Adrian POV
"Kami dari pihak majlis agama islam,kami menerima aduan daripada beberapa orang penginap di sini yang mengatakan bahawa encik sedang berdua-duaan dengan seorang gadis,Boleh kami masuk?".Cibai....sial.Dua perkataan itu yang sedang bermain-main dalam benakku ketika ini.Mataku kaku memandang 4 orang lelaki yang berkopiah serta berbaju melayu lengkap dihadapanku ini.Dah macam kumpulan nasyid dah gamaknya.Aku hanya mampu menganga.Rasanya,kalau lalat masuk pun memang sedap aje aku telan ni.What??.Berdua-duaan dengan gadis?.Yeahhh...gadis yang tak berapa nak gadis sangat ni.Dengan rambut pendek macam lelaki.Memang minah pengkid betul la.Daun pintu aku biar terbuka luas memberikan laluan untuk mereka masuk.Kejap....serious otak aku jammed wehh.Tak dapat nak function dengan betul lagi ni.Apa dah jadi ni??.
"Tapi....sumpah saya tak buat perkara terkutuk ni encik.Saya pun tak tahu dari celah mana perempuan ni datang!!".Aku cuba mempertahankan diri.Tujuan aku datang ke Kedah ni sebab projek.Bukan nak cari bini!!.Nak-nak pula dengan musuh paling ketat aku ni.Ya tuhannnnn....no way aku kena tangkap basah dengan dia?.Aku rasa macam nak pitam.Masa depan aku dah nampak dah ni.Kelam.
"Ya....kami juga berharap macam tu.Tapi,apa bukti yang awak tak membohong?.Awak berdua dah kahwin?.Sila tunjuk IC".Rasanya badan aku dah lencun dibasahi peluh ni.Gabra sialll!!.Dituduh atas kesalahan yang aku tak buat!!.Shit!!.Pertanyaan dari salah seorang pegawai itu tadi akhirnya aku jawab dengan hanya gelengan kepala sahaja.Aku menyuakan IC seperti yang disuruh.Mataku tajam memandang Puteri.Sebab dia....sebab dia aku kena berada dalam situasi macam ni.Tunggu kau....memang besar tak kecik-kecik je aku tengok dia sekarang ni.
"Bedebushhhh!!".Tetiba....bunyi seakan-akan nangka busuk jatuh.Kalau kebiasaannya....memang aku dah gelak berdekah dah ni.Tapi....dalam situasi macam ni,nak gelak pun dah tak mampu dah.Aku hanya mampu mengetap bibir.Faham macam mana rasanya sakit jatuh tersembam muka di atas lantai.Dalam diam.....bibirku menguntum senyum."Comel".Getusku dalam hati.Allahuakbar!!!.Kena baca ayat kursi banyak-banyak ni!.Macam mana pulak boleh terdetik kata perempuan ni comel??.Astagfirullah....mengucaplah banyak-banyak.
"Adoiii....eeiii kau ni kan memang tak reti nak kemas bilik ke hah??.Seluar bersepah sana-sini.Baju berterabur.Disebabkan aku tersepak seluar kau yang bersepah ni lah aku tersadung.Lembap!!".Dan kemudian disambung pula dengan segala kata-kata makian yang disebut dengan lantang dalam bahasa inggeris.Ini.....ini yang nak dibuat bini?.Tak dapat bayangkan kalau dia jadi bini aku?.Plan untuk nak buat hidup dia merana.Tapi....kenapa alih-alih macam aku yang kena nasib malang ni?.
"Ugh!!.....bengong!.Macam mana la aku boleh berjalan sampai ke sini ni!!.Ustaz...serious ustaz ni semua hanya salah faham ustaz.Saya tak tahu macam mana saya boleh masuk sini!!".Jerit Puteri.Aku pula masih blur.Macam mana pula dia berjalan masuk dalam bilik aku,tapi...dia tak tahu?.Ahhh stress aku!!
Sorry tak update lama....dah busy masuk U hehehe.Tengok la nanti kalau datang idea saya update lagi.
YOU ARE READING
Selamanya Awak Puteri Dalam Hati Saya!
RomansFarrel Adrian. Seorang lelaki yang muda dan berpangkat.Mempunyai segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini.Harta,rupa dan juga segala kemewahan dunia.Tapi cinta??.Fail!!.Aisehhh....dalam bab cinta dia memang fail.Baginya,wanita merupaka...