Bab 27

472 42 1
                                        

"Dia dah lihat kau yang sebenar"

Suzuki duduk seraya berkata begitu.

Kaneki cuma menunduk. Semakin lama,identiti dia terbongkar satu persatu. Lepas ni,apa lagi..

"Dia perlu tahu aku siapa. Sampai bila aku nak sembunyi?"ujar Kaneki.

Baru sahaja mereka menghantar Yui kerumah. Lemah.

Kaneki menggengam tangannya dengan geram. Siapa gadis itu?!

Gadis itu tersenyum sinis. Kaneki tidak dapat melihat wajahnya dengan penuh. Arhh! Dia pakai topeng!

"Apa yang kau nak daripada Yui?!"tanya Kaneki

"Heh,kau tak payah tunjuk hero. Ini last permintaan aku,jangan dekati dia! Ha ha ha!"Gadis itu ketawa jahat lalu menghilangkan diri

"Aku rasa dia Ahli Sihir Hitam. Aku pernah mengambil jiwa seorang untuk dijadikan potion"ujar Suzuki

Kaneki tersentak. Baru dia faham tujuan gadis itu datang kemari. Dia inginkan jiwa Yui!

Aduhh!! Pasti Yui dalam bahaya! Bagaimana ni?!

"Baik kita biarkan Yui berkata sendiri. Beri dia masa. Aku takut semakin tambah tekanan otak dia. Jomlah balik. Senja dah ni"ujar Suzuki lalu bangkit.

Kaneki mengikut langkah Suzuki. Hatinya resah.

Yui cuma melihat kelibat Kaneki berlalu. Dia sudah melihat segalanya depan mata dia.

Apa lagi dia nak tipu? Huh,Yui terduduk. Dia memeluk pahanya sambil termenung

"Kalau aku luahkan perasaan aku kepada dia. Pasti dia tetap pergi tinggalkan aku dan takkan melihat kebelakang"

"Kaneki.. Kenapa dia sembunyikan? Aku tak faham."

Yui menghembus nafas dengan perlahan.

Yui tersedar. Ye!! Sensei Haruka..
Dimana dia sekarang? Adakah dia masih memburu Kaneki?

Yui ingin bertanya dengan Haruka. Dia sudah tahu segala rancangan Haruka kerana Yaikara memberitahunya.

Haruka cuba membunuh Kaneki supaya tiada yang boleh mengacau perancangan dia. Dan,jika seorang yang membuat Kaneki gembira,Haruka akan membunuh orang itu. Itu ialah Yui!

Tetapi,Yui tidak tahu perasaan Kaneki kepadanya. Maybe kawan je ke?

Yui teringat! Yaikara ada memberitahu anak gadis Haruka akan memburunya juga. Siapa dia? Bukankah dia telah mati dibunuh Haruka,ayahnya sendiri?

Malam ini. Yui ingin bongkarkan! Dia tetap tsundere. Berlagak berani dan mencari kebenaran. Dia akan cuba bertanya dengan Haruka sendiri.

Yui menggenggam kuat. Tak sangka mereka sanggup buat begitu supaya kebahagiaan Kaneki tidak tercapai. Yui sedar bahawa hidup Kaneki sering dilanda malang.

Kehilangan ibu bapa,bukan kerana kemalangan. Rupanya,dibunuh Haruka! Kaneki menangis hingga cecair merah keluar dari matanya. Sejak hari itu,dia menjadi pendiam dan memendamkan segala masalah

Nasib Suzuki yang merupakan bekas ahli sihir hitam dapat berubah menjadi baik dan menjadi sahabat kepada Kaneki.

Dan,Yui tertanya tanya.. Siapakah anak gadis Haruka? Adakah dia dikalangan kawan kawannya?

SUZUKI berjalan seorang diri di lorong untuk pulang kerumah

Sengaja dia memilih malam untuk pulang kerumah. Dia baru sahaja menghabiskan masa di rumah Kaneki. Nasib Kaneki pandai masak. Kalau tak,kebuluran mencari makanan.

Suzuki menyepak batu. Ttt.. Dia terhenti.

Lembaga hitam yang berpakaian hood itu dilihat Suzuki dari belakang. Siapa dia?

Suzuki bergerak kehadapan untuk melihat siapa itu. Rupa seperti gadis. Maybe gadis yang petang tadi! Sebab gadis itu juga memakai hood berwarna hitam.

Gadis ini,mungkin pernah menjadi Ahli Sihir Hitam.

Suzuki memegang bahu lembaga itu. DUSH!!

Kelibat hood itu hilang! Suzuki berundur. Dia terasa dia dipukul kuat. Kepalanya berpusing lalu rebah. Suzuki masih blur..

"BETUL KE JALAN NI,YUI?"tanya Aikara sambil memeluk lengan Yui. Mereka menggunakan lorong gelap itu untuk pergi ke sekolah. Nama jalan pintas.

"Ish,betullah! Kalau tak betul,kita tak payah masuk lorong ni. Yelah,awak kan anak orang kaya. Mana pernah jalan lorong ni"ujar Yui

Aikara tersengih. Habis kena hentam

Yui terhenti. Aikara juga terhenti.

"Apsal ni?!"bergeletar lutut Aikara. Mata Yui yang membulat cuma melihat hadapan.

Aikara tidak berani melihat hadapan. Takut benda tu!! Uuuuu!!

Yui masih kaku. Sekujur tubuh yang kaku. Orang mati ke?! Harap tak!!

Yui mengambil nafas. Aikara masih takut. Yui bergerak kehadapan. Mungkin orang itu pengsan ataupun perompak?! Huih!!

Yui mendekati tubuh itu. "Erk! Janganlah dekat Yui! Takut tu jelmaan ke?"cemas Aikara

Yui menyuluh cahaya di muka orang itu. HAH?! SUZUKI?!

"Siapa tu?!"

Yui terjerit kecil. Alamak,siapa orang tu!? Harap harap bukan jenayah!!

Kelibat hitam itu semakin mendekati mereka. Aikara menjerit kecil

"Shh!!! Jangan jerit!"

Suara Kaneki?! Yui menyuluh. Fuihh,Kaneki rupanya!

"Apa korang buat kat belakang rumah aku ni?"tanya Kaneki

Mereka dua membisu. Kaneki melihat belakang. Aik?! Suzuki?!

"Kenapa dengan Suzuki?"tanya Kaneki seraya melihat tubuh Suzuki. Pengsan?

"Saya nampak dia terbaring kaku disini. Itulah saya tengok. Saya pun tak tahu ken.."

"Aku just tanya kenapa dengan Suzuki. Bukan bercerita"celah Kaneki terus.

Yui mengetap bibir. Dia membiarkan Kaneki dan Aikara mengangkat Suzuki masuk kedalam rumah Kaneki

Yui berasa dia diperhatikan. Dia menoleh kebelakang. Bulat mata Yui!

"HMMM!!!!"

Tsundere LoveTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang