Boboiboy dan Fang telah dikepung dari semua arah. Kanan Kiri. Depan Belakang.
"Kita kene selesaikan cepat." Suara Boboiboy kedengaran tercugap seakan ianya disekat-sekat.
Fang menoleh kepalanya sedikit. cuba melihat keadaan Boboiboy tanpa memikirkan dirinya yang berada dalam situasi yang sama. Mereka sedia maklum, hanya ada dua kemungkinan bagi pertarungan ini. Sama ada mereka menang dan selamat, atau terlelap sebelum ianya habis. Kemungkinan yang kedua bukanlah satu pilihan. Ia bukan satu kepastian yang lelaki-lelaki bertopeng itu akan memastikan mereka selamat.
Fang mengangguk.
"BOBOIBOY, KUASA TIGA!"
"Separa beruang bayang."
Dalam sekelip mata Boboiboy sudah pun berpecah tiga menjadi Boboiboy Gempa, Halilitar, dan Taufan. Fang pula sudah bersiap siaga dengan perisai bayangnya.
HIYYYYAAAARRRRGGGGGGG
Dengan jeritan perang tersebut, ketiga-tiga Boboiboy dan Fang meluru kearah musuh bertopeng mereka.
Boboiboy Taufan mengelongsor laju melepasi musuh-musuh dengan hoverboard biru mudanya. Dia melihat Boboiboy Halilitar yang laju menyerang dan menetak musuh dengan gerakan halilitar. Langit menjadi mendung dan kemerahan disebabkan halilitar yang sering menjunam mencari mangsa tnpa dijangka. Boboiboy Gempa yang lebih rasional pula mula menempatkan tanah perlindung didepannya. Dia kemudian mula mengurung musuh-musuh dalam penjara batu yang dapat dilakukan dengan senang. Boboiboy Taufan tiba-tiba tergelak. Ramai yang cuba menjatuhkannya tetapi tidak berjaya. Mereka menembak dan menyerang dengan pelbagai cara. Pantang dicabar, Boboiboy Taufan berpusing untuk menghadap musuhnya.
"BEBOLA TAUFAN."
Fang sempat menolak musuh ditangan dan berundur sedikit cuba mengelak bebola taufan yang tersasar. Dia menjeling Boboiboy Taufan tajam.
"Heheheheh, Sorry..." Boboiboy Taufan mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Fang menundukkan kepala. Satu serangan mengejut telah dilancarkan tepat diatas kepalanya. Salah satu musuh bertopengkan ninja cuba untuk 'high kick'nya. Fang membalas dengan melepaskan satu tumbukan keras diperut musuh yang terdedahtadi dan terus melepaskan tendagan kearah musuh yang cuba menyerang dari belakang. Seorang musuh yang bersenjatakan cambuk hitam berjaya menangkap tangan kanan Fang. Fang cacat buat seketika. Musuh tadi menarik Fang ingin membuat Fang sakit. malang sekali untuknya, Fang ada idea lain. Fang memegang tali cambuk tadi dengan tangan kirinya. Dia menarik tali hitam tersebut dan membuatkan musuhnya tadi terhumban kearah fang. Tangan kanan Fang sudah pun dalam posisi. Dia menumbuk lelaki ninja itu. Dengan berperisaikan beruang bayang, Fang menjadi berkali-kali ganda lebih kuat dari sebelumnya.
Lawan bertopeng Boboiboy dan Fang tidaklah sebegitu lemah. Tetapi, Boboiboy dan Fang telahpun bertarung dengan musuh yang lebih hebat. Yang sememangnya memaksa mereka berlawan sehabis baik dengan nyawa sebagai pertaruhan. Dan juag yang membuatkan mereka dapat menjumpai kuasa baru yang mereka tak pernah jangka ada dalam diri. Dalam hari biasa, ianya sudah pasti siapa yang akan menang. Tetapi malang sekali, ia bukan hari biasa. Masa yang kini hanya menjadi penonton kini bertukar kepada musuh yang paling dasyat.
Mata semakin kuyup. Kaki dan lengan sering mengabaikan perintah otak. Gerakan mereka semakin perlahan. Tangan sahaja dirasai seakan suatu beban yang tak sanggup dipikul. Lelaki bertopeng mula mengatasi mereka. Mereka menyerang dari pelbagai sudut. Kanan kiri. Depan belakang. Atas bawah. Boboiboy dan Fang terpaksa menahan segala hentaman yang ditujukan. Mereka menakap gigi dan menahan.
Akhirnya, Boboiboy terbaring dan mula bercantum menjadi satu. Perisai Fang juga telah lenyap entah ke mana. Segala tenaga digunakan untuk kekal terjaga.
YOU ARE READING
Bayangan [BBB] (Hiatus)
FanfictionFanfiction Boboiboy Dunia selari dengan Boboiboy Galax... Tika mereka masih bagi cuba memulih daripada kehilangan Ochobot, seorang lelaki misteri muncul menghempas kehidupan tenang mereka. Lelaki yang menaruh dendam kesumatnya pada Fang dan tujua...