"Arigatou"ucap Yui
Suzuki dan Kaneki cuma menggangguk. Sudah pukul 6 petang.
"Awak berdua boleh balik sekarang. Jom,Yui!"ujar Aikara sambil menarik lengan Yui.
"Kejap! Jom balik bersama"ujar Suzuki.
Kaneki cuma menjeling tajam kepada Suzuki. Semakin lama,dia dapat merasai bahawa Suzuki suka mendekati gadis.
Kaneki mengikut langkah mereka. Huh,rumah dia jauh sikit. Jadi,dialah yang paling akhir pulang kalau dia tak menggunakan kuasanya.
Yui melihat Kaneki berjalan seorang diri. Yui memperlahankan langkah. Suzuki dan Aikara leka berbual.
"Kaneki-san"
Kaneki terkejut. Hish.
"Best tak hari ini?"tanya Yui dengan nada lembut
Kaneki menggangguk.
"Saya harap awak tak tinggalkan saya lagi"ujar Yui
Kaneki melihat Yui. Maksud dia...?
"Saya dah rasa selamat bila dengan awak. Dan,saya...."
Kaneki semakin tidak sabar mendengar. Apa?
"Woi! Dating ke?!"jerit Suzuki
Kaneki menjeling tajam. Heyy,potong line. Kaneki melihat Yui. Ehh,mana dia?!
Yui berlari kehadapan sambil melompat kegirangan. Kaneki mendengus geram. Main main!
Kaneki melarikan jarinya kedalam poket untuk mengambil telefon bimbit.
Mesej? Dia membuka mesej daripada unknown
"Jom main kuiz...Dia boleh dilihat seperti angin tetapi digelar angin jahat. Ia merupakan nama ayah. Dia juga akan membalas dendam kepada anaknya. Siapakah itu?"
Kaneki tidak faham apa yang dimesej oleh orang itu. Dia berasa angin yang kuat membelai tubuhnya. Kaneki menahan daripada ditolak kebelakang akibat angin yang kuat.
Mata Kaneki mencerlung. Ha...Roh Haruka?!
"A..apa kau buat disini?!"gugup Kaneki. Apa lagi dia ingin buat?
"Kaneki-san...Kau akan jumpa ayah kau kembali. Tetapi,dia akan membalas dendam kepada kau"ujar Haruka.
Kaneki terkejut. Ayahnya,Ken? Balas dendam?! Kenapa?!
Haruka meraung kuat. Kaneki berundur kebelakang. Dia baru perasan Yui dan lain lain sudah balik. Fuh,nasib. Ehh
"Kenapa ni?!"cemas Kaneki
"Lari!! Lari,Kaneki-san! Lari daripada kejahatan!"jerit Haruka
Kaneki berlari pantas menggunakan kuasanya. Dia sampai dirumah lalu mengunci pintu. Rumah dia telah dia pagar. Satu roh takkan dapat masuk
Kaneki memegang kepala dengan dua tangan. Apa yang berlaku di hadapan matanya membuat dia trauma. Dia mencangkung. Memeluk tubuh.
Knock! Knock!
Kaneki terkejut. Dia takut. Dia berlari keatas masuk bilik. Dia menyelimuