==
4 ; --
==
Taehyung's POV
"Hyung, Papa ada?" Tanyaku kepada Taeil, salah satu pekerja di syarikat Papa.
Taeil memandangku sambil mengangkat kening. "Kenapa?"
"Ah, saja je tanya. Sebab nak cakap yang saya ada class kejap lagi so tak dapat nak attend meeting nanti." Ujarku. Taeil mengangguk.
"Nanti, hyung bagitahu dia. Pergi la sana. Nanti terlambat masuk class pulak."
Aku mengangguk lantas bergegas ke tempat pakir kereta.
-
"Mina!" Aku memanggil Mina apabila terlihat kelibatnya bersama kawan perempuannya. Dia menoleh ke arahku.
"Kejap eh, kau pergi dewan kuliah dulu, nanti aku pergi." Katanya kepada Jihyun, kawan rapatnya. Jihyun mengangguk perlahan dan memandang aku sekilas sebelum beredar.
Mina berjalan ke arahku. Matanya mengecil menahan silau.
"Nak apa?" Soalnya. Aku mengeluh.
"Marah ke?"
"Tak"
"Tipu."
"Saya kata tak, tak lah." Jawabnya kasar. Aku memandang sekeliling lalu menatap wajahnya kembali.
"Okay, sorry pasal semalam tu. Saya cuma tanya je. Sebab.. saya nak hubungam kita---" Kata kata aku terputus disebabkan Mina memotong.
"Cukup lah pasal hubungan kita ni. Boleh tak kita putu---"
"Putus?" Sambungku. Mina mengalihkan pandangan.
"Perlu ke?" Soalku. Hati aku sedikit terkesan dengan perkataan putus.
"Maaf, saya terikut emosi saya." Katanya perlahan sambil menunduk.
Aku melepaskan nafas berat sebelum menarik badan kecilnya ke dalam dakapan aku.
"Kalau awak perlukan masa, saya bagi awak masa Mina. Saya tak paksa awak berada di dalam alam perkahwinan seawal macam ni." Kataku cuba menenangkannya.
Dia mengangguk perlahan.
"Hmm, dah lah. Saya dah lambat ni, class dah start."
Aku menolak bahunya perlahan.
"Saya pun dah lambat." Katanya lalu tersenyum.
Tanganku turun sehingga ke tangannya. Aku meramas perlahan kedua tangannya.
"I love you."
"Saya sayang awak jugak. Dah lah! Nanti orang nampak." Ujarnya lalu cepat cepat menjauhkan diri.
"Bye!"
-
moontaeil : dah habis class?
moontaeil : mina?
moontaeil : saya amik awak eh?
moontaeil : lepastu kita pergi lunch
baru je habis ni
suka hati lah
moontaeil : okay, tunggu tau. kejap lagi saya sampai.
Ok.
-
tae, saya balik naik kawan
ktaehyung. : siapa?
kawan lah
ktaehyung. : laki ke perempuan?
lelaki
ktaehyung. : siapa mina
ktaehyung. : nama dia
kalau saya bagitahu bukan awak kenal pun.
nama dia tae juga
ktaehyung. : haish.
ktaehyung. : jaga diri
ktaehyung. : kawan je kan?
ktaehyung. : saya tak suka awak rapat dengan lelaki lain
ye, dia kawan baik saya je.
ktaehyung. : memang kawan baik
ktaehyung. : manalah tahu kalau awak tersuka dia
taklah.
bye
ktaehyung. : tc baby ilysm
ily too
-
"Hai?"
Aku mengangkat kepala dan wajah Taeil aku pandang.
"Hai. Jom lah, saya nak balik." Kataku dan dia mengangkat kening.
"Lunch?" Dia menyoalku. Oh, terlupa yang dia ajak lunch sama sama.
"Takpelah, saya nak balik terus." Jawabku sambil tersenyum.
"Ala, Mina.." Dia memasamkan muka. Aku mengeluh.
"Yelah yelah."
++
Burn. Heh dah bosan dah cerita ni. Takde mood nak menaip.
Jap, siapa ada wechat? Comment id? Hahaha.