Tahun 2016
"Haii....mama tengok kamu rileks je hari ni?.Tak kerja ke?".Soal Datin Zahiah kepada anak terunanya yang seorang itu.Adrian yang sedari tadi lagi matanya hanya tertancap pada skrin televisyen,beralih pandangan kepada suara yang baru sahaja menegurnya sebentar tadi.'Haihhhh...kalau aku kerja,cakap aku sibuk dengan kerja lah...apa lah.Kalau aku duduk rumah bising pula,Ni la manusia,perangai tak pernah puas'.Desis hatinya.Sebenarnya,dia mula berasa tidak sedap hati.Melalui cara perangai emaknya itu,dia bagaikan dapat mengagak.Emaknya pasti akan bertanyakan soalan cepumas itu.Hatinya mula berdebar-debar.Menunggu emaknya mengemukakan ayat selanjutnya.
"Umur kamu dah berapa sekarang ni?".Datin Zahiah mengerutkan dahi.Pandangan matanya dihalakan ke atas.Memandang kipas syiling yang sedang bergerak-gerak.Gayanya seperti sedang memikirkan sesuatu.'Hah sudah....sebelum apa-apa lagi dia mengarut ni,lebih baik kalau aku angkat kaki dulu kot?'.Adrian berfikir-fikir sendirian.Dia bukannya apa,dia sebenarnya mempelajari serba sedikit tentang ilmu psikologi ni.Jadi,dia kadang-kadang dapat membaca fikiran seseorang itu.Wahh...dahsyat kau!.
"26".Jawabnya hanya sekadar berbasa-basi.Tidak mahu pula dicop sebagai anak derhaka pula nanti.Matanya masih lagi dihalakan ke arah skrin televisyen.Al maklumlah......tengah bersiaran drama kegemarannya ketika ini."Duda Terlajak Laris".Mak aii....belum pernah lagi la dengar kalau lelaki suka layan drama-drama melayu cenggini.Selalunya...kalau lelaki mesti tak suka berdrama sangat.Jiwang karat la kau ni Adrian.
"Emak sebenarnya kan.Mak berkenan sangat dengan si Erika tu".Nahhh....tembakannya mengena!.Betul apa yang dijangkakannya sebentar tadi.Mampus la kau,,,,,Erika mana pula yang jadi mangsa berkenan dia ni?.Perkahwinan,merupakan satu topik perbualan yang dia paling benci sedunia.Alahhh...rileks je lah.Dia muda lagi kot?.Kalut sangat nak kahwin tu pehal?.Nanti...mesti ada ayat yang berbunyi macam ni......
"Mak bukannya apa,mak ni dah tua.Kalau boleh,mak nak la jugak menimang cucu sebelum mak menutupkan mata.Menghembuskan nafas yang terakhir".Haa...inilah dia ni yang paling dia tak suka.Pasti emaknya nak mencuba untuk jodohkannya lagi.Haiii emak ni,kalau difikirkan dari sudut perniagaan ni...confirm maju ni kalau emaknya bukak satu syarikat ni.Syarikat mencari jodoh!.
"Ala...si Erika sepupu kamu tu.Kamu tau tak yang dia dah balik dari Australia?.Kan haritu dia melanjutkan pelajaran dekat Australia".Emaknya menyambung lagi.Cuba untuk memancing minat Adrian dalam projeknya untuk mencari jodoh buat Adrian.
"Hahh...emak minat dekat dia?.Kenapa?".Adrian mencapai sebiji kuih karipap yang memang sedari tadi lagi sudah tersedia di hadapannya.Disumbatnya karipap itu ke dalam mulut,Mendengarkan emaknya berleter,membuatkannya terasa lapar.
"Ye lah.Kan bagus kalau kamu tu kahwin dengan dia.Mak tengok...budaknya tu bagus.Berpelajaran tinggi lagi.Lagipun,kamu kan tau?.Bapa dia kan pemilik syarikat Ocean Holding.Mama yakin,kalau kamu kahwin dengan dia,senang hidup kamu.Harta tak habis dimakan tujuh keturunan tau".Haa...inilah merupakan salah satu motifnya.Sudah jelas,keluarganya ini hanya mementingkan darjat saja.Ingatkan benda-benda macam ni selalunya ada dalam drama-drama yang dia tengok aje.Rupanya,real life pun ada?.Parah ni.Adrian harus segera menyelamatkan dirinya.Nak paksa kahwin?.Mana mungkin dia kahwin dengan orang yang tidak dicintainya?.Erika....tak pernah terbit sedetik pun perasaan cinta terhadap gadis itu.Gadis yang sudah dia anggap seperti adiknya sendiri.
"Ouhh...ingat kot nak cari bini kedua untuk papa".Dia tersenyum sumbing.Saja,memang menjadi hobinya untuk menyakat mama kesayangannya itu.Apa lagi,muncung sedepa lah orang tua tu.Comel pula hahahah.
"Hishh...ke situ pula dia kan?.Kamu ni,kalau emak ni bercakap sikit pasal kahwin...ada-ada aja kamu ni kan?.Ni...kamu tu bukannya makin muda.Umur tu makin meningkat.Kamu tengok lah,tu...si Fahrin kawan baik kamu tu.Umur sebaya dengan kamu aje.Tapi...dia dah ada anak 3 dah pun.Kamu tu bila lagi?.Jangan-jangan.....kamu ni mati pucuk agaknya kot?.Dah tak suka lagi dah dekat perempuan?.Mashaallah...terbeliak mata Adrian seketika mendengarkan tuduhan yang tak pakai helmet itu.Tersedak dia seketika.Memang lah dia tak suka perempuan.Tapi,dia bukan lah mati pucuk!.Ha...kang satgi tak pasal-pasal dia dituduh gay pula.Hishhh.Nauzubillah...seteruk-teruk dia pun,dia masih lagi tahu hukum-hakam agama.Nabi tak mengaku umat tu!.
"Tak pe lah ma.Ad nak keluar kejap.Nak jumpa kawan".Apa lagi,bersedia untuk cabut la woii.Sebenarnya,itu merupakan satu helahnya sahaja.Tak mahu dia memanjangkan lagi perbualan itu.Dah terbantut pula niatnya itu untuk menonton drama.Huhh...kacau line betul lah!
"Hahhh...orang cakap sikit nak lari la tu.Heii...Ad...Ad!!".Laung Datin Zahiah.Anaknya itu sudah lari umpama ninja ke pintu rumah.Macam tu lah dia,kalau cakap bab kahwin je mesti mengelak.Dia pun tak faham dengan perangai anaknya yang seorang itu.Dia mengeluh sendirian
YOU ARE READING
Selamanya Awak Puteri Dalam Hati Saya!
RomanceFarrel Adrian. Seorang lelaki yang muda dan berpangkat.Mempunyai segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini.Harta,rupa dan juga segala kemewahan dunia.Tapi cinta??.Fail!!.Aisehhh....dalam bab cinta dia memang fail.Baginya,wanita merupaka...