8

32 2 1
                                    

Segalanya telahku berikan
Tapi kau tak pernah ada pengertian
Mungkin kita harus jalani
Cinta memang cukup sampai di sini

Ohhhh .....makasih....makasih!!. Muzzammel melambai-lambaikan tangannya. Ceittt. Lagak macam tengah buat konsert. Padahal....bukan ada sesiapa pun. Yang ada pun cumalah Hassan yang tengah berdiri tercongok di hadapannya ini.Kau nak tau Hassan tu sapa?. Hassan,kucing belaannya. Jangan tanya aku kenapa dia letak nama Hassan sebab aku tak tau dan aku malas nak ambil tau.Amboi,nama kucing pun macam nama orang kan?. Kot ya pun,letak la nama biar glamour sikit kan?. Biar nama ala-ala novel gitu. Zaril ke....Harraz Naufal ke. Ciaa ....ciaa...ciaa!!. Ok sudah,tak payah la kita nak mempersoalkan pasal nama kucing dia tu.Dia mengambil buku dan pen lalu mencoretkan sesuatu di dalam buku itu.Guitar yang memang sedari tadi lagi dia pegang,dipetiknya sekali lagi. Sesekali,terukir beberapa garis kedutan di wajahnya.Mungkin tengah berfikir barangkali. Dia berhenti sejenak. Melepaskan satu keluhan panjang.Dia membaca satu -persatu rangkap lirik yang baru ditulisnya tadi.

Kerana aku sangat bodoh
Maka mataku tak bisa melihat orang lain kecuali kau
Walaupun aku tahu kau bukan milikku
Tapi aku bagaikan orang gila
Yang mencintaimu tanpa syarat.

Perghhhh ....ayat orang patah hati gila tu. Apa hal lirik ni macam kena je dengan diri dia sekarang ni?. Dia masih lagi ingat perbualan dia dengan Puteri beberapa hari lepas....

"Kau tolong aku jap jaga resort. Kau kan kawan aku yang paling baik hati".

'Kawan. Derek arr macam tu. Selalu kena friendzone. So sad of my life'. Desis Muzzammel. Mohon keluar daripada area friendzone tu please. Puteri hanya menganggapnya sebagai kawan saja. Move on la. Move on. Payah betul nak move on. Well....orang cakap,love at the first sight la kononnya. Sadis betul kisah cinta yang tak kesampaian ni. Muzzammel terus berada dalam lamunannya yang panjang. Mat jiwang betul la dia ni.Tetiba....bahu sebelah kanannya ditampar oleh seseorang. Hampir terlepas saja pen yang berada di dalam genggamannya itu. Sikit saja lagi dia nak buka langkah silatnya. Nasib baik tak ada heart attack,kalau tak...mahu jalan dah dia ni.

"Oii ....kau lagi menung kat sini. Lupa ke plan kita. Jom la kita pergi cepat. Dah pukul 8 malam ni. Kau dah sembahyang maghrib kan?". Alia,yang kini sudah lengkap memakai topi keledar menyapanya. Plan malam ni harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar tak terkantoi.

"Dah ...tapi kena pergi sekarang ke?".

"Sekarang la....kita kena pergi sebelum Puteri pergi. Kalau tak....macam mana kita nak bagi pesanan kat receptionist tu bengong. Haduii la kau ni. Kau dengan aku je. Si Pikah dengan Dian tak ikut. Sebab tak payah pun ramai-ramai sangat. Buat semak je. Dah la jom".

"Haaa ...jap. Ok...jap aku ambil topi keledar aku jap. Minyak under kau lah ekk?. Hahahah". Muzzammel membalas.

Alia mencebik. 'Memang selalu macam tu. Selalu suruh aku belanja duit minyak. Kedekut tail hidung masin. Nasib baik aku ingat kau bestfriend aku je'. Alia mengomel sendirian.

Selamanya Awak Puteri Dalam Hati Saya!Where stories live. Discover now