KACHING..... KACHING...
Badan dibongkokkan membolehkan kepala diletakkan tepat diatas meja putih. Tangannya bermain-main dengan seutas rantai kunci perak. diangkatkan sedikit dan dilepaskan. angkat dan lepas. angkat dan lepas. Fang hanya memerlukan pergelangan tangannya untuk bergerak. Jelas sekali dia kelihatan bosan.
Beberapa orang pegawai yang bersarungkan seragam biru tua hanya memerhati disebalik cermin tebal. Cermin tersebut merupakan cermin satu hala. cermin yang memisahkan mereka daripada Fang. tetapi, entah mengapa, mereka rasa seakan Fang dapat memerhatikan segala gerak-geri. Apa yang dibualkan juga dalam nada seakan berbisik. Risau Fang mendengarinya walhal semua sedia maklum bahawa Fang telah dikurung didalam bilik yang kedap bunyi.
Seorang pergawai yang hanya bersarungkan T-shirt biru tua bersama logo Polis Draja Malaysia dan berseluar slack berjalan tegap melintasi dua orang pegawai tadi dan terus membuka pintu masuk kedalam bilik tawanan Fang tanpa memberi peluang dua pegawai seragam tadi memberi tabik hormat. Tanpa segan silu dia memasuki, dan tanpa dipelawa, dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi keluli bertentangngan dengan Fang yang masih lagi bermain dengan rantai kuncinya.
KACHING... KACHING...
Hanya bunyi rantai kunci Fang memenuhi ruang diantara mereka.
KACHING... KACHING...
Bunyi tersebut masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. Tetapi kini sedikit berbeza. Fang mula menegakkan badannya membolehkan matanya memandang tajam pegawai didepan.
KACHING... KACHING...
Situasi masih tidak berubah. Mereka hanya merenung sesama sendiri membuatkan dua orang pegawai diluar kembali gelisah. Gelisah kerana ia seakan Fang merenung mereka yang berada disebalik cermin dibelakang pegawai t-shirt tadi.
KACHING... KACHING...
"Fang."
Fang berhenti. Rantai kunci tadi diseluk kedalam poket seluar dan kedua belah tangan dibiarkan didalam.
Fang tidak membalas apa-apa dan pegawai t-shirt tersebut tidak memerlukan sebarang balasan. Dia sudah tahu yang Fang kini sedia mendengarnya. Mata Fang juga hilang tajamnya.
"Saya dimaklumkan yang awak te-"
"Siapa?"
Belum sempat pegawai tersebut menghabiskan ayat Fang sudah menyampuk. Pegawai tersebut kelihatan sedikit keliru. Muka Fang tidak berubah dari tadi. Hanya kelihatan selamba dan seakan malas melayan pegawai tersebut.
"Maaf. Siapa?" Pegawai tadi mengulanggi pertanyaan Fang. Dia tak faham siapa apa?
"Kau."
"Aku?" Dalam hati pegawai tersebut mula mengutuk Fang. Dalam kepalanya, Fang sudah didaftarkan sebagai seorang yang kurang ajar.
Berani kau aku dengan aku?
"Siapa kau?"
"ohhh..." Pegawai tadi sedikit terkejut. dibelakang ohhnya dipanjangkan. Pesanan pensyaah di university mula muncul kembali didalam minda. Penyoal perlu mengenalkan diri sebelum sesi soal jawab dimulakan. Baru dia teringat. Dia belum memperkenalkan diri.
"Jadi?" Fang mula berkata apabila beberapa saat berlalu tanpa sebarang balas. pertanyaannya tidak kedengaran seperti pertanyaan dan lebih kearah suruhan.
Pegawai tersebut semakin bengang. Bukanlah niatnya ingin berasa begitu pada suspek. Ia juga salah dirinya sendiri. lupa etika soal jawab. Tetapi perangai Fang yang membuatnya angin. Mujurlah dia telah dilatih untuk beraksi seakan robot tanpa perasaan didepan suspek. Kini mood robot diaktifkan.
YOU ARE READING
Bayangan [BBB] (Hiatus)
FanfictionFanfiction Boboiboy Dunia selari dengan Boboiboy Galax... Tika mereka masih bagi cuba memulih daripada kehilangan Ochobot, seorang lelaki misteri muncul menghempas kehidupan tenang mereka. Lelaki yang menaruh dendam kesumatnya pada Fang dan tujua...