Hujan turun lebat membuatkan bunyi hentakan kuat pada atap zink rumah Tok Abah. Angin kencang yang berjaya memasuki rumah melalui rekahan-rekahan meninggalkan bunyi seakan seseorang bersiul-siul.
Gopal memeluk tubuhnya sendiri menahan dinginnya malam. Dia memandang wajah Ying dan Yaya yang kepenatan. Ppi Ying cekung dan kulitnya seakan kusam. Rambut yang diikat tocang juga tidak terurus. Yaya pula mempunyai dua bulatan hitam dibawah matanya dan mulutnya menggigit bibir. mungkin Yaya membuatnya untuk menahan sejuk tetapi ia kelihatan seakan dia mendahagakan sesuatu.... darah? Gopal terfikir sendiri, diorang ni nampak macam hant-
Kilat menyambar menningakan guruh yang kuat. Lampu tiba-tiba terpadam sendiri.
"Waaahhhhhhhhhhh!!!!! HHAAAAAANNNNNTTTTUUUUUU!!!!" Teriak Gopal seraya menutup kedua belah matanya.
"Ish, Kamu ni, mana ada hantu!" Marah Ying dengan mata merahnya.
"Hentah Gopal ni, kalut je..." Yaya menyokong.
Lampu ruang tamu tersebut kembali terkelip-kelip. Boleh dilihat Tok Abah berdiri disebelah suis sambil menjulang dulang yang terletak empat enam mug yang berasap. Sekaligus satu ruangan tersebut dipenuhi bau koko yang menenangkan.
"Maaf la, rumah lama, selalu buat hal..." Tok Abah bersuara sambil terketar-ketar menuju meja kopi ditengah-tengah ruangan. Yaya bingkas bangkit membantu. Kelihatan perasaan lega tercorak diwajah Tok Abah yang sedang melabuhkan punggungnya diatas salah satu sofa.
"Tak apa la Tok, kitorang tak kisah." Yaya cuba menyejukkan lagi hati Tok Abah. Yaya meletak kan cawan tersebut didepan Gopal, Ying, Tok Abah, dan akhirnya dirinya sendiri. Dua lagi cawan yang berbaki hanya dibiarkan didalam dulang.
"A'ah Tok, dapat Koko panas ni pon dah cukup da..." Gopal terus membalas sambil tangan kanan cepat mencapai cawan tersebut.
"Hmmmmm...." Kedengaran bunyi marah dilepaskan Ying dan Yaya mengenangkan peristiwa tadi. Kedua mereka menjeling Gopal.
"Ehehehe" Gopal mengaru sedikit kepalanya. Malu dengan perangainya sendiri. "Ha, Tok, napa Tok Abah panggil kitorang subuh-subuh ni?" Soal Gopal menukar topik.
"Haiiihhh.... Itulah, Boboiboy dengan Fang, tak balik-balik dari malam tadi." Rungut Tok Abah. Kepalanya tertunduk sedikit cuba mensorokkan wajah risau yang jelas terpapar.
"Dari malam tadi?!" Ying, Yaya, dan Gopal menanyakan serentak.
Tok Abah mengangguk sayu.
Mereka bertiga memandang satu sama lain. Misi lewat malam semalam termain dikepala masing-masing.
"Kalau Fang, dari misi malam semalam dia tak de..." Getus yaya yang menyentuh dagunya. Berfikir. "Tapi Boboiboy..."
"Boboiboy ada balik malam tadi." Tok Abah menyampuk."
"Eh?" Ying hairan. Ayat Tok Abah tadi jelas bertentangan dengan apa yang baru sahaja diadukan.
"Tapi, malam tadi ada orang telefon. Lepastu dia terus lari keluar." Tambah Tok Abah.
Mereka bertiga bertambah hairan. Tanpa disedari air ketiga-tiga mereka hampir habis.
"AH, biar atuk tambah lagi air korang." Tok Abah bangkit meninggalkan koko panasnya yang masih tidak disentuh. Tok Abah menoleh sedikit kepalanya apabila sudah berada didaun pintu dapur. 'Hai, kesian budak-budak ni... letih' fikir hati kecil Tok Abah.
GEDUMMMM!!!!
Ying, Yaya, dan Gopal segera menolehkan kepalanya memandang kearah bunyi tadi. Kelihatan Tok Abah tersungkur.
"Tok Abah!!!" Ketiga-tiga mereka terkejut melihat Tok Abah. Mereka segera kearahnya.
"Kenapa Tok?" Soal Gopal melihat Tok Abah yang menyentuh dadanya.
"TV, TV, TV ATOK!!!!!" Tok Abah teriak. "Dah jadi burger!!! huhuhuhuhu...."
***********************************************************************************************
Kelihatan beberapa titisan hujan bersinar-sinar diatas rumput-rumput. Kedengaran juga burung-burung berkicau-kicau tika sedang asyik mencari rezeki harian.
Sinar matahari mencuri-curi masuk mengikut beberapa rekahan yang ada pada dinding kayu.
Fang mengangkat tangan kanannya menyekat sinar mentari tadi dari terus membakari pipi mulusnya. 'Sapa pulak yang pegi bukak langsir ni...' rungutnya. Dia menarik selimut tebalnya menyelubungi diri. Tetapi, mana selimut? Fang meraba-raba lantai mencari selimutnya. eh, lantai? Fang bangun dan terus terduduk.
"arrrggghhhh...." Fang mengeran kesakitan. Seluruh badanya terasa seakan dicucuk-cucuk berjuta jarum halus. Dia melihat kedua belah tangannya. Berbalut. Dia melihat badannya dan meraba-raba bahunya. er... Sakit... Berbalut. 'Apa dah jadi?' soal Fang melihat keadaan badannya yang teruk dikerjakan.
Fang memandang sekeliling. Pondok lama? Aku kat mana?
Fang cuba mengigati memorinya malam semalam.
Terbaring, badannya kaku. Penat dan letih. Mengantuk, dan, Bo-Bo
"Boboiboy!" Fang berteriak sambil memaksa diri untuk bangun berdiri diatas kaki sendiri. Fang berjaya duduk dalam keadaan melutut. Boboiboy... Dia berusaha berdiri, tangannya menahan berat badannya menggunakan kedua belah tangannya. Tadi malam Boboiboy... Lutut dan tangannya mengeletar, masih tak cukup kuat untuknya berdiri. Boboiboy dan.... Fang cuba mengingati peristiwa semalam. Berkemeja putih, bersarung tangan besi, dan bertali pinggang mecha.
"Dah sedar dah?" Kelihatan seseorang berdiri dimuka pintu melantunkan sebiji epal ditangan kanannya. Dia mengigit buah epal ranum tersebut. Dengan muka yang kelihatan terkejut dia bertanya. "Buah apa ni? sedapnya!"
Berkemeja putih, bersarung tangan besi, dan bertali pinggang mecha. Siapa kau?
Fang yang sudah pun terduduk menggenggam erat buku limanya. Dia menjeling lelaki tadi.
"Mana Boboiboy?"
***********************************************************************************************
Helo... hehehehe.... Sorry sangat lambat update... tak de sebab sebenarnya adanya alasan je -_-... Sorry yang dah berjangut tunggu tu....
Nah khas untuk para pembaca yang setia! Hadiah hari natal mungkin? heheheehehe...
P/s: lelaki misteri tu sebenarnya character yang author create sendiri... kesian dia... tak ada nama lagi (huhuhu)... Jadi, sapa ada cadangan nak bagi nama dia apa?
YOU ARE READING
Bayangan [BBB] (Hiatus)
FanfictionFanfiction Boboiboy Dunia selari dengan Boboiboy Galax... Tika mereka masih bagi cuba memulih daripada kehilangan Ochobot, seorang lelaki misteri muncul menghempas kehidupan tenang mereka. Lelaki yang menaruh dendam kesumatnya pada Fang dan tujua...