🥀Part 3

324 20 4
                                    

"Gomawo unnie belanja HaeRim shopping ni semua." HaeRim mengucapkan terima kasih kepada kakaknya.

"Anything for you. Jom kita pergi makan pula lepasni. Unnie dah lapar sangat ni."

"Samalah Haerim pun tengah lapar ni. Rasa macam nak makan makanan seafood Thailand lah."

"Okay kita cari. Unnie tahu tempat yang best."

Sedang mereka menikmati makanan yang dipesan, Haerim bertanyakan sesuatu kepada adiknya.

"Unnie nak tanya kamu ni?"

"Apa dia unnie? Tanya lah." Haerim menanti penuh debar.

"Kamu pernah suka Kai?"

Tersedak Haerim dibuatnya apabila Eunji menyebut nama lelaki itu.

"Perlu ke nama dia? Nama lain tak ada ke?" Haerim berdecit halus.

"Sebab nama tu je terlintas dalam fikiran unnie sekarang ni. So sekarang ni jawab soalan unnie, pernah ke suka Kai?"

"Haerim tak pernah pun unnie ada perasaan dekat dia semenjak dia simpan dendam dekat Haerim."

"Tapi betullah sebelum ni Haerim ada simpan perasaan pada dia."

"Sebelum ni.... tapi bukan lagi sekarang?"

"Tak apa lah. Unnie doakan nanti Haerim dapatlah jodoh dengan lelaki yang baik ya."

"Apa lah unnie ni. Haerim muda lagi. Tak fikir lagi nak ada hubungan. Lainlah unnie, bukan main dengan Minho oppa tu. Haerim perahatikan je ni."

Tersentak Eunji. Sejak bila adiknya nak tahu hubungannya bersama Eunji.

"Dari mana Haerim tahu ni?"

"Phone unnie." Haerim mengelip- ngelipkan matanya.

"Diam tau! Jangan bagitau appa dengan omma. Termasuk Jonghyun sekali. "

"Yelah unnie. Tapi ada satu syarat." Haerim tersenyum penuh makna.

"Apa syaratnya?"

💞

Mereka pulang agak lewat. Selepas makan mereka singgah ke pantai menikmati udara malam yang nyaman dan sejuk.

"Omma, kitaorang dah balik." Haerim melangkah masuk kedalam rumah dengan beg beli- belahnya.

Haerim yang masuk kedalam rumah tidak perasan dengan kedatangan seseorang kerumahnya lalu menghampiri Puan Jung.

"HaeRim tak tahu malu ke?" Tegur Jonghyun yang juga berada disitu.

"Kenapa?" Soal Haerim pelik.


"Tengok lah tu siapa yang datang?" Jonghyun menyuruh Haerim menoleh ke belakang. Bukan main terkejut lagi dia dengan kemunculan lelaki itu.


"Omma, kenapa dia ada kat sini?" Tanya Haerim kurang sopan.

"Jaga adab kamu Haerim. Kai datang dari jauh tu. Tak baik kata macam tu."

"Tak apa aunty, Kai faham." Lalu Kai bersuara dengan senyuman dibibir.

Haerim yang mendengar mencebik menyampah dengan balasan lelaki itu.

"Maaflah Kai. Haerim dekat rumah memang macam ni. Mengada sikit."

[COMPLETED] A REVENGE 복수 (2016)Where stories live. Discover now