"Korang cikgu dah sampai." Salah seorang pelajar dalam kelas menjerit memberitahu gurunya dalam perjalanan ke kelas.
Langsung mereka semua duduk di tempat masing- masing.
"Good afternoon class." Ucap Sir Gary melangkah masuk kedalam kelas.
"Good afternoon sir."
Gary meletakkan begnya di atas meja. Dia berdiri di hadapan kelas.
"Guys, harini kamu semua akan ada kawan baru. So sila beri tunjuk ajar dan kerjasaman kepada dia dan jangan sombong." Ujar Sir Gary memberi pesanan.
"Sir!" Seseorang menangkat tangan.
"Ye ada ape Chen?"
"Girl or boy?" Tanya Chen dengan riak teruja.
"What do you think?"
"Mestilah dia fikir girl sir!" Kyung Soo salah seorang pelajar kelas itu mula menyampuk.
"Ish kau ni!" Chen berdecit mendengarnya. Ingat dia ni playboy ke?
"Okay relax class."
Sedang kelas berada didalam keadaan riuh, pintu kelas diketuk. Muncul wajah Kai disebalik pintu kelas.
"Sir, Kai lambat!" Jerit Baekhyun dari arah belakang.
Kai melangkah masuk dengan jelingan tajam kearah kawan- kawannya. Tiada sebab dia masuk lambat kalau tiada urusan.
Dibelakang Kai ada seorang gadis mengikutnya dari belakang. Semua pelajar di dalam kelas mula memandang gadis yang berada di belakang Kai itu.
"Sir, ni budak baru." Ujar Kai.
"Okay thank you. Haerim come here." Panggil Sir Gary. Haerim melangkah mendekati Sir Gary.
"Hi semua. Jung Haerim imnida. Sila beri tunjuk ajar." HaeRim tersenyum manis memperkenalkan dirinya.
"So pretty!" Ujar Suho agak kuat melihat wajah pelajar baru itu. Matanya langsung tidak berkelip melihat gadis itu.
"Hish kau ni." Chanyeol menyiku lengan Suho. Sempat lagi memuji.
"Kamu boleh duduk di sebelah Jungyeol." Arah Sir Gary.
"Thank you Sir." Haerim terus melangkah ke tempat duduknya.
"Hi." Ucap Haerim seraya duduk di tempat yang kosong itu.
"Hi. Cheon Jungyeol imnida." Jungyeol mengenalkan dirinya kepada kawan barunya itu.
"Class, I need to go now. Saya ada meeting. So make sure kamu semua punya nota yang saya bagi semalam semua dah siap. Sehun nanti tolong kutip buku kawan kamu dan hantarkan dekat bilik saya." Sir Gary memberi arahan sebelum keluar dari kelas.
"Baik sir." Balas Sehun sebagai ketua kelas itu.
Kelas kembali riuh sebaik sahaja Sir Gary keluar dari kelas. Semua pelajar berkumpul di tempat Haerim untuk mengenali gadis itu lebih rapat sementara kumpulan Kai duduk di belakang kelas.
"Asal kau boleh terserempak dengan budak baru tu?" Tanya Lay kepada Kai.
"Dia tu jiran aku."
"Hah?" Terkejut mereka mendengarkan kenyataan itu.
"Asal muka macam tu? Itu pun nak terkejut sangat." Kai mencebik. Bukunya dikeluarkan. Nota yang diberi Sir Gary dia belum siapkan lagi. Lebih baik dia siapkan sekarang daripada melayan kawan- kawannya.
💞
"Kenapa awak pindah sini?" Tanya Jungyeol.
"Appa saya naik pangkat." Ujar HaeRim.
Jungyeol sekadar mengangguk.
"Kenapa ya dalam kelas ni perempuan sikit?" Tanya Haerim pelik. Hanya ada 6 orang pelajar perempuan dan selebihnya kawan- kawan lelaki Kai.
