🥀Prolog

730 21 1
                                    

HaeRim berjalan seorang diri menuju ke taman permainan. Memandangkan harini abangnya Jonghyun tidak dapat menemaninya jadi dia terpaksa pergi seorang diri.

"Tepat pada masanya kau datang juga Jung HaeRim." Kata seseorang dengan penuh sinis.

Sedang Haerim berseronak bermain buaian sambil melihat kanak- kanak lain bermain, tiba- tiba ada air jatuh diatasnya.

Splashhh!

Basah seluruh tubuh Haerim akibat simbahan air itu. Haerim turun dari buaian dan memandang kearah orang yang menyimbahnya itu. Matanya menjegil saat wajah itu tersenyum sinis dihadapannya.

"Apa masalah kau? Tak puas hati dengan aku sampai setiap hari kacau aku?!" Herdik Haerim penuh amarah. Malu dia apabila orang ramai memberi tumpuan kepada mereka.

"Yes! Memang aku tak puas dengan kau! Selagi kau tak mengaku salah, selagi tu aku akan berdendam dengan kau Jung HaeRim!" Bidas Kai tidak puas hati.

Haerim menjeling menyampah. Dengan hati yang panas, dia terus meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan pulang, mulutnya tidak berhenti dari mengutuk lelaki itu.

💞

"Dari mana kamu ni Haerim sampai balik basah macam ni sekali? Kamu bergaduh dengan Kai ke?" Tanya Puan Jung kepada anaknya. Terkejut dia melihat Haerim pulang dalam keadaan basah.

"Omma ni boleh tak jangan tanya apa- apa. Penat lah Haerim macam ni. Boleh tak kalau omma jangan sebut nama dia depan haerim." Protes Haerim.

"Pening omma tengok kamu berdua ni. Petang ni jangan lupa pula tolong omma Kai angkat barang dia. Tak silap esok pagi diorang bergerak." Ujar Puan Jung mengingatkan. Tahu sangat dia dengan perangai Haerim, kalau sudah masuk bilik memang takkan keluar kalau tak ada siapa yang memanggilnya.


"Tengok lah kalau Haerim rajin. Penat Haerim nak tengok muka anak dia." Ujar Haerim sebelum melangkah naik masuk kedalam bilik.

Puan Jung menggeleng dengan tingkah laku anaknya. Nasib lah dia mampu kawal tahap kesabarannya.

💞

"Kamu bergaduh lagi dengan Haerim, Kai?" Tanya Puan Kim yang melihat anaknya baru sahaja pulang.

"Mana ada omma." Balas Kai menidakkan kata ibunya. Ini tidak lain tidak bukan kalau Haerim sendiri mengadu kepada Aunty Jung sampai ibunya dapat tahu, fikir hati Kai.

"Omma tanya lagi sekali ni Kai. Kamu bergaduh ke dengan HaeRim? Aunty Jung bagitahu omma tadi." Puan Kim bertanya lagi. Dia sudah masak dengan perangai anak bujangnya ini.

Kai mencebik. Sudah agak yang Haerim mengadu.

"Mana ada omma. Kita orang bergurau je. Tak ada pun bergaduh." Kai menyakinkan ibunya.

"Kamu tak penat ke selalu kacau Haerim tu. Daripada kamu kacau anak dara orang tu lebih baik kamu pergi ikut adik kamu pergi kelas piano."

Kai mengeluh. Puan Jung selalu memaksanya pergi ke kelas piano yang dia memang tidak pernah minat untuk mempelajari.

"Apa- apa je lah omma ni."

💞

"Nanti dah sampai Seoul call lah kami ya." Pesan Encik Jung kepada jirannya itu.

"Baiklah, sampai sahaja airport aku terus inform. Kau pun doa lah yang kau boleh berpindah kesana juga." Ujar Encik Kim.


"Kalau ada rezeki kami pindah lah kesana." Balas Encik Jung dengan senyuman dibibir.

Kai memandang kearah Haerim yang berada disamping Aunty Jung. Dia tersenyum bahagia apabila tidak akan bertemu lagi dengan gadis itu.

"Bebas nya hidup aku tanpa kau Kai. Selagi kau ada dalam hidup aku, selagi tu juga hidup aku tak tenteram.' Omel HaeRim bersendirian.

"Bye semua." Taehyung adik Kai melambai tangannya kearah keluarga Jung.

"Bye! Take care Taehyung." Ujar Haerim. Saat matanya bertembung dengan mata Kai, dia menjeling kearah lelaki itu.

To Be Continued

[COMPLETED] A REVENGE 복수 (2016)Where stories live. Discover now