"Eyh..makhluk ni...macam aku kenal....dialahkannn....yang aku nampak sebelum cuti haritu....."
"Hahhhhhh!!buat apa tu?"sergah Andrianshah Iman..yang merupakan abang kembarnya...walaupun beza 5 minit je...kira abang juga lah kan..
"haishh kau ni buat orang terkejut je lah...."marah Ad sambil memukul lengan sasa abangnya itu...sejak sejak main gym ni..makin sado pulak aku tengok mamat ni...kacau betullah dia ni...aku baru nak stalk instagram makhluk tadi...
"Dah aku tengok kau duk bercakap sorang sorang dari tadi...takut kembar kesayangan aku ni gila pulak tu aku tanya tu..."balas Adrian selamba..sambil menayang sengih...kearahnya..
"Eeeeee geramnya aku dengan dia ni...rasa nak cekik cekik je..."
"Ibu!!ada harimau terlepas ni bu"jerit Adrian tetiba sambil berlari laju masuk kedalam setelah melihat muka kembaenya itu seperti mahu membahamnya...suka benar dia mengusik adik kembarmya itu..bukan dia tak tahu adik kembarnya itu sedikit panas baran...tapi saja dia ingin mencari pasal..
walaupun mereka kembar tapi minat dan perangai mereka sangatlah berbeza..adiknya itu sedikit kasar..sebab itulah dia memilih masuk ke universiti engineering yang dimana hampir semuanya pelajar lelaki...dan dia pulak lebih tenang dan meminati bidang kulinari..di sebabkan itulah dia mengambil bidang kulinari di salah sebuah universiti swasta terkemuka di malaysia ini...
..............................................
"Apa jerit jerit ni Ryan....pekak telinga ibu dengar tau takk..."beleter Puan Anisa kepada anak bujangnya itu..macam ni la keadaan rumahnya kalau semua anak anaknya pulang bercuti...tambah kalau ada anak kembarnya itu..mahu terbalik rumah ni dibuatnya...harap je kembar..tapi asyik bergaduh sahaja..pening kepala dibuatnya...mengalahkan anjing dengan kucing..tapi kalau dorang berbaik tu..dah macam belangkas pulak..asyik berkepit sahaja...
"Tak ada apa bu...saja test vocal.."balas Ryan selamba sambil tersengih seperti kerang busuk...
Puan Anisa hanya mengelengkan kepala mendengar jawapan anaknya itu..sambil berlalu pergi ke dapur untuk siapkan minum petang..
Papppp...
"Kau ni pehal...main ketuk ketuk kepala pulak...kau ingat kepala ni tak bayar zakat ke"marah Ryan sambil memandang tajam kearah adik kembarnya itu....
"Sapa suruh tadi kau cari pasal dengan orang...so padanlah muka.."balas Ad selamba..tangannya laju mencapai apple yang berada didepannya itu...puas hati aku...sapa suruh cari pasal tadi..kan dah mendapat..ni Ad ok..sapa yang cari pasal dengannya akan dibayar cash hahaha...
"Kau pehal sengeh-sengeh...kau memang dah mereng erh.."saja Ryan ingin menyakitkan hati adik kembarnya itu...geram betul dia..apabila melihat muka selamba adiknya itu sambil memakan apple setelah mengetuk kepalanya dengan buku novel..setebal 200 muka surat kepunyaan adiknya itu...
"Kau ni kannnnn..."belum sempat Ad membalas kata kata abang kembarnya itu..ibunya muncul membawa pinggan yang berisi kuih pau...ermm lazatnyaa bau....
"Hah...Ad yang kamu tenung abang kamu macam nak makan tu dah kenapa...ni ibu bawak pau...makan la...abang kamu tu tak sedap pun kalau kamu nak makan dia..danging liat.."
kata Puan Anisa sambil memandang muka kelat anak perempuannya itu...bukan dia tak dengar pentengkaran anak kembarnya itu..tapi saja dia malas nak ambil tahu....
"Hah...Ryan...kamu ni sengeh sengeh kenapa...."sambung Puan Anisa lagi...
"Tak de apa bu...saja...senyum kan sedekah.." balas Ryan pendek..sambil menaikkan ibu jari kearah adikny itu..setelah ibunya menghadap ketempat lain...
YOU ARE READING
You Are My Candy Crush Mr Muka Ketat
Chick-Lit"Muka je hansome tapi sombong...muka ketat je..."- Adriana Alisya "Aku tengok dia macam pemalu je"-Mia "Kenapalah hari hari aku terserempak dengan minah comel ni" - Umar Rizqin Do you have a map? Because I just keep getting lost in your eyes!" Dapat...