Dah tiga minggu berlalu sejak dia kenal insan yang bernama Azamuddin dan sejak hari tu jugak dia mula perasan kehadiran Azamuddin di mana sahaja. Pantang nampak sikit terus akan curi pandang. Dan yang selalu jadi mangsanya Haikal la tiap hari dia kena teman si Firash ni stalking crush dia.. Bila dia dapat tahu yang crush dia ni wakil kolej dalam pertandingan bola sepak yang akan datang, dan tiap-tiap petang diorang akan main kat padang kolej, Firash dan Haikal lah akan jadi penonton setia memerhati mereka berlatih. Firash jadi lebih seronok dan galak melihat crushnya bermain bila Azamuddin mula berpeluh.. Dia pun tak tahu kenapa, dia rasa Azamuddin lebih seksi dengan peluh mengalir deras di muka nya, bajunya dibasahi dengan peluh sehingga baju nya melekap pada badan. Hahhha pervert gila..
Haikal pernah kata Firash suka Azamuddin sebab rupa sahaja, tapi Firash lebih tahu, bukan sebab rupa sahaja malah segala prilaku si Azamuddin buat Firash lagi jatuh hati padanya. Sebagai contoh, cara si Azamuddin bercakap bila dengan rakannya memang kasar tapi bila dengan orang yang lebih tua macam pensyarahnya atau ibunya( Firash pernah curi dengar perbualan mereka di telefon) dia akan jadi lebih berbudi bahasa dan lembut ja.. Suaranya bagaikan muzik di telinganya, hahha.. Kalau nak senaraikan prilaku Azamuddin memang banyak la.. Gelaknya.. Cara makannya, walaupun cara pegang pen sekali pun, semua nampak indah di mata Firash.. Agaknya kalau kentut pun dia kata wangi jugak.. Hahha
*********************
Firash POV"Woi, tak nak balik ker!!! Aku tak larat dah ni."
Dia ni kan tadi janji nak teman aku.. Haish...
"Sat la.. Tengok depa dok praktis sat, tadi kata janji nak teman aku. "
"Kau kata kejap jer tadi, ni dah lama tunggu,, Wei aku nak tido ni.."
" Sat la please.. Ok-ok malam sat gi aku belanja hang makan nak?? "
" Serious??? "
Aku mengangguk sambil memerhati ke arah padang.
" Janji tau.. Ok aku rasa aku nak makan....... "
Aku memekakkan telinga dia biarkan sahaja Haikal membebel menu dia nak makan malam ni, kalau bab makan serah dekat dia, aku pun hairan makan bukan main banyak tapi tak besar-besar pun.. Nak kata rajin bersenam jauh sekali, tapi untunglah dia makan banyak pun still kurus.. Kalau aku.. Haish tak payah cakap lah..
Daripada dengar dia merapu, lebih baik aku usha mamat tuhh..
Hari ni dia pakai baju jersi berwarna hitam dengan seluar pendek hitam tapi pkai inner.. Alimnya tak menededahkan aurat.. Bagus.. Bagus calon suami yang baik ni.. Hahha..
Aku perhati setiap pergerakan dia nampak macam dia memang pandai main, tak tahu lah kenapa tapi memang suka tengok dia bermain atau mungkin aku dah angau dan kemaruk dengan dia.
"Woi kau dengar tak aku cakap ni... Hello.. Memang aku cakap sorang-sorang la ni.. Haish.. "
Aku biar ja Haikal cakap sorang-sorang.. Malas nak layan tengok Azam(Azamuddin) menggelecek bola lagi bagus nampak macam nak masok gol ja..
Pandai gila mamat ni main bola...... Aku tengok siapa ja yang try tackle bola daripada dia memang tak dapat memang patut la dia wakil universiti pun.
Dengan satu tendangan yang kuat, dia berjaya menjaringkan gol.. Aku rasa macam nak sorak ja walaupun berlatih ja.. Hahha..
"Waw.. Hebat gila!!" Haikal pun kagum tengok dia main.
"Kan.. Aku harap dia akan perasan aku suatu hari nanti."
"Tapi, kau tak tahu dia tuhh plu ker tak."
"Well, a man can have a dream right."
"And your dream is expecting a straight man to fall in love with you, a gay man?? .. Kau giler ke apa!!!" geli hati Haikal dengar..

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush (boyxboy)
RomanceCerita seorang lelaki melayu yang mempunyai persaan terhadap manusia yang sama jantina.