Bab 1

10.2K 138 33
                                    

Firash mula sedar yang dia lain daripada orang lain bila dia lebih suka merenung lelaki daripada perempuan. Susuk tubuh lelaki lebih menarik baginya berbanding kaum hawa, badan yang sado dan dada bidang lebih sedap dipandangnya berbanding buah dada yg bulat macam bola.. Hahha.. Kalau dulu dia berasa bingung dengan semua yang berlaku pada dirinya tetapi sejak dia sambung belajar di universiti semua kebingungan lesap di sapu angin bahkan dia jadi semakin mengerti apakah yang dimaksudkan dengan LGBT. Di universiti jugaklah Firash mula kenal kawan-kawan yang seangkatan dengannya dan Firash mula sedar yang dia tidak pernah keseorangan. Haikal lah menjadi tempat dia mengadu segala masalah mengenai dirinya yang sonsang.

*********

" Woi tengok sape tu!! Usha mamat hensem la tuh" sergah si Haikal.

" Diamlah bangang, nanti kantoi la.. Hang tengok laki tu wei.. Hensem gila ish geram aku". Haikal hanya mampu tersenyum dengan perangai kawannya yang pantang jumpak lelaki hensem.

" Woi kau usha sapa tu? La.. Senior aku rupanya, ingat ka sape.. Kau ni die straight la dah bertunang dah pun. "

" la ya ka.. Hurmmm kenapa straight selalu nya hensem." Firash yang patah hati meletakkan mukanya di atas meja.

" Rileks la woi ramai ja plu hensem yang minat ka kau.. Tunggu masa ja.." kata Haikal sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi di perpustakaan kolej.

Sudah jadi kebiasaan bagi mereka berdua untuk melepak dekat perpustakaan sementara nak tunggu housemate mereka yang lain untuk pulang bersama. Bukan nya nak baca buku pun saja nak cari tempat sejuk beraircond dan wifi kolej yang free.

"Alah.. Aku bukan apa, dah lama dah aku dok usha dia dari jauh, tak tau pulak dia dah tunang.. Tak penah nampak pulak dia dok sekali dengan perempuan lain..asyik sorang ja kat library ni. "

"Memang lah.. Tunang die study kat tempat lain, die pun tak rapat dengan perempuan lain sebab tunang dia tu kuat cemburu, hahhahha.. Tu lah yang aku dengar." kata Haikal sambil berbalas mesej WhatsApp dengan bf dia. Boyfriend si Haikal tu kacak orangya dah kerja dah. Badan sado muka ala-ala Adi Putra sikit. Kulit hitam manis.. Tak jambu tapi macho. Yang paling buat Haikal sayang kat si bf dia ni sebab bf dia caring sangat-sangat selalu ja call dan mesej apa semua.. Payah la nak jumpa jejaka gay macam tu.

" Hang ni pasai pa.. Senyum-senyum sorang. Laki mesej la tuhh untunglah ada bf.. Aku pun nak jugak sorang tapi apakan daya muka tak comel dah la tu gemuk pulak tuhh."keluh Firash sambil mula bermain game di handphone nya.

"Kau ni macam perempuan la.. Sape ja kate ko gemuk.. Ok maybe ko tak kurus sangat tapi kau ni orang cakap sedang-sedang ha.. " tapi memang betul pun firash bukan nya gemuk dia tak la sado, average la senang cerita. Mukanya dengan lesung pipit sebelah kanan tak la kata tak kacak tapi boleh tahan ja dengan kulit sawo matangnya, matanya yang coklat makin cerah bila di sinar cahaya. Firash tak sedar tapi tapi tu yang buat orang tertarik bila bertentang mata dengan dia.

" wei, macam mana dengan laki yang ko jumpe kat grindr.. Hehhe.. Bukan main semalam chat, sape name dia Adam kan.. Dia dah send pic ker. Nak tengok jugak" kata Haikal yang makin tak sabar.

" Dude chill..hang ingat ni rumah nak hingaq.. Dia sembang memang best pic pun tak penah mintak.. Heran aku. Aku rasa dia just nak penuhkan masa lapang dia ja.. Hurmmm.. Aku mesej pun dia tak balas.. dah. " rungut firash yang dah mula rasa down.

" La ye ke.. Tak paham aku.. Dah tak suke tak yah la nak bagi harapan.. Saba la dude.. Ade jer orang suke ko.." haikal cuba menaikkan semangat kawanya.

"Sampai bila nak tunggu... Haih.."keluh firash.

"wei jomlah balik.. Lapa ni" tiba-tiba faizal dan Amir housemate mereka datang mengajak pulang.

"Rasa nak makan bakso la hari ni.. Jom nak dak? "firash memberi idea, sebut pasal makanan terus hilang sedihnya.

"Ha.. Jom lama tak makan.. Nak minta meatball lebih.." Amir mencelah.

Memang rutin mereka berkongsi kenderaan ke kolej. Sekarang ni panas, so memang kereta si faizal ni diorang selalu tumpang. Haikal ada ja scooter yamaha birunya, Firash tak ada lesen, motosikal pun dia tak reti nak tunggang tambah lagi kereta. Rezeki dia kawan-kawan dia baik hati bagi tumpang.

Sebelum mereka melangkah keluar dari perpustakaan firash membelek handphone sambil berjalan ke arah pintu tanpa disedari dia terlanggar sesuatu menyebabkan telefon nya terpelanting dan jatuh ke atas lantai.

"Sorry... Sorry tak sengaja." Firash tunduk untuk mengambil telefonnya belum sempat dia mengambil telefon.,tangan lain telah mencapai telefonnya..

"Lain kali jalan tengok depan.. Mata letak kat mana." Sindir lelaki itu dengan senyuman sambil menghulurkan telefon kepada Firash.

Firash terkesima dengan apa yang dilihatnya. Sungguh tampan, kulit yang agak cerah, senyuman yang manis. Rambut seperti di sikat ke belakang menggunakan tangan sahaja. Mata yang agak sepet seperti orang cina telah mencuri hatinya.

"Sorry sangat-sangat." Sambil menggaru belakang lehernya.

"Its okay.. Next time hati-hati sikit." Kata lelaki itu. Dia memberikan senyumannya lalu berjalan masuk ke perpustakaan meninggalkan Firash di depan pintu.

"Terima kasih."

Senyuman yang manis itu telah berjaya mencuri hati.

"Ko kenape lambat sangat dah tu senyum-senyum pulak tuhh" marah Haikal yang menunggunya di depan perpustakaan.

"Aku rasa aku dah jumpak crush yang baru."Senyum Firash dengan hati yang berbunga-bunga.

********
Hingaq : bising

Crush (boyxboy) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang