Bab 9

97 4 1
                                    

"Ok jom balik..aku nak beku dah ni"
ajak Ad sambil mengemas barang barangnya dia rasa macam nak beku dah ni...punyalah sejuk...
"Aku ingat kau nak tidur kat sini tadi"
Sindir adam sambil menutup latopnya...ingat minah ni tak reti sejuk tadi...dari tadi dia punya duk ulang alik pergi keluar...minah ni pula stay je aku tengok...punya kusyuk tengok movie dia..
"Aku nak gi toilet jap...kau tolong bawak barang ni jap erh"
Ad mula mengatur langkah pergi ke toilet setelah memberi arahan kepada kawannya itu...haha bukan aku tak tau yang mamat tu mesti bengang je kena angkat barang barang aku tu...tengok muka tadi pun boleh agak...
Tapi ada aku kesah hehe...

"Opss!! Sorry..."

Ad mengangkat mukanya untuk memandang makhluk malang yang dilanggarnya itu...tulah ralit sangat main fon sampai tak perasan ada orang di hadapannya..
"Eyh alamak aku langgar dia ke...makhluk yang buat hati aku berdegup tak menentu ni...aduyai...macam mana ni....kenapa tetiba aku rasa gelabah ni...relex adriana...cool ok..."

"It's ok!' Balas makhluk yang dilanggarnya itu dan berlalu pergi...tanpa menoleh ke arah adriana sedikit pun...

"Bapak sombong mamat ni..tahu lah handsome...muka tu cuba lah senyum sikit...bukan kena bayar pun...tu pun susah ke..haisshh "

"Apa yang kau membebelkan tu sayang oi...sapa pulak yang cari pasal dengan kali ni??" Tanya adam setelah melihat kawannya itu membebel tak tentu pasal dari jauh tadi..muka tak payah cakap lah...memang sentiasa macam nak baham orang...tak pernah nak senyum langsung..manalah orang tak cakap member baiknya itu sombong..

"Takde apalah.." balas Ad pendek sambil tangannya lincah memasukkan latop kedalam bag sandangnya...

"Ok lah aku gerak dulu.."

Adam hanya mengeleng kepala melihat kawannya itu berlalu pergi...konon tak de pape...dah muka macam mak harimau kebulur tu..lain tak bukan tengah bengang lah tu...ad..ad..baran tak sudah sudah...
............................................................

"Babeee!!!tolong aku boleh tak?"
Mia menyerbu Ad setelah melihat muka kawannya itu...tak sempat kawan tu nak duduk terus diterjahnya...

"Tolong apa kau ni??"
Haishhh buat terkejut jelah minah ni...tak sempat aku nak duduk...tak tahu ke mood aku tengah tak elok ni...selamat fikir member je..kalau tak dah lama kena fire...

"Sebenarnya aku masuk KSSU dalam pertandingan bola tampar...kau teman aku praktis petang ni erh...Kid pun join...pleasee..."

pujuk Mia sambil menayang muka kesian...nak pujuk orang ..kenalah berlakon sikit..mimik muka tu penting..tambah dengan minah stone ni...eyh bukan minah isap stone tau...tapi hati keras macam stone...jangan salah faham pulak..

"Yelah...tapi aku teman je ok..aku tak nak main..."

"Yeayyy!!ok kau teman pun dah kira ok sangat"
Sorak Mia setelah kawannya itu bersetuju...bukan apa dah lama benar rasanya mereka tak berkumpul dan beriadah sama sama...dulu mereka asyik berkepit sahaja 4 orang....kemana saja bersama...tapi sejak mereka duduk bilik berasingan..mereka dah jarang lepak semua...yelah masing masing busy...ni pun Nana terpaksa balik kerana ada emergency...

...........................................................
"Kid!!!"
Jerit Ad setelah melihat kid muncul dihadapan biliknya...padahal mereka selang tiga bilik je...tapi buat gaya macam duduk tiga batu..susah benar nak jumpanya...

"Hye baby...rindu aku ke"

"Mestilah rindu bie...dah lama tak jumpa kot...kau makin sombong kan...padahal selang tiga bilik je kot..bukan nak lepak ngan aku dah..." rungut Ad sambil menarik muncung ...pura pura merajuk...hah..dia dengan Kid memang sangat rapat ..dah macam pakwe makwe dah...sampai ramai yang menganggap mereka pasangan lesbian...ini kerana mereka selalu bergurau di instagram mengatakan cinta mereka terlarang...padahal kid ni pun dah ada pakwe...dan aku pun masih straight...naluri aku tetap untuk lelaki..so don't worry..

"Dah dah...korang tak payah nak drama sangat...jom gerak...dah lambat ni..karang dapat main sekejap je..." celah mia setelah melihat kawan kawannya itu buat drama sebabak dihadapannya...ni kalau orang lain dengar ni...confirm salah faham...ni pun selamat aku kenal benar dengan dorang ni..kalau tak confirm salah faham juga..
.........................................................

"Ad seriuslah kau tak nak main??" Tanya mia sambil memandang kawannya itu..yelah dari tadi dia tengok ad asyik duduk je dekat bangku tepi padang tu...tak bosan ke...mereka pulak dah masuk lima pusingan kot lawan...

"Tak pe lah..aku rakam jelah korang main ok.."

"Mia kau ajak lima ratus kali pun..dia tak kan berganjak ok..macam lah kau tak kenal dia kalau datang pemalasnya memang dia akan melekat je kat situ"
kid mula membaling bola kepada kawannya itu semula...

Sedang asyik Ad merakam aksi kawan kawannya itu..tetiba matanya terpaku di laluan susur gajah...
"Eyhh..jap...ni makhluk tu kan...alahai asal dia comel sangat ni...."bisik Ad sendiri..
"Alamak ..dia pandang sinilahh"
Cepat cepat Ad mengalih matanya ke depan sambil merakam kembali..

"Ad jomlah join sekali...main dua orang je..tak best lah..." pujuk kid pulak sambil membuat muka comel...padahal muka dia memang dah comel pun...ramai cakap muka kawannya itu seiras park shin hye...alah yang pelakon korea tu...

Akhirnya Ad melangkah malas kearah kawan kawannya itu setelah puas di desak...lagipun dia dah naik kematu dari tadi duduk saja melihat mereka...











You Are My Candy Crush Mr Muka KetatWhere stories live. Discover now