Nia duduk dipangkin luar rumahnya. Fikirannya melayang memikirkan majlis pernikahannya yang akan berlangsung seminggu sahaja lagi. Sungguh cepat! .Dia memandang Ibu dan ayahnya yang rancak berbual dengan keluarga bakal suaminya di beranda rumah.
"Hoi." Nia menoleh kearah Tengku Syafiq yang menegurnya itu.
"Kau jangan ingat aku terima perkahwinan kita ni aku boleh terima kau eh. Aku terima ni pun sebab nenda aku je tau. Aku sayang kan dia. Kalau tak memang tak lah aku nak kahwin dengan kau. Dasar orang kampung ,kau tu tak layak untuk aku. Kau tolong cermin sikit muka kau tu eh. Muka kau tu banyak kat pasar jela." Terhambur ketawa Tengku Syafiq selepas melepaskan kata-katanya kepada Nia.
Nia hanya menundukkan kepalanya menekur tanah menghadam kata-kata Tengku Syafiq disebelahnya. Seketika kemudian dia memandang ke arah Tengku Syafiq.
"Awak jangan risau saya sedar diri saya ni siapa. Awak cakaplah apa yang awak nak cakap kat saya. Yang penting saya redha dengan perkahwinan kita. Saya yakin dengan jodoh Allah. Saya terima awak sebagai bakal suami saya. Sebab saya tahu pilihan opah saya memang itulah yang terbaik untuk saya." Nia tersenyum ke arah Tengku Syafiq yang sudah terkedu dengan kata-katanya lalu dia beredar dari situ.
"Sedar diri konon . Takpe kau tengoklah nanti lepas kahwin jangan harap aku boleh biarkan kau hidup senang. Aku tahulah kau perempuan macam mana." Kata hatinya.
"Fiq jom balik. Minggu depan kita datang lagi." Tengku Suraya melaung kearah anaknya.
"Er.. ha jom" kata Tengku Syafiq.
Nia menyalami tangan nenda dan bakal ibu mertuanya itu dan Dia melambaikan tangan sehinggalah kereta range rover milik Tengku Syafiq hilang dari pandangannya.
"Dah Nia jom masuk kamu termenung apa lagi tu? " kata Puan Nur menarik tangan anaknya masuk kedalam rumah.
"Yela bu.." akur Nia.
"Bos kenapa muka kusut semacam je ni? " tanya Fuad pekerja Tengku Syafiq.
"Tak ada apa-apa lah Fuad. Dah kau pergilah buat kerja kau aku potong gaji kau karang." Seloroh Tengku Syafiq. Fuad kelam kabut berlalu pergi membuat kerja takut dipotong gajinya.
Tengku Syafiq melihat sekitar Restoran TGS' Corner miliknya itu. Majoriti barang-barang didalam restorannya itu bertemakan hipster . Dinding-dinding dicat dengan warna hitam dan putih. Dan meja-meja dan kerusi-kerusi yang ditempah khas dari luar negara itu menampakkan restorannya itu lebih elegant.
Dia bersyukur setakat ini pelanggan tidak putus-putus datang makan di restorannya.Dia masih ingat lagi penat lelahnya membangunkan restorannya itu sehingga menjadi salah satu restoran yang terkenal di Kuala Lumpur .
"Bos ada orang nak jumpa dengan bos" kata-kata pekerjanya itu menyentak lamunannya.
"siapa ?"
"Tak tahulah bos, lebih baik bos tengok sendiri." Kata Syiha yang sudah 2 tahun bekerja dengan Tengku Syafiq.
"Yelah. Panggil dia masuk ke bilik saya ye." Kata Tengku Syafiq lalu beredar ke biliknya.
Seorang wanita yang memakai baju kemeja berwarna putih dan skinny jeans berwarna hitam ,rambut 'curl' yang diwarnakan perang masuk kedalam bilik Tengku Syafiq.
Senyuman yang menampakkan kedua lesung pipitnya mampu memukau mana-mana lelaki yang melihatnya termasuk Tengku Syafiq yang masih terpaku.
"Encik.?" Kata wanita dihadapan Tengku Syafiq itu. Tangannya dilambai-lambaikan dihadapan muka Tengku Syafiq yang masih tertegun.