"Morning world"...ucap Ad dengan penuh semangat...pagi itu merupakan kelas pertamanya untuk semester ini..
"Amboi awal bangun...semangat baru ke kak...kalau tak bukan main susah nak gerak"tegur Mia yang baru selesai mandi...dia pun ada kelas pagi ni..tapi bukan sekelas dengannya lah..
Ad hanya membalas dengan senyuman...malas dia nak merosakkan moodnya di pagi harini...lalu dia mencapai tuala dan bekas mandiannya...
..........................................................
Mia kau dah habis kelas ke?? -AdrianaAd menghantar whatsapp kepada kawan baiknya itu...setelah tamat kelas ..harini kelas sekejap je...mungkin sebab hari first kot...perutnya mula bernyanyi lagu rap..mintak di isi...
Dia pun melangkah turun dari building akademi untuk menuju ke cafe..
"Jauhnya cafee....kebulur aku kalau macam ni.."rungut Ad perlahan...
"Woiii!!" Sergah seseorang dibelakangnya..kenapalah semu orang suka buat dia terkejut..lama lama boleh sakit jantung macam ni..tak pun mati terkejut...
"Assalamualaikum encik adam..kau memang dah lama hidup erh" sapa Ad sambil menoleh kearah satu satunya kawan lelaki yang rapat dengannya...Adam Lee ...kacukan cina melayu...muka boleh tahan hansome...tapi mulut macam longkang...
"Walaikumsalam..."jawab adam sambil tersengeh malu...
"Wahh islam lagi rupanya..."sinis Ad...saja dia mahu mencari pasal dengan kawannya itu...kan dah cakap sapa cari pasal dengan Ad akan dibalas cash...
"Haishh dia ni...tumbuk gak kang....kau ni..aku punya menjerit sampai nak terkeluar anak tekak..kau boleh buat don't know je.."....
"Sorry dam..tak dengar ...aku pakai ni" balas ad sambil menunjukkan earphone di telinganya...
"Kau ni tak pernah berubahkan..asyik berkepit je dengan earphone tu...tak peduli hal sekeliling lansung.."
adam sudah masak benar dengan kawannya itu..pantang jalan sorang mesti di sumbatnya earphone...
"Eyhhh ...dia..makhluk aku jumpa haritu..kenapa lah aku tak perasan dia sebelum ni.."bisik hati Ad...sambil memandang tajam kearah makhluk yang on the way datang kearahnya..tetiba jantungnya berdegup laju seperti kali pertama dulu melihat makhluk tersebut...
"Ad! Ad!!" Panggil Adam kuat setelah Ad tidak memberi respon kepadanya....
"Hahh...apa kau cakap??"tanya Ad setelah tersedar...macam manalah aku boleh termenung sampai tak sedar yang makhluk tu dah berlalu pergi pun...bikin malu je.."Tak de apalah...jom cafe...lapar lahh"ajak Adam malas dia nak explain kat minah stone ni ....bazir air liur aku je membebel kat dia tadi...dia boleh berangan...haishhh...selamat la kawan...
Ad hanya mengangguk...dan berjalan kearah cafe sambil Adam mengikut disebelahnya...
"Kenapalah lately ni aku asyik jumpa dia je ...dah lah tu..jantung ni..tiba tiba berdebar semacam..haishh..."bisik Ad perlahan...dia masih tak puas hati ..kenapa makhluk tu..tak habis habis mencuri tumpuannya...
"Kau cakap apa Ad??"
"Tak de apa..kau boleh jalan cepat sikit tak..aku dah kebulur ni"...jawab Ad kasar..untuk menutup malu...malu la dia kalau Adam dengar apa yang dia cakap tadi ....mana nak letak muka aku yang cun ni...
'Eyh minah ni...aku jalan kat sebelah dia kot...apa yang lambatnya....mesti ada something ni" syak Adam...dia dah kenal sangat dengan kawannya itu...kawannya itu memang tak pandai menipu...kalau dia menipu je mesti muka dia akan merah...sebab itulah dia boleh ngam dengan minah stone ni.
........................................................
"Alamak ....dia lagi....kenapa dia ada kat sini ni..bertenang Ad...tarik nafas...lepas...cool ok..kau kan heartless" bisik Ad perlahan.sambil memandangn kearah makhluk yang mencuri tumpuannya sejak akhir akhir ni...
"Ad..macam biasa erh...kau beli air..aku beli makanan...kau nak makan apa?"
"Hah....ok..nak macam biasa lah.."balas Ad gagap...kenapa jantung aku ni....dari tadi tak menentu..tangan pun sejuk tetiba ni...
"Ad...kau ok tak ni...kenapa muka kau merah sangat ni?? demam ke?" Tanya Adam risau...yelah karang tak pasal pasal si Ad ni pengsan sapa susah...
"Takk...tak...aku ok"jawab Ad sambil berlalu kebahagian kedai yang jual air..."Rabbina 2 bang "(serentak)
Ad memandang sebelah melihat siapa yang mintak rabbina juga ni...serentak pulak tu...
Alamak dia!!!.....
YOU ARE READING
You Are My Candy Crush Mr Muka Ketat
Literatura Feminina"Muka je hansome tapi sombong...muka ketat je..."- Adriana Alisya "Aku tengok dia macam pemalu je"-Mia "Kenapalah hari hari aku terserempak dengan minah comel ni" - Umar Rizqin Do you have a map? Because I just keep getting lost in your eyes!" Dapat...