IV - CINTA

17 0 0
                                        

Suhaila bertenggek di atas pelantar bulat yang digunakan staf dan pelangan MPH untuk mencapai buku di rak tinggi. Dia sedang membaca tiga bab awal novel terbaru Umie Nadzimah. Dari pengalamannya, tiga bab pertama sudah cukup untuk menentukan sesebuah novel itu berbaloi atau tidak untuk dibeli. Ketika itulah dia ternampak kelibat Firdaus menyusuri lorong antara rak, tidak jauh dari tempat dia menenggek.

Seternampaknya kelibat Firdaus, Suhaila bingkas bangun dan mengembalikan novel terbaru Umie Nadzimah ke raknya. Dia tercari-cari lebai Cina mualaf itu. Cari punya cari, akhirnya ternampak ketayap putih di balik rak, di segmen agama. Suhaila pun segera menuju ke situ.

"Hai Firdaus!", sergah Suhaila dari lorong sebelah. Terkejut beruk Firdaus bila disapa suara perempuan.

"Laaa... awak Sue! Haha!", gembira hati Firdaus melihat Suhaila.

"Awak dah makan?", usik Suhaila.

"Sue nak belanja ker?", soal Firdaus kembali.

"Tak. Saya nak awak belanja saya!", jawab Suhaila. Dia terasa seperti galak. Tetapi, apa nak buat? Terlajak perahu boleh diundur!, desus hatinya.

"Boleh! Boleh! Kejap ya, biar saya bayar ni dahulu", Fidaus pun mengangkat tiga jilid kitab karangan Imam Ghazali.

Wow!, detik hati Suhaila sambil mengekori Firdaus ke kaunter bayaran. Wow!

Usai urusan Firdaus di kaunter pembayaran, mereka pun berjalan sambil mengelak-elak manusia ke atrium Mega Mall yang padat dengan manusia. Kepadatan melampau di pusat beli-belah sememangnya lumrah di hari minggu.

Geli hati Suhaila melihat Firdaus bersungguh-sungguh mengelak sentuhan bukan muhrim. Kelihatan manik-manik peluh di dahinya. Suhaila menyangka bahawa manik-manik peluh tersebut disebabkan Firdaus takut melakukan dosa bersentuhan bukan muhrim. Hakikatnya, Firdaus seram sejuk kerana dia tidak pernah keluar bersama perempuan. Inikan lagi bersama perempuan yang dia senyap-senyap tetapi benar-benar minat!


Mereka berlabuh di restoran American Fish and Chips. Dari jauh, Suhaila dan Firdaus kelihatan aneh berpasangan. Seorang lelaki Cina berketayap bersama seorang wanita Melayu freehair, berseluar sendat. Tetapi, jika diteliti, di sebalik keanehan itu terselit kemesraan semulajadi.

"Sue, awak dah mula menulis manuskrip baru?", soal Firdaus yang betul-betul ingin tahu.

"Hurrm. Belumlah awak. Saya hantar manuskrip hari itu ke kawan editor. Dia nak sunting mana yang patut. Cadangnya, nak publish sendiri!" jelas Suhaila.

"Publish sendiri? Sue tahu macam mana nak publish sendiri?", Firdaus berminat dengan idea terbitkan buku sendiri. Dia dari keluarga peniaga. Dia juga mempunyai ijazah Pengurusan.

"Hurmm. Selepas disunting kawan saya, kena dapatkan nombor ISBN dan daftar copyright. Lepas tu, jual-lah!", jelas Suhaila seperti yang dijelaskan Nora tempoh hari.

"Eh tak semudah itu, Sue. Untuk jual produk seperti novel, Sue kena buka company. Lepas tu kena fikir marketing strategy, promosi, bagaimana nak distribute dan deal dengan kedai buku. Macam-macam lagi, Sue", jelas Firdaus.

"Oooh!", seram Suhaila mendengar istilah-istilah bisnes.


"Kalau publish dengan penerbit, berapa dia bayar?" tanya Firdaus untuk mencongak kos dan keuntungan.

"6% dari buku yang terjual", jelas Suhaila.

"Apa? 6%?", terkejut Firdaus apabila mendapat tahu kadar bayaran yang diterima penulis.

"Kenapa?", cemas Suhaila bila disoal begitu.

"Teruknya! Sikit sangat tu! Sue tau tak, kedai buku dapat 20-30% dari keuntungan. Penerbit pun raih sekitar 20-30% lepas tolak kos-kos lain. 6% amatlah tidak adil kerana yang paling susah menghasilkan buku adalah penulis! Penerbit dan kedai buku raih untung berlipat ganda dari susah payah penulis! Tak adil!", geram Firdaus dibuatnya. Hampir-hampir dia menghentak meja. Firdaus memang alergik dengan kes-kes penindasan sebegini.

"Oooh! Tak terfikir pula saya", ujar Suhaila.

"Takpelah Sue. Jangan risau. Kalau Sue bersetuju, nanti saya fikirkan macam mana kita nak jual novel Sue tu nanti! Saya akan tolong Sue!", janji Firdaus sambil melontarkan senyuman yang sangat mendamaikan Suhaila.

"Please yer!", rayu Suhaila.

"Anything for you, Sue!", janji Firdaus!

Firdaus pun menetapkan azam untuk membantu Suhaila dengan sepenuh jiwa dan raganya! Dia sudah menemui bisnes yang sesuai dengan nalurinya.

Firdaus pun menukar topik perbualan. Dia tidak mahu merisaukan Suhaila. Dia kembali kepada sifat tabii-nya. Tak banyak bercakap. Firdaus hanya mendengar dengan minat kepada celoteh-celoteh Suhaila sambil menatap wajah perempuan yang diminatinya itu.

Dalam macam-macam topik yang dicelotehkannya, sempat juga Suhaila bertanya mengapa Firdaus convert ke agama Islam. Jawapan Fidaus mudah – hidayah dari Allah! Menurut Firdaus, dia pun sering menyoal perkara yang sama tetapi tiada penjelasan terbaik selain hidayah dari Allah.

Walaupun tidak sekacak hero-hero novel popular, Firdaus memikat hati Suhaila. Segalanya tentang Firdaus mendamaikan. Pada detik itu, Suhaila sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan Cina mualaf di hadapannya!

Tak semena-mena Suhaila bertanya, "Firdaus, awak nak jadi boyfriend saya tak?" Mata mereka pun bertentangan. Jantung berdetak seiringan. Detik bagaikan terhenti. Jawapan Firdaus pendek tetapi ikhlas berkeinginan, "Nak!"

KEMILAU CINTA NOVELISTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang