Sebulan,Kaneki meninggalkan Yui.
Yui menjadi pendiam selepas itu. Dia ingat Kaneki akan pulang juga. Tapi,selama 30 hari dia menunggu,tiada apa apa tanda.
Dia ingin melihat wajah lelaki itu. Matanya merah..Kali pertama dia melihat ketika dia bertentangan dengan Ken,ayahnya.
Lisa...Yui mengeluh. Kawan yang mempunyai ikatan yang teguh akhirnya putus..Dia akan tetap pergi selama lamanya di alam lain
Yui berjalan perlahan di koridor sekolah. Sunyi ketika waktu petang. Arhh,ini yang membuat dia teringat dengan Kaneki.
Dia perasan Kaneki sedang termenung. Apalah difikirkan dia..
Yui tunduk.Tidak ingin mengingati segalanya. Ia sudah berubah..Kaneki..
Yui menghayunkan begnya. Rasa bosan balik seorang diri.
Yui menghentikan langkah. Yui tersenyum. Suzuki ni!!
"Macam mana kelas piano?"tanyanya.
"Okey"balas Yui.
Kini,Suzukilah bodyguard dia. Tetapi,minggu lepas,Suzuki meluahkan perasaan dia kepada Yui.
Dan,Yui..menolak dengan baik. Kerana dia setia menunggu Kaneki tetapi takkan mengaku dia menyukai siapa.
"Awak suka Kaneki,kan?"tanya Suzuku dengan nada biasa
"Hmm,taklah. Saya tak suka siapa siapa pun"ujar Yui
"Tak nak mengaku pulak. Saya dah tahu apa isi hati awak. Awak menyukai dia. Huh,harap dia kembali kesini seperti dulu"ujar Suzuki
Yui berharap begitu. Kaneki...Kembali..
.....
Yui termenung jauh.. Nak buat apa? Tiada idealah. Yui mengeluh.
Dia baring. Ibu bapa dia sekarang di Tokyo. Kerja..Jadi,tinggallah Yui seorang diri
Ting tong!
Bunyi doorbell berbunyi. Huishh,siapa pulak ni? Yui menyarung selipar lalu turun kebawah.
Dia memulas tombol pintu dengan perlahan. Aik,tiada siapa?! Baka betul orang main loceng ni!
Yui melihat bawah. Ada kotaklah. Hish,mesti hadiah ni. Yui tersengih sambil mengambilnya. Dia mengunci pintu.
Dia membuka kotak kecil itu. Dari Tokyo? Mesti ibu dan ayah ni
Cop Teddybear? Hah!! Kaneki tidak menulis namanya dan memakai cop!
Pasti dia sudah kembali! Yui menutup pintu rumah lalu berlari ke alamat yang ditetapkan oleh Kaneki. Pasti itu Kaneki yang menekan loceng rumahnya.
Dalam kotak itu juga,dia memberi kunci. Kenapa dia memberi begitu? Ada sesuatu yang perlu Yui cari.
No.34,Old Sakura Park
Eh,bukan ni banglo Encik Haruka ke? Lantaklah. Yui membuka pintu dengan perlahan lahan.
Dia melihat sekeliling. Sepi,tiada orang.
Yui pergi keatas.
Bilik ke-dua..
Yui memulas tombol pintu bilik kedua. Apa yang....
Gambar Yui ? Siapa yang ambil? Segala gerak geri dia digambar,ketika dia berjalan pun dia ambil gambar..
Kaneki..? Dia ke? Yui melihat sekeliling bilik itu. Semua gambar dia.. Takkanlah Kaneki yang mengambil gambar Yui?
Yui melihat sebuah kamera diatas meja. Milik Kanekilah. Dan sebuah gambar Yui.
Yui hampir menitiskan air mata. Selama ini,kerja Kaneki mengambil gambar Yui dengan senyap. Yui tersenyum..
Pakai apa kunci kecil ni? Dia melihat sekeliling. Hah? Diari yang berkunci?
Yui mengambil diari itu. Dia membuka kunci itu pemberian Kaneki.
Diari Kaneki...
Yui menyelak muka surat pertama.
She will never know about me. Im the monster. She will scare and run away from me. But, i love her.. ..
Yui memikirkan siapa Kaneki suka?
Muka surat kedua..
Yui terkejut. Mata dia membulat. Kan...Kaneki suka dia?
My god!! Yui menutup buku itu lalu memguncinya. Dia memeluk buku itu seperti dia memeluk Kaneki. Tetapi,dimana dia?
Yui mengesat air mata. Rindu? Yes,rindu yang amat kepada Kaneki. Yui keluar dari bilik. Dia mencari Kaneki..
Dia membuka pintu dapur,tiada orang.
Dia membuka bilik bawah tanah,tiada orang.. Takkan dia terlambat?
Bunyi tapak kaki sedang menuju kearahnya. Semakin lama,semakin kuat bunyi itu. Yui memeluk buku diari Kaneki dengan erat. Takut...
Cehh,Suzuki rupanya! Baka! Buat orang terkejut je
"Suzuki-kun? Buat apa disini?"tanya Yui sambil mengesat air mata
"Just nak tengok awak. Kaneki suruh saya buat ni supaya awak tahu perasaan dia kepada awak. So,awak ambillah diari tu? "Tanya Suzuki
Hah? Maknanya,Kaneki tiada disini? Hampa Yui dibuatnya. Dia melangkah keluar dari rumah itu.
Gambar..Kaneki rupanya sudah lama menyukai Yui sejak pertama jumpa. Tapi,kenapa dia tidak meluahkan?
Yui menangis. Dia perlukan Kaneki...Come back...
P/s:Gomen!! Tak update sebab pas mobile tamat. Huihui dan sekolah buat saya sibuk. Gomen again!! Harap membaca dengan lagu sedih jepun! 😁😁
