Bab 2

7.1K 193 10
                                    

Seusai solat isyak Firash dan Haikal yang sebilik mula melakukan hal masing-masing, Firash mula menulis lab reportnya yang semakin banyak dan Haikal sedang cuba buat revision.. Revision ka bergayut tak tahu la,lama benar dia bergayut dengan bf dia. Dia tak angkat call bf dia petang tadi sebab tidur, so bf dia yang over thinking ni ingat something happen to him, tu yang call tak henti-henti. Kadang-kadang entah la nak kata sweet ka over possessive kat bf Haikal ni. Firash penah tanya Haikal selesa ka macam kena control ja.. Haikal cakap tak kisah, dia pun suka bf dia macam tu.. Dah tuan punya badan tak kisah buat apa nak sibuk, kang dituduh suka jaga tepi kain orang pulak.

Bila mula rasa bosan menulis lab reportnya, dia mula membelek telefonnya membuka satu per satu aplikasi laman sosialnya. Ketika dia mula meng'like' smua gambar followers nya di instagram, dia perasan satu gambar daripada crush lamanya yang ada muka lelaki yang dilanggarnya lantas dia teringat kembali peristiwa terbabit dan mula tersenyum. Tanpa melengah kan masa terus dia membuka akaun crush dia yang terbaru dan mulalah aktiviti stalking dia,untung akaun jejaka terbabit tak diprivate kan, habis semua gambar nya tengok.

"Owhhh.. Nama dia Azamuddin.. "

Semakin lama dia tenung makin dia mula rasa sesuatu perasaan yang membuat dia bagaikan terapung di awan-awangan, orang putih kata ' butterfly fluttering in his stomach' hahha..mengarut ja...

Tengah seronok stalk gambar crush sambil golek-golek atas katil.. Tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka..

"Haikal kau ade nota lecture hari ni tak?"

Fahim.. Dulu masa sebelum pindah rumah sewa Fahim pernah couple dengan Haikal.. Let just say the whole relationship was just a mistake. Walaupun dah couple dengan Haikal, Fahim tetap dengan perangai dia,suka flirting dengan orang lain sampai satu tahap dia sanggup curang dengan tidur dengan lelaki lain.. Haikal yang baru mula kenal couple ni,terus meletup la dan agak menakutkan sebenarnya tengok budak yang tinggi 156cm dengan wajah baby face tu marah and after he cool down, mereka ambil keputusan untuk berpisah dan jadi kawan biasa ja. Bila tanya tak apa ka tinggal skali nanti sebelum pindah ke rumah sewa dia jawab..

"Aku ok jer.. Lantak kat mamat tuhh la.."

"Hang tak marah ka pa yang dia buat dekat hang? Ka hang lupa." Bunyi macam Firash yang over kan.. Hahha

"Tak... die curang pun maybe die tak dapat ape yang die nak. "

"Means??" Acah innocent pulak si Firash ni.

"Tak payah buat tak tahu.. Sex la."

"Owhhhh.. Still that's should not be an excuse right.. Kalau dia sayang, dia sepatutnya hormat keputusan hang"

"Gosh.. Biarlah kat die Firash oiii... Aku pun pikir balik.. Aku kira untung aku tak serah segala-galanya kat Fahim."

"Tapi hang bagi segala-galanya kat Kamarul kan.. "sindir Firash dengan senyuman.

"Diam!!!!" Muka Haikal yang putih dah merah padam malu dengan apa yang Firash cakapkan.

"Whatever la wei.. Your life your decision."

And that's how Haikal ok Fahim serumah sekali and the rest is history. Tapi walaupun kawan ja.. Itu bukan penghalang untuk Fahim terus flirting dengan Haikal kadang-kadang dengan Firash pun dia try test. Tengoklah ha..

"Haikal comel la kau hari ni.. Nak cium boleh" Fahim yang duduk di tepi katil Haikal lantas merangkul Haikal ke atas ribanya dan memeluknya dari belakang.

"Kau ni kenape.." Haikal melawan dan cuba untuk bangun.

Fahim melepaskan Haikal.. "Alah nak peluk sikit pun tak bagi"..

"Ish pegi lah peluk orang lain.. Tuhh gi peluk Firash dia single lagi."

"Firash.. Nak tak??"

Firash pula yang merah padam kali ni. Tak dinafikan walaupun nampak macam berpengalaman dengan relationship dan dunia songsang semua ni, sebenarnya dia tak pernah couple pun, dia pun masih suci lagi., nak fun-fun pun tak pernah.

Dia bukan tak suka kat si Fahim tuhh, dah banyak kali dah Fahim try nk ngorat dia dan makin lama makin termakan la ayat power si Fahim tuhh, tapi Firash tahu the only reason Fahim flirting with him because Haikal turn him down. Tiap kali macam tu, kadang-kadang dia pun cemburu juga dengan kawan baik dia tu, senang ja lelaki nak suka dia ye lah.. Muka cute macam tu sapa tak mahu.

"Firash.. Kau pun nampak comel pe hari ni." Fahim cuba mengungkapkan kata-kata manisnya, kalau ikutkan nafsu memang dia nak tapi dia bukan tak tahu lelaki jenis macam ni perangai dia macam mana.

Dia pun bukan suka jadi second choice, kalau boleh dia nak seseorang pilih dia sebab dia memang suka dan tertarik dengannya, seseorang yang boleh terima Firash seadanya.

"Nak kiss sikit boleh??" sambil mengusap bahu Firash.

Well sebab dia tak buat benda yang sama dekat Firash macam dia buat kat Haikal kerana Firash ni tinggi lebih kurang ja dengan Fahim cuma rendah sikit tapi kalau size badan of course Firash ni besar sikit.

"Budak ni dah kenapa!!! Miangnya menjadi-jadi sangat aihh malam ni horny la tuu. " Bisik hatinnya.

Firash biarkan saja si Fahim tu., kalau dilayan makin galak la dia.

"Ala.. Firash tak nak layan aku, jual mahal betul.."

"Akhirnya, putus asa pun mamat ni.. Serabut aku." Getus Firash apabila Fahim bangun meniggalkannya.

"Nah.. Nota Madam Noor, dah-dah gi kelua, tak nampak orang kat bilik ni nak study. " Haikal menghulurkan kertas nota kepada Fahim sambil menolaknya keluar dari bilik.

"Memang pun, tak nampak ka orang nak stalk crush ni." Bisik Firash dalam hati.

Firash memang macam ni, depan Fahim semua jadi malu-malu kucing tu yang dia diam saja bila si Fahim tu dalam bilik.

"Okay-okay aku kelua, Firash..." panggil Fahim.

"Hmmm??? "

"Bye.. Love you... " sambil bagi flying kiss kau. Hahha..

Firash hanya tersenyum dan menyembunyikan mukanya ke bantal.

"Ish... Galaknye... Jangan layan sangat Fahim ni." kata Haikal sambil menutup pintu.

"Okay sekarang gi tau aku nama crush kau. " sambil menyilangkan tangannya.

"Ha??? Apadia??? Mana ada??" berdalih pulak si Firash.

"Jangan buat bajet innocent, aku denga tadi ko sebut nama dia, bak nak tgk gamba"

"Bukan main tadi ko senyum..golek-golek bagai... " desak Haikal

"Well... Nama dia Azamuddin dan dia sangatlah kacak..." Firash start blushing.

************************ **********

*Nota kaki
Vote dan komen dialu-alukan??? Nak tahu feedback korang gak😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Crush (boyxboy) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang