"Hmm,nak buat apa?"
Yui mengigit hujung pen. Bosan sangat!
Segera dia mendail nombor Lisa. Entah,dia merasa dia diperhati dari pintu..
Pintu biliknya dibuka sedikit. Rasa seram sejuk. Dia segera mengunci pintu
Baru sahaja dia mengambil telefonnya,ada lembaga berlari bersebelahan tingkap biliknya
Gulp! Dengan rasa berani sikit,Yui membuka tingkap. Tiada apa apa
Dia melihat sekeliling. Gelap. Hingga dia terjumpa seseorang yang dilimpahi cahaya lampu jalan.
Takkan dia yang kacau aku tadi?! Yui segera menutup tingkap
Dia berlari kearah katil lalu bersembunyi dibawah selimut. Dia menggigil ketakutan
Sudahlah dia tinggal seorang,dan ada benda yang menemaninya
"Ibu ni! Kenapa balik lambat sangat?"
Kaneki ketawa diluar. Melihat mimik wajah Yui yang ketakutan menambahkan ketawanya. Tapi,dia ketawa senyap
Yui cuba berlagak berani. Dia memakai baju hood dan mengambil torch light
Pintu utama dibuka. Kepala Yui keluar dahulu. Meninjau segala kawasan. Selamat? Yea,selamat
Dia menekan on torch light. Cahaya!! Dia menutup pintu.
Bunyi seperti ada orang bermain disebalik semak samun menghentikan lamunan Yui.
Yui menghalakan torch light kearah semak samun. Nothing
Dia menoleh kehadapan
"Arghhhh!!! Hantuuu!!!"jerit Yui
Yui memejam mata. Benda itu memegang bahunya. Menggigil!
Yui terdengar suara orang ketawa. Kejap,tu bukan..
"Kaneki-chan!!!"geram Yui lalu mencubit lengan Kaneki
Kaneki mengaduh. Padan muka!
Yui mencekak pinggang." Baka! Tahu tak saya takut tadi?! "bentak Yui
Kaneki bangkit."Tadi tak takut pun. Berlagak betul"balas Kaneki
"Apa awak buat sini?"tanya Yui
Kaneki sebenarnya ingin melihat Yui. Takut diapa apakan. Macam tadi. Tapi,tadi tu cuma bergurau. Dia menyuruh si lembaga hitam kecil mengacau.
"Nothing. Cuma nak ambil fresh air"jawap Kaneki
"Kau kenapa keluar?"tanya Kaneki"Hmm,malaslah nak masuk balik. Tadi kena kacau. Dua kali! Satu di pintu dan di tingkap. Macam ada lembaga hitam. Wuuuu"jelas Yui dengan tenang walaupun takut
Kaneki mengetap bibir. Menahan ketawa.
"Hah! Itu ibu saya. Awak baliklah. Buang masa je saya cerita dengan awak. Awak ketawa adalah!"marah Yui sambil menolak Kaneki kedepan
"Kejap! Tunggu aku ambil kau esok. Kbye"kata Kaneki lalu berlari
"Apsal pulak dia ambil aku? Haih"ujar Yui
MACAM DIJANJIKAN!!Kaneki tunggu diluar . Hujan renyai renyai menambahkan kesejukan awal pagi
Yui yang selesai mengikat kasut segera keluar
Kaneki tiba tiba muncul dihadapan."Woahh!"jerit kecil Yui
"Hai,Woah!"balas Kaneki. Sengaja-,-
"Hesyy! Baka!!"sumpah serana Yui dengan Kaneki.
"Baka? Kau baka. Jom,kita pergi sekolah"pamit Kaneki lalu menarik tangan Yui
Yui blushing.. Uuuuuu
Payung yang besar itu memuatkan mereka berdua. So sweet(like kelapa sawit)
Mereka diam. Melayan perasaan masing masing
"Kaneki-kun"panggil Yui
"Apa?"balas Kaneki
"Awak pernah suka sesiapa tak?"
Kaneki diam.
"Ada ke?"
Kaneki menggeleng kepala. "Huh,buat apa?"
Yui diam. Mesti ramai spesis berlagak cool macam Kaneki
"Mana ayah kau?"
Kali ni,Yui berhenti melangkah.
Hujan lebat mulai turun. Kaneki segera berlari kearah Yui
"Apsal kau berhenti?! Kan dah basah!"marah Kaneki
Yui menunduk. Soalan itu berlegar legar.
"Ooopss. Minta maaf kalau soalan aku mencabar sikit"ujar Kaneki
Yui menangis. Kaneki menunjuk mimik muka takut. Tak pernah tengok orang nangis
"Wei,wei! Jangan nangis!"pujuk Kaneki
"Ayah saya dah lama tinggalkan kami berdua! Dia dah ada orang lain. Dan saya dapat tahu,dia meninggal. Padan muka!"kata YuiKaneki terdiam. Nanti jadi mangsa belasah. Tak nak tak nak
Lantas,Yui ketawa. Oh my! Seramm!
"Kau okey ke tak ni?! Takut aku! Bye. Sayonara!"jerit Kaneki lalu lari
Yui kebasahan segera mengejar Kaneki."Wei! Saya basahlah!"
YUI menunduk.Sensei Sunio amat marah dengannya
"Sudahlah basah,datang lambat lagitu. Hari ni,awak keluar lewat"tegasnya
Yui cuma menggangguk. Salah Kaneki!!!
"Nah"
Yui menoleh kebelakang. Suzuki menghulurkan tuala.
"Arigato"ucap Yui
"Mesti Kaneki buli awak kan?"tanya Suzuki
"Yelah! Habis saya jadi mangsa! Kalau saya kuat,dah lunyai dia!"bentak Yui
Suzuki ketawa melihat wajah Yui yang marah. Kawaii..Hah? Kawaii?!
Kaneki menyandarkan diri di dinding sambil mendengar perbualan
Dia memeluk tubuh. Dia berharap,Suzuki tidak mendekati Yui..