Bab 1

290 8 0
                                    

"Alamak dah lambat ni baik aku lari..karang tak pasal pasal aku terlepas bas...apahal lah bilik lecturer ni tinggi sangat...penat doh nak lari.." rungut Ad didalam hati sambil berlari anak turun selepas dia menghantar assignment miliknya ke bilik lecturer yang terletak di tingkat tiga...
Sesampai dia dipintu keluar building akedemik tersebut kakinya terberhenti sambil melihat makhluk yang berada dihadapannya...jantungnya tetiba jadi tak menentu....
Agak lama juga lah dia terpaku disitu sehinggalah di honn oleh sahabat baiknya Mia Ariana...cepat-cepat dia berlari kearah kereta Mia yang berhenti dibahu jalan berhampiran dengan bangunan tersebut...
"Kau pehal tetiba terpaku kat situ...kau tau tak dah lambat...bas kau dah lah pukul 3..sekarang dah pukul 2.30..karang buatnya jam..alamat kau balik esoklah..aku tak kesah sangat..kau je la nanti merungut sana...merungut sini...penat aku nak layan nanti" bebel Mia setelah dia masuk kedalam kereta...
Ad hanya menayang sengih sahaja..karang dia jawab karang makin panjang pulak bebelan minah ni..tak pasal pasal telinga aku pulak jadi merah..tak tahan dengar..minah ni kalau bebel memang dialah paling win...macam makcik makcik pun ada....

You Are My Candy Crush Mr Muka KetatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang