Azam POV
Dalam banyak-banyak hari kenapa hari ni juga Mira ajak keluar date, dah ler janji dengan Firash nak sambut birthday dia... Haishhh
" Kau kenapa Zam?? Mengeluh panjang nampak. Gaduh dengan Mira ker sakit perut? " tegur Zafri.
" Sakit perut? Amenda la kau, tak aku dah janji dengan orang lain nak jumpa dia tiba-tiba Mira ajak keluar pulak. Tu aku tengah serabut ni!! "
" Wow, rileks bro rileks.. Nak keluar dengan orang lain? Aikk Mira tak cukup ker sampai nak kena ada spare pulak ni, gila lah kau bro.. " Usik Zafri.
" Ish gila kau, mana ada aku ada hal dengan dia, tu yang aku nak jumpak.."
"Rileks la bro, usik sikit dah emo.. Tapi kau kena ingat, Mira tu kan girlfriend kau pa-pa hal kau kena la lebihkan dia sikit baru nampak macam boyfriend of the year.. Alah kawan kau paham punya lah jangan risau.. " sambil menepuk bahu aku. Ish budak ni..
Walaupun Firash tu rahsia aku, tapi aku still kena layan dia dengan Mira sama rata, dah rasa macam kahwin dua pun ada... Nasib nasib tu lah tamak sangat.. Tapi aku tak pernah menyesal aku suka kat Firash.. Sumpah..
" Woi dah la tuhh berangan jom gi kelas, kang Dr. Zain tu mengamuk pulak lewat masuk kelas dia. " Zafri menghentikan lamunan aku.
" Ha.. Jom-jom. " Aku bingkas bangun dari kerusi dan mengemas kertas aku yang berselerak atas meja lalu keluar dari perpustakaan.
************
Aku melabuhkan diri di atas katil selepas seharian kelas, penat wehh, aku memusingkan diri menghadap siling bilikku, sambil melihat kipas yang ligat berputar. Aku meletakkan lengan kanan ku di atas dahi, memikirkan apa yang patut aku buat.
Hari ni special day untuk Firash lagipun aku dah book meja kat restoran tuh... Tapi aku pun lama dah tak jumpak Mira sejak dia balik dari kampung kawan dia mana pernah jumpak lagi, rindu jugak nak jumpak dia,haish..
Aku rasa lebih baik aku tunaikan janji aku dekat Firash, kalau orang lain tau yang aku punya relationships macam ni, mesti orang ingat aku dayus, tapi memang aku sayang dua-dua sekali, Firash tak pernah buat aku rasa macam ni sebelum ni, dan sayang aku kat Mira makin bertambah semakin lama aku dengan dia...
Tapi buat masa sekarang Firash diutamakan sebab sepanjang aku spend masa dengan Firash, dia selalu rasa dia bukan yang terbaik, aku nak dia rasa istimewa.. Walaupun nampak dia selalu ceria, tapi dia punya self doubt memang down gila.. Selalu dia tanya memang betul ker tak suka dekat dia, kadang dia rasa diri dia hodoh, kadang nak ambik gambar sekali tak nak sebab dia tak suka tengok rupa sendiri. Aku nak dia rasa selesa dengan diri dia.. Tak kisah macam mana sekalipun dia tetap istimewa...
Tanpa aku sedari, semakin berat untuk aku terus mencelikkan mata akhirnya aku tertidur dilamun mimpi yang indah....
" Zam bangun!!! Bangun!! Dah nak maghrib dah ni.. Bangun mandi solat cepat... " Ibu menepuk bahuku berulang kali.
Aku yang tersedar dari tidur, terus mencapai telefon melihat waktu di telefon.. Baru pukul 7.. Aku terus mencapai tuala dan masuk ke bilik air.
Selesai mandi aku memakai boxer brief berwarna hitam di depan cermin, dalam keadaan separa bogel aku memerhati tubuhku atas bawah. Dah la hensem tinggi, bukan ja perempuan, laki pun minat aku.. Perghhh.. Aku membuat gaya seperti orang masuk pertandingan bina badan sambil tersenyum sorang-sorang. (masuk bakul angkat sendiri mamat ni)

ANDA SEDANG MEMBACA
Crush (boyxboy)
RomanceCerita seorang lelaki melayu yang mempunyai persaan terhadap manusia yang sama jantina.