"Awak cuba Awak pandang langit tu. Cantikkan? " kata budak perempuan yang berbaring disebelahnya itu. Jari kecilnya ditudingkan ke dada langit yang membiru.
"Cantik, tapi Awak lagi Cantik" budak perempuan itu tersenyum mendengar kata-katanya.
"Awak.. awak nak jadi imam saya tak? " tanya budak perempuan itu. Dia menoleh memandang budak lelaki disebelahnya.
"Imam? Tapi saya kecik lagilah nak jadi imam. Awak pergi lah masjid imam kadir boleh jadi imam Awak!" Jawabnya sungguh 'blur'. Budak perempuan itu menarik muka masam.
"Awak nanti kita dah besar saya nak kahwin dengan awak eh? Nantikan dah besar saya nak buka restoran sendiri. Nanti saya namakan restoran tu nama kita berdua eh.." katanya sambil memandang ke langit membayangkan masa hadapannya bersama gadis itu.
Budak perempuan itu tersenyum gembira."Mestilah boleh..nanti saya boleh kerja dengan awak. Kumpul duit bagi kat mak ayah saya."
" Alaa.. awak tak payahlah kerja awak duduk rumah je rehat. Biar saya kerja kumpul duit banyak-banyak pastu beli kereta mewah. Nanti kita boleh pergi jalan-jalan."
"hee okay awak" budak perempuan itu tersengih lalu kembali memandang kedada langit.
Tengku Syafiq duduk di gazebo sambil memandang ke langit. Butiran-butiran bintang yang berkelipan bercantum menjadi wajah gadis kecil yang dirindui tersenyum memandang kearahnya. Dia tersenyum sendiri.
"Hoi abangku sayang!!" Sergah Tengku Sufia. Entah bila masa munculnya.
"Oi wajah kesayangan hamba!!" Latah Tengku Syafiq. Terkejut dek sergahan adiknya.
terhambur gelak Tengku Sufia sambil menepuk-nepuk lantai gazebo.
"Harap muka je hensem tapi melatah" kata Tengku Sufia."Hish Su ni.. jatuh saham abang tau. Sibuk jela" kata Tengku Syafiq. Dia menepuk paha adiknya.