Cahaya mentari menyinari tepat diatas kepala. Bahang jelas kelihatan keluar dari bumi dan keatas. Hanya bunyi bising kenderaan dan bau hapak peluh menemani perjalanan Yaya. Yaya memandang bawah sambil megenggam kedua belah tali beg galasnya. Beberapa kali juga keluhan dilepaskan.
"Boringnya balik sekolah... "Sekali lagi Yaya mengeluh lemah. Kepala hanya digantung dan dalam otak mula terfikir hidup selepas sekolahnya yang kekurangan aksi dan pengembaraan. Dia rindukan Boboiboy yang sering mempunyai idea baru, Fang yang sentiasa mempunyai masalah bersama abangnya, Gopal yang selalu mengejar masaalah, Ying yang ada sahaja benda baru yang ingin dicubainya dan akhir sekali ochobot yang sering membawa mereka kemana kemari. Dialah yang melaksanakan idea Boboiboy, yang membantu Fang berjumpa Kapten Kaizo, yang sentiasa berjaya melarikan mereka semua dan yang sentiasa memastikan mereka selamat. Tanpa Ochobot, mereka hidup seakan mayat hidup. Seakan tiada arah tuju. Walau mereka masih menjalankan misi tetapi, ia hanya bagi membantu pihak polis dan badan kerajaan yang tertentu. Yaya rimdukan situasi dimana nyawa menjadi pertaruhan, dimana mereka perlu pilih antara lawan atau lari, dimana dia dapat menguji kuasanya dan upgrade kepada lebih baik. Sekali lagi Yaya mengeluh dan mengantung kepalanya menghadap kasut hitamnya.
Tiba-tiba, hidyng mengesan satu bau ganjil. Yaya segera mengangkat kepala menghirup sedalam-dalamnya nafas mengesan bau apakah itu. Dia memikirkannya seketika dan mata terus membulat.
Bau orang kesusahan! Teriak hatinya gembira. Yaya segera mempercepatkan langkah mencari siapakah yang hendak dibantunya dengan sebaris senyuman manis terukir di bibir.
Yaya membelok dan terus berjalan. Matanya meliar mencari orang yang dihidunya dan akhirnya mata terpaut pada seorang jejaka lelaki berseragam biru tua.
"Hi, ada apa yang boleh saya tolong? " Yaya menegur sambil membengkokkan sedikit kepala menyorokkan sifat singa ganas.
Pegawai palis tadi terkejut dan secara tidak sedar dia mengundur beberapa langkah. Dia melihat Yaya dengan mata besar dan bibir diketapkan. Muka tiada cacat celanya kelihatan skema dan muda, seakan Yaya berbahasa dalam bahasa asing.
Beberapa minit berlalu...
Akhirnya Yaya melepaskan satu dengusan bagi menegur pegawai polis yang masih lagi merenungnya. Seakan baru tersedar daripada tidur, pegawai polis tadi terus merendahkan muka merah pendamnya melihat kertas ditangan.
"ummm, abang cari alamat ni, adik tau tak kat mana? " Pegawai tadi menyelak kertas dan ia bertukar tangan.Yaya membaca satu per satu abjad yang tertera. 'eh, ni jiran aku!' Yaya berbisik. Dia memandang pegawai tadi.
"Ni jiran saya ni! Kenapa ya? " Yaya menanyakan dengan nada lembut sambil mengembalikan kertas tadi.
"uh, ummm, tu hal peribadi... " pegawai lelaki tersebut berkata seakan tak sangup membalas begitu. Dia mengambil kertas tersebut dengan kalut membuat kertas yang lain berselerak didalam genggaman.
Yaya memerhatikan tika kesemua kertas terjatuh berselerak di kaki. Jika difikirkan kembali, boleh sahaja Yaya membantunya dengan kuasa manipulasi gravitinya akan tetapi, dia sengaja membiarkan ia jatuh untuk mencuri-curi lihatnya.
Gambar Fang adalah perkara yang pertama memancing matanya.
'rumah Tok Abah, gambar Fang?' Yaya tertanya.
Pegawai tadi terus mengemas kertas yang bertaburan dengan muka merah ke telinga. Dia bangun dan tanpa memandang muka Yaya berkata, "uh, terima kasih dik... Tolong tunjukkan jalan boleh? "
Yaya mengangguk sambil tergelak kecil.
***************************************
Mata Yaya membulat bagai hendak terkeluar daripada soketnya."Ya Allah, apa jadi? " Yaya berkata dalam satu nafas sambil menutup mulutnya dengan telapak tangan.
Terlalu terkejut Yaua melihat keadaan Fang yang berbalut hampir keseluruhan badanya. Fang juga beebulat mata sambil tubuhnya berada dalam posisi yang pelik. Tangan kanan menahan diri daripada terjatuh memegang bingkai pintu. Tangan kiri pula beku memegang kasut ingin membukanya. Fang hanya berdiri dalam posisi yang sama todak tahu bagaimana hendak diceritakan.
"Kau nak masuk ke tak? " Soal Boboiboy yang menjenguk kepalanya dari dalam.
"Boboiboy! " Yaya menjerit melihat keadaan Boboiboy yang lebih teruk. Kepalanya dapat dilihat berbalut melalui celahan topi dinosaurnya. Lehernya putih dan ia bersambung hingga ke kedua belah tangan. Kakinya juga dibaluti. Boboiboy terkaku melihat Yaya cuba merangka ayat.
Mereka bertiga kaku pada posisi masing-masing. Boboiboy dan Fang memikirkan cara untuk menerangkannya sambil Yaya menunggu jawapan. Semua didalam fikiran sendiri.
"Encik? " Pegawai polis yang berdiri dibelakang Yaya membuat mereka bertiga kembali ke realiti. Fang memandang pegawai tersebut. "encik, ... Ingin bertem-"
"Napa lambat sangat? " Lelaki misteri bersarung tangan besi tadi keluar dari dalam rumah membuat keempat-empat pasang mata mendarat padanya.
Pistol hitam yang tadinya setia disisi kibi digenggam rapat kedua belah tangan. Muka yang kelihatan kebudak-budakan berubah tegang. Matanya kelihatan jelas dengan apa yang ingin dilakukannya.
"Jangan bergerak, angkat tangan! " Pegawai polis muda bersuara membuat Boboiboy,Yaya, dan Fang terkejut. "Bernama samaran Jebat, awak ditahan atas 196 tuduhan!"
Jebat tersenyum.
YOU ARE READING
Bayangan [BBB] (Hiatus)
FanfictionFanfiction Boboiboy Dunia selari dengan Boboiboy Galax... Tika mereka masih bagi cuba memulih daripada kehilangan Ochobot, seorang lelaki misteri muncul menghempas kehidupan tenang mereka. Lelaki yang menaruh dendam kesumatnya pada Fang dan tujua...