1 February 2006
"Ehhh ....tu wei. Tengok tu. Tengok budak gemuk tu tengah buat apa. Wei ....dia buat rajin wei. Jalan pun pegang buku hahahaha . Budak nerd memang macam tu la. Meh sini aku kasi sengat sikit. Wei budak gemuk!". Kedengaran beberapa suara-suara manusia....ohhh mungkin lebih tepat lagi dipanggil sebagai syaitan. Ya,syaitan. Syaitan yang selalu mengganggu hidup Adrian. Tak faham la kenapa dengan mereka ni. Masalah sangat ke kalau orang gemuk?. Hina sangat ke orang gemuk ni?. Hobi mereka ialah mengganggu Adrian. Kalau sehari rasanya mereka tak kacau,tak senang duduk rasanya. Adrian buat bodoh je. Dia kembali menatap buku kimia di hadapannya. Lebih baik dia mengulang kaji pelajarannya daripada melayan syaitan-syaitan lahanat yang sedang berjalan di belakangnya itu. Lagipun,peperiksaan STPM dah semakin mendekat. Jadi,rasanya dia tak ada masa untuk melayan budak-budak jahat itu.
"Ehhhh ....kau dengar tak ni aku panggil kau la lahnat!. Cibai betul dia buat tak tahu kat aku wei!. Babi la". Kolar baju Adrian kini sudahpun dicekak oleh Rahim,kepala segala syaitan-syaitan lahnat itu. Adrian kini dikelilingi oleh 5 orang budak lelaki . Ya tuhan,apa pula gangguan kali ni?. Adrian memandang buku kimianya yang kini sudahpun kotor akibat jatuh di atas tanah yang lecak. Binawe betul. Sempat lagi Adrian memaki dalam hati. Maki dalam hati je la mampu. Nak maki depan-depan,mana dia berani. Harap badan je besar.
Adrian hanya memerhatikan mereka dengan pandangan yang geram. Tajam pandangannya.Tiba-tiba,satu tamparan yang kuat hinggap di pipinya. Mulut Adrian pecah. Terasa masin di mulutnya kerana tertelan darahnya sendiri.
"Apa kau pandang-pandang?!!. Berani kau tengok aku macam tu!. Kau budak gemuk tak sedar diri. Apa,kau nak melawan aku?. Kau tau tak aku ni siapa?. Muka aku ni kalau dalam seminggu tu,ada la jugak dalam 5 kali aku masuk bilik disiplin. Kau ada?!. Dasar budak sial!". Kata Rahim sambil menarik-narik beg galas Adrian. Fikir bagus la tu?.Bangga sangat jadi gangster? .
"Weii ...dah la tu. Dengan budak gemuk ni pun kau nak cari pasal". Tiba-tiba,dari celah mana entah datangnya suara seorang perempuan. Adrian mendongakkan kepalanya ke atas. Bidadari datang nak selamatkan dia ke?. Serasanya....jantungnya bagaikan berhenti berdegup seketika saat dia terpandangkan wajah budak perempuan itu. Dengan rambutnya yang panjang diikat satu,memang dapat menarik perhatian mana-mana sahaja lelaki yang melihatnya. Adakah ini yang dinamakan cinta pertama?. Acewahhh ....ni mesti pengaruh drama melayu setiap hari isnin hingga khamis pukul 7 petang tu.
"Dah...kau budak gemuk blah. Biar aku handle diorang". Gaya percakapannya seperti seorang hero saja lagaknya. Adrian masih lagi blur-blur alam. Otaknya bagaikan tidak dapat mencerna apa yang berlaku sekarang ni. Aiiii .....takkan baru kena tampar sekali dah biul kot?.
"Apa sal pula kau nak bela-bela budak gemuk ni Puteri"?. Ouhhh...jadi,dari celah situ lah Adrian mendapat tahu yang nama budak perempuan ni Puteri.
"Dah la....lepas je la dia. Lagipun buat apa dengan budak gemuk ni. Lebih baik korang ikut aku,bak sini aku belanja korang makan. Aku tau,kalau bab-bab makan ni korang laju je. Makan serupa bela saka". Puteri memberikan isyarat mata kepada Adrian agar cepat pergi dari sini.
"Wahhh ....ok disebabkan kau yang nak belanja aku lepaskan budak ni. Sebab jarang-jarang kau nak belanja ni. Kau budak,kau siap kau dengan aku lain kali".
Adrian hanya memandang keenam-enam mereka berlalu pergi. Adrian bagaikan diburu rasa ingin tahu. Siapa sebenarnya Puteri tu?. Dan,macam mana dia boleh berkawan dengan budak jahat tu?. Sebab,dari pandangannya dia tak macam mereka. Well....mungkin kau buat judgement terlalu awal sangat kot Adrian?. Kau baru je kenal dia.
YOU ARE READING
Selamanya Awak Puteri Dalam Hati Saya!
RomantizmFarrel Adrian. Seorang lelaki yang muda dan berpangkat.Mempunyai segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini.Harta,rupa dan juga segala kemewahan dunia.Tapi cinta??.Fail!!.Aisehhh....dalam bab cinta dia memang fail.Baginya,wanita merupaka...