3 Tahun kemudian
"Awal awak balik harini? Selalunya tak habis- habis dengan meeting?" Sindir Puan Jung kepada suaminya.
"Awak ni. Abang balik lambat awak persoalkan. Abang balik awal pun awak persoalkan juga." Balas Encik Jung balik.
Puan Jung tersengih mendengarnya. Beg kerja suaminya diambil lalu diletakkan di kerusi. Minuman petang yang sudah disediakan dihulurkan kepada suaminya.
Encik Jung menghirup minuman panas itu.
"Abang ada nak cakap sesuatu ni." Ujar Encik Jung serius.
"Apa dia?" Soal Puan Jung tertanya- tanya.
Encik Jung mula menceritakan hal yang sebenar. Agak terkejut Puan Jung saat menerima berita itu. Setelah lama menunggu, tahun ni merupakan rezeki buat mereka.
"Habis tu Haerim tu macam mana abang? Kat sini dah lah dia dah start dengan kelas muzik dia. Boleh ke tinggal macam tu sahaja?" Tanya Puan Jung.
"Dekat sana tak ada masalah. Banyak kelas muzik yang beroperasi dekat sana. Tentang kelas muzik dekat sini awak jangan risau. Nanti abang settlekan dengan cikgu dia."
"Kalau abang cakap macam tu saya ikutkan sahaja. Bila nak bagitau anak- anak kita?"
"Dinner nanti abang bagitahu mereka." Ujar Encik Jung. Puan Jung sekadar mengangguk sahaja mengikut apa sahaja suaminya lakukan.
💞
"Wahh sedapnya bau omma. Omma masak apa ni?" Tegur Haerim yang baru sahaja turun ke dapur.
"Omma masak makanan favourite kamu lah. " Ujar omma sambil meletakkan lauk masakannya kedalam mangkuk untuk dihidangkan.
Puan Jung melihat kearah anak- anaknya. Tertanya- tanya dia dengan sikap Haerim ini. Jarang anak bongsunya ini mahu menjengahnya di dapur.
"Ada apa- apa yang HaeRim boleh tolong? Kesian omma. Mesti omma penat kan." Matanya mengerdip kepada Puan Jung.
"Macam ada apa- apa je HaeRim ni? Pelik ni omma tengok kamu." Tegur Puan Jung.
"Ada lah tu dia nak minta dari kita?" Encik Jung menegur dari belakang. Entah bila turun pun mereka dua beranak tidak perasan.
Haerim terus mengalihkan pandangannya kepada papa. Senyuman penuh makna diberikan.
"Senyuman tu, macam appa kenal je? Ada apa yang boleh appa tahu?" Sengaja Encik Jung menyoal kerana dia tahu apa yang anak dia mahukan.
HaeRim menghampiri Encik Jung. Dia berdiri dihadapan Encik Jung sementara ayahnya itu duduk di kerusi meja makan.
"Apa dia anak manja appa ni?" Soal Encik Jung.
"Kalau Haerim cakap ni jangan marah tau. Tau tau!"
"Ye. Apa dia tu?"
"Masa dekat sekolah tadi, Haerim tak sengaja jatuhkan phone. Skrin rosak lepastu Haerim try on dia tak boleh buka. Sorry appa omma. Haerim betul- betul tak sengaja." Cerita Haerim dengan wajah penuh simpati.
Puan Jung yang mendengarnya tergelak halus.
"Emm boleh tak kalau Haerim nak request beli phone baru. Haerim janji kalini Haerim jaga betul- betul. Dah tak cuai dah lepasni." Janji Haerim kepada ibu bapanya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] A REVENGE 복수 (2016)
Fanfiction"Haerim?" "Kau suka sangat sakitkan hati aku dari kecik lagi. Aku pindah sini pun kau masih nak sakitkan hati aku pastu nak malukan aku je. Aku fikir kau dah berubah bila kau buat baik dengan aku. Tapi tak..." Ujar Haerim senada. Sedih dan kecewa. ...