III - GEDIK

16 0 0
                                    

Bila berpeluang, Suhaila akan berjumpa NORA untuk makan malam. Pertemuan yang sentiasa dinanti-nantikannya. Dia menganggap Nora sebagai idolanya. Mana tidaknya, Nora sudah menghasilkan 2 buah novel dan kini bekerja sebagai editor di syarikat penerbitan popular. Kehidupan Nora jauh lebih selesa dan menarik. Kehidupan yang diimpikan Suhaila selama ini! Bukan itu sahaja, Nora sangat prihatin dan sentiasa memberi dorongan kepadanya. Walaupun sudah berjaya, Nora tidak sombong mahupun kedekut ilmu.

"Hai Sue!", sergah Nora sambil memegang bahu Suhaila dari belakang. Suhaila sudah pun duduk di meja makan.

"Eh Kak Nora. Buat terkejut jer!", jawab Suhaila yang terpaling kepala.

"Sorry lambat sikit. Jem teruk tadi! Sue apa khabar?", Nora mengambil tempat di sisi kanan meja, bersebelahan Suhaila.

"Baik kak. Kak Nora nak makan apa malam ni? Jom order!", ajak Suhaila yang kelaparan.


Masing-masing memesan nasi kerabu berlaukkan ayam percik. Makanan kegemaran mereka di restoran Delightly Kelantan. Walaupun harga makanan di restoran itu mahal, keenakkan masakannya membuatkan ia berbaloi. Nora berjanji untuk membayar segala bil makanan mereka sehingga Suhaila berjaya menerbitkan novel pertamanya. Sepatutnya Suhaila yang bayar malam itu, tetapi tidak.

"Sue, dah dapat keputusan manuskrip tu?", soal Nora sambil mencebis ayam perciknya.

"Dah!", ringkas sahaja jawapan Suhaila.

"So?", saspens Nora dibuatnya. Budak ni memang pandai cipta babak cliffhanger!, gumam hatinya.

"Tak lepaslah Kak Nora", ujar Suhaila yang tersenyum pahit. Pudar matanya tidak boleh diselindung.

"Aduuuh! Apalah penerbit ni. Bodoh betul!", marah Nora. Itulah yang hendak didengari Suhaila. Seseorang yang mengerti perasaannya.

"Takpe, nanti bagi akak tengok menuskrip tu. Akak semak dan repair mana yang perlu. Lepas tu, kita publish sendiri. Cerita yang sama!", pujuk Nora.

"Boleh kak. Tapi, mampukah saya nak terbit sendiri?", Suhaila memang tak yakin.

"Jangan risau Sue, InsyaAllah boleh. Itu trend di barat sekarang. Penulis terbit sendiri. Syarikat penerbitan di sana semuanya tengah garu kepala!" , jelas Nora.

"Okay! Nanti saya emailkan yer! Thank you kak!", Suhaila bersemangat semula – tak sangka dapat peluang kedua!


Mereka pun berbual topik-topik lain. Gossip, novel-novel terbaru, cerita tentang anak Nora yang berusia 2 tahun dan sebagainya. Perbualan begini walaupun kosong mengeratkan lagi hubungan mereka yang sudah sememangnya erat.

"Sue, akak tengok Sue lainlah! I mean, nampak berseri-seri! Tak murung langsung!", soal Nora macam kakak-kakak.

"Eh takde lah", jawab Suhaila yang tersenyum semulajadi.

"Hurmmm", Nora menjeling Suhaila atas-bawah sambil menangkat-angkat kening dan tersenyum gedik.

"Apa ni?', Suhaila geli tapi suka dengan kegedikkan Nora.

"Ha! Bawaklah akak jumpa encik boyfriend!', ghairahnya Nora seperti bertemu detik eureka. Dia pun mencucuk-cucuk perut Suhaila di bawah meja.

Maka, tergedik-gediklah mereka di tengah-tengah restoran mewah itu!

KEMILAU CINTA NOVELISWhere stories live. Discover now