia , masih terserlah ketampanannya membuatkan gadis-gadis kampung disitu tidak reti duduk diam dan tidak mengalihkan pandangan mereka.
"Kau pergilah malas aku nak masuk pasar yang busuk tu." Tengku Syafiq mencebik. Nia terus melangkah pergi meninggalkan suaminya.
"Eh-eh nah ambil kunci motor ni." Tengku Syafiq menghulurkan kunci motor ke tangan Nia dan Nia terus meninggalkan Tengku Syafiq .