Bab 5

5.2K 131 8
                                    

FIRASH POV

Aku tak tahu la pa dah jadi, boleh pulak dok kiss kiss bagai...

"Woi hang ni pasai pa nak cium-cium bagai." aku cuba menolaknya.

"Aku suka kau sebenarnya Firash.. " dia meluahkan sambil memandang tepat ke arah muka aku.

"Betoi ka??? Sejak bila??" aku mengungkap perlahan. Aku memandang matanya.

"Aku..... " Dia mula mengalihkan pandangannya memandang ke ribanya.

Hujan yang gerimis bertukar lebat membasahi bumi. Suhu dalam kereta pun semakin dingin, Fahim masih terdiam tanpa berkata apa-apa. Aku memandang nya dan mengambil nafas dalam-dalam sebelum berkata..

"Hang tak suka kat aku pun kan???"

"Ha... Apa maksud kau???"

"Aku tau hang cuma frust dan jealous yang Haikal dah ada orang lain dan hang rasa kesunyian kan..." Aku mengubah posisi badan menghadap Fahim.

"Apa kau merepek.. Aku mana suka Haikal, yang flirting aku saja jer, aku pun usik kau jugak kan." Aduh.. Berdalih pulak mamat ni.

"Its not the same., cara hang kacau aku dengan hang kacau Haikal lain, aku nampak sendiri cara hang pandang Haikal, mata hang penuh dengan perasaan sayang, setiap kali wei aku perasan. Ni satu lagi orang buta pun tau hang suka kat dia, pantang dia tak dak kat rumah time cuti mesti hang tanya pi mana la.. Kluaq dengan sapa la.. Balik bila la.. Macam dia tuh bini hang.. " Fahim hanya terdiam seperti sedang memproses kata-kata aku.

"Hang rasa menyesal hang tinggai dia kan???" Aku bertanya lagi.

Dia hanya mengangguk..

"Serious cakap.. Aku memang menyesal giler aku break dengan dia kalau boleh memang nak dia balik tapi aku tahu dia bukan milik aku dah,that's why aku nak kau.. Firash..!! Maksud aku nak kau jadi milik aku!! "

Ish dia ni tak paham bahasa sungguh..

"Jangan dok buat lawak boleh dak??? Hang tengok la aku ni.. Muka tak handsome atau comei ni pun hang berkenan.. Hang tuhh dah la handsome aku pasti ada ja yang nak hang.. Tapi satu ja la jangan murahkan diri pi hook up merata kawal la nafsu tuh sikit"

"Cakap macam ustaz nampak??? " Aikk cakap macam tuhh pun salah.

"Aishhh.. Bukan nak kata ustaz.. Tapi kita gay macam mana pun kita tetap ada agama, pikiaq sendiri sebelum bertindak jangan nanti menyesal ok??"

"Ok.. Habis tuhh kau dengan si Azam..bukan main aku tengok, cara kau pandang dia pun macam kau dah jatuh hati jer.. "

"Secara jujurnya, memang aku dah terlebih suka Azam tuhh..Tapi, hang sendiri tengok kan.. Dia dah ada girlfriend confirm la dia tu straight,aku tahu kat mana kedudukan aku, crush ja pun memang aku letak harapan yang tinggi dan angan-angan tapi realitinya aku tak dak peluang langsung.."

Pahit ja ungkapkan kata-kata tersebut.. Tapi tu la realiti dunia, ni bukan drama tv melayu yang cliche watak perempuan yang lawa disukai oleh laki ceo syarikat abahnya yang bergelar tan sri atau dato yang tak lama nak mampos kena stroke or heart failure dan angina pectoris lepas kahwin kata tak suka laki dia.. Tak reti bsrsyukur minah ni untunglah ada orang suka...hahhha..

"Habis.. Kenapa tak nak terima aku? Kalau kau dah tahu peluang kau dengan Azam tak banyak." Dia memandang tepat ke mata aku..

"Aku nak orang suka aku sebab dia betul-betul suka aku, hang tak boleh nak move on tu bahaya dan walaupun aku tak secomel Haikal, aku pun ada perasaan jugak nak orang tuhh memang betoi-betoi suka aku tak kisah rupa aku macam mana pun.."

Crush (boyxboy) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang