Agak agak, cerita Chat ni sampai chapter berapa?
Hahaha, saya pun tak tahu. Jalan cerita mereka panjang.
Dan, saya tak sabar nak habiskan cerita ni.
Siapa yang tak sabar jugak? Angkat tangan! hahahahaha.
Love you guys,
Enjoy!
***
Aku mendiamkan diri. Duduk sebelah Taehyung memang kekok.
Kini aku berada di taman.
Apa lah si Taehyung ni nak buat kat sini.
Dosa lah berdua-duaan. Dah nak puasa. (Hahaha abaikan)
"Mina.." Dia menyebut namaku.
Aku memalingkan muka kepadanya.
"Waeyo?" Soalku pula.
Dia tergelak kecil. Apa yang kelakar sangat ni.
"Saya nak cakap benda ni dari tadi, tapi saya takut awak marah.." Katanya.
Kening aku bercantum. Apa pula dia nak cakap ni?
"Apa?"
"Hmm.. awak pakai lipstick comot.." Ujarnya perlahan.
Aku membesarkan mata sambil menekup mulutku.
Oh my god,
Malunyaaaaa!
Baru sahaja aku ingin mengambil tisu di tas tangan ku, tapi di tahan oleh Taehyung.
Dia memegang erat tanganku.
Aku memandangnya. Sejurus itu, tangannya menuju ke mukaku.
Diusap pipi aku perlahan sebelum ibu jarinya mengesat lipstick yang comot.
Aku menelan air liur.
Taehyung jahat..
Dia menarik kembali tangannya.
"Cha!" Katanya lalu tersengih.
Aku menunduk. Malunya..
Tangan yang berada di ribaku, tiba tiba di capai olehnya.
Aku melihatnya. Sambil,
Menelan air liur.
Taehyung memang kejam...
Baju kemeja putih dia pun, dia tak butang habis.
Saja nak tunjuk collarbone dia ke..
Dah la tu kelemahan perempuan. Kan?
"Taehyung.." Giliranku menyebut namanya. Dia memandangku.