Bab-1

1.3K 58 7
                                    

Malam kelihatan terang dengan hadirnya lampu-lampu yang menyakitkan mata. Suara riuh rendah seakan terlolong-lolonh juga memekitkan telinga. Bau bercampur bauk dan suasana terasa begitu panas walaupun ia telah mencecah 12 pagi.

Ramai yang bersorak dan menjerit-jerit. Juga ada yang ketawa menambahkan pencemaran bunyi yang kian teruk. Ada yang terlompat-lompat seakan tidak siuman dan juga ada yang menangis terharu.

Mengarut.

Masakan mereka boleh berperilakuan sebegitu bagaikan mengetepikan maruah. berlolong-lolong dan terpekik-pekik. Terhinjut-hinjut dan menari tak tentu arah hanya kerana...
... sebuah konsert?

Ditengah-tengah orang ramai hanya berdiri sekujur tubuh yang tak berganjak dari tadi. Hanya diam terpaku memerhatika keadaan yang dianggapnya mengarut. Dia mengenakan jaket berwana ungu walaupun bahang haba orang ramai kian dirasai.

"Fang, laporkan situasi kau!"

Pemuda itu tidak membalas. Dia berdiri Statik. Termenung jauh ke hadapan bagaikan memikirkan sesuatu yang mendalam.

"FANG!" bingit telingga dibuatnya.

tangan kananya dikeluarkan dari kocek seluar jeans hitamnya. Fang menyentuh telinganya yang disumbatkan dengan 'wireless earpiece'. Dia kemudian memandang atas. Tepat pada mata rakanya yang tidak sabar mahu menerima situasinya.

" Seluruh kawasan dah masuk dalam radar aku." Fang menbalas. Dia mengembalikan pandangannya kehadapan. Tambah Fang selamba. " cuma tak de lagi sesiapa yang bileh jadi suspek masuk"

"Teruskan mengawal. Dah nak dek acara kemuncak." Suara seberang mendatar.

"Oi Boboyboy."

"Hmmm?"

"Kenapa kita kene percayakan si kepala kotak tu?" Fang kembali memasukkan kedua belah tangannya kedalam kocek seluar. Dia bermain-main dengan serantsi kunci yang digeserkan antara satu sama lain. "Kita dah pernah kene tipu dua kali."

Tiada jawapan daru Biboiboy. Fang mengeluh lembut.

"Sebab inilah geng kita susah nak maju. Kau percayakan sangat orang."

"Ehem, berdasarkan statistik, geng kita dalah geng kedua yang telah mengumpulkan sfera kuasa paling banyak ok?" Kata YAya menyampuk menidakkan pernyataan Fang.

"Entah Si Feng ni. Apasal tiba-tiba ni? Semalam ok je?" Balas Ying.

"Si Feng ni tengah period kot." Gopal cuba membuat lawak. Dia hanya mendapat respon Ying dan Yaya yang memarahinya. Suara mereka bertiga kiti bising memasuki terus lubang telingga Fang. Hampir setaraf dengan bunyi riuh disekelilingnya.

Fang mengelengkan kepalanya. Dia masih bertekad mahu mendengar jawapan Boboiboy. Sejak Adudu memberitahu mereka tentang penyeludupan Sfera kuasa yang akan berlaku di dataran Merdeka hari ini, Boboiboy seakan menyembunyikan sesuatu.

Fang menutup matanya. Dia ingin segera menangkap sfera kuasa tersebut dan pulang, merebahkan badan ke atas katil empuknya. Sejak kebelakangan ini, dia sering berasa mengantuk dan kurang bersemangat. Majoriti kerana latihan intensif yang sering dilakukan pada sebelah malam hari.

Hanya kerana ingin kuat.

Kuasa bayangnya sekarang tidak cukup kuat untuk melawan musuh baru yang bertambah semakin hebat hari demi hari. Malahan setelah kuasa penembus dimusnahkan oleh Kapten Kaizo 5 tahun lalu. Dua perlukan sesuatu yang baru untuk menambahkan kebolehannya.

Sesuatu yang aneh memasuki radar bayang. Fang tersedar dari lamungannya. Seseorang yang beratnya lebih kurang 50 kg keatas membawa sebuah sfera logam yang terasa aneh.

Bayangan [BBB] (Hiatus)Where stories live. Discover now