"Actually dalam waktu ni ada dua waktu berbeza. Satu muzik and satu lagi tarian." Terang Jungyeol.
"Awak minat music juga ke?"
"Ofcourse saya minat. Nanti lepas kawan saya balik saya kenalkan dekat awak ya. Lagipun ada lagi kawan saya dia ambil music tapi biasalah dia tu suka masuk mana- mana kelas bila dia tengah stress. Dia mana pernah fikir Sie Gary tu marah ke tak?"
"Ouh really. Mesti kawan awak tu jenis yang tak ambil kisah kan."
"Memang pun!"
💞
"Ni cafe sekolah." Beritahu JungYeol.
"Weyy JungYeol!!" Salah seorang ahli GLC menjerit memanggil Jungyeol.
"Itu diorang."
JungYeol dan HaeRim pergi kearah lima gadis cantik yang melambai tangan kearahnya.
"Ni ke Haerim yang kau cakap tadi?" Tanya ChanJin.
Jungyeol mengangguk.
"Hi. Jung Haerim imnida." HaeRim memperkenalkan dirinya.
"You look so pretty. Mesti lepas ni ramai fans kan." Puji Chaeryn yang tidak kurang cantiknya. Di sekolah juga dia menjadi sangat terkenal dengan sikap lemah lembutnya.
Haerim sekadar tersenyum malu. Dia agak kekok bila berada di sekolah baru itu. Dulu dia kuat bercakap tetapi belum tiba masanya lagi dia keluarkan perangai lamanya di sini.
"Tak perlu lah malu. Kita orang ni peramah tau." Ujar YooJi bersahaja.
"Jom duduk sini." Ajak Hyeyeon yang merupakan ahli paling muda.
💞
Kai memerhatikan setiap perbuatan yang dibuat Haerim.
"Asal kau pandang budak baru tu?" Tanya Suho pelik.
"Eh mana ada." Tipu Kai. Lehernya yang tidak gatal digosok.
"Nah air kau." Suho memberikan Kai air tin yang baru dibelinya di mesin air.
"I think dia mangsa yang seterusnya." Tutur Kai dengan nada sinis. Setelah lama dia tidak balas dendam dengan Haerim dia jadi rindu mahu mengenakan gadis itu lagi.
"Kau serius ke? Budak baru tu kot." Chanyeol yang mendengar perbualan mereka berdua menyampuk.
"Yes! Dah lama kita bercuti. So sekarang kita mula balik lah kerja kita." Agak sinis kata- kata Kai ketika itu.
"Nanti aku bagitahu budak kita."
Kai mengangguk.
"Make sure dia tak ramai peminat macam GLC yang lain. Senang lah kerja kita."
💞
"Weekend ni kitaorang nak pergi hangout. Haerim nak join?" Tanya Jeae.
"Boleh juga."
"Okey nanti kita roger kat whatsapp. Okey bye. Aku balik dulu." Hyeyeon melambaikan tangannya sebelum pergi.
"Aku juga." Chanjin pula berjalan pulang.
Haerim hanya menanti abangnya untuk mengambil tetapi kelibat kereta milik abangnya sendiri pun tidak muncul.
"Jom ikut aku."
Kai muncul secara tiba- tiba dan menarik Haerim pergi ke arah tempat letak motosikalnya.
"Kau nak suruh aku naik berdua dengan kau ke apa?" Tanya HaeRim pelik.
Jangan dia kata 'Ya' sudah. Habislah Haerim.
"Yes!"
To Be Continued
YOU ARE READING
[COMPLETED] A REVENGE 복수 (2016)
Fanfiction"Haerim?" "Kau suka sangat sakitkan hati aku dari kecik lagi. Aku pindah sini pun kau masih nak sakitkan hati aku pastu nak malukan aku je. Aku fikir kau dah berubah bila kau buat baik dengan aku. Tapi tak..." Ujar Haerim senada. Sedih dan kecewa. ...