Sudah hari keempat aku dan keluarga Kim berada di Jeju. Esok pagi kami akan pulang ke Seoul.
Dan yeah, aku banyak abai Taehyung. Terpaksa..
Yeollie : hye sayang..
Hyee
Yeollie : kat jeju lagi ke?
Haah
Yeollie : harini gi mana?
Tak tahu Mama dengan Papa tu hahaha.
Yeollie : hmmm..
Knp?
Yeollie : rinduu
Hahahaha
Yeollie : gelak je?
habistu?
Yeollie : hmm
____
ktaehyung. : mina
apa
ktaehyung. : turun.. Mama papa dah tunggu kat lobby..
Ok
Aku terus keluar bilik bersama Taeyeon. Telefon aku, aku genggam.
Tiba sahaja di luar bilik, ada wajah Taehyung yang sedang menunggu kami.
Aku fikir dia dah turun.
Aku mengabaikannya dan terus menuju ke lif.
"Mina!" Laungnya. Aku berjalan pantas dan ia menyebabkan Taeyeon kene berlari akibat aku memimpin tangannya.
Aku terus masuk ke dalam lif dan menekan punat nombor.
Taehyung juga tiba di dalam lif dengan keadaan yang tercungap.
Hek eleh, baru sikit dah semput.
"Mina.. sorry lah.." Ucapnya. Aku hanya mengabaikannya.
Lama lagi ke nak sampai ke tingkat satu ni?
"Mina.." panggil Taehyung. Aku memalingkan mukaku kepadanya yang disebelah. Tiba-tiba dia menolak badanku sehingga terhentak pada dinding lif.
"Ahh! A-wak ni--" Belum sempat aku menghabiskan ayat, Taehyung terlebih dahulu memotong dengan mencium bibirku.
Aku meronta-ronta minta dilepas. Namun setelah 10 saat berlalu, barulah dia menjauhkan diri daripadaku.
Aku menarik nafas. Dan tanganku terus hinggap di pipinya.
Bodoh! Dia kiss aku depan Taeyeon!
"Taehyung! Saya benci awak!"
Dan selesai aku menyebut ayat itu, pintu lif pun terbuka. Aku dan Taeyeon cepat-cepat keluar dan menuju ke lobi.
Air mata mula menitis.
"Eo?! Mina-ssi. Waegurae?" Soal Puan Kim. Aku mendekati dirinya lantas memeluknya. Dia yang terpinga-pinga hanya membalas pelukan aku.
"Yaa.. gwaenchana?" Soalnya lagi.
Taeyeon disebelah mula membuka mulut.
"Oppa... Oppa kiss Mina Eonnie." Ujarnya perlahan.
Encik Kim yang mendengar mula berubah riak. Tidak lama kemudian, Taehyung sampai di lobi.
"Yah! Taehyung! Kamu buat apa dengan Mina?" Soal Encik Kim.
Mendengar tengkingan itu, aku terus melepaskan pelukan dan menuju ke arah Encik Kim.
"Papa.. it's okay.. jangan marah dia. Saya yang salah." Aku menenangkan dirinya. Taehyung hanya mendiamkan diri.
Aku mengelap air mata dan aku mengalihkan pandangan ke arah Taehyung.
Aku menarik nafas. Dan hembusnya.
Aku terus menarik tangan Taehyung menuju ke tempat yang lebih sunyi.
Iaitu, bahagian swimming pool.
Aku mengambil tempat di salah satu kerusi di bawah payung(?).
Dan Taehyung duduk di hadapan aku.
Aku biarkan keadaan senyap selama 5 minit, sebelum aku mula bicara.
"Taehyung.. saya ada hubungan dengan Chanyeol... " kataku teragak-agak. Taehyung mengangkat kepala dan anak matanya menikam anak mataku.
"A- apa? Saya tak salah dengar kan..?" Soalnya. Aku menggeleng.
"Sayang... apa ni..." kata Taehyung sebak. (Saya menangis type part ni huhuhu tolonglah join saya)
Aku menunduk. Air mata mula jatuh sekali lagi. Taehyung cepat-cepat mencangkung dihadapanku. Dia memegang tanganku.
"Mina.." Dia memanggilku.
"I'm sorry Taehyung.. kita tak boleh.. you have Hyera and I have..."
"No.. you have me. Mina.. listen. I love you.. i love you more than he loves you.." Katanya. Air mata lelakinya mula gugur. Aku sakit tengok dia menangis.
"Taehyung.. uljimaa.. awak ada Hyera.. saya tak layak.." Ujarku pula. Taehyung menggeleng kepala. Lalu dia bangun. Dia keluarkan telefonnya. Dan mula menaip sesuatu.
"See? Saya dah cakap dengan Hyera saya nak break up dengan dia.."
Dia menayang telefonnya di hadapan mukaku.
Aku membesarkan mata.
"Awak ni dah gila ke?" Soalku. Dia mengangguk.
"Saya gilakan awak Mina.." katanya.
Aku mengeluh.
***
Short (?) Update lol. short kan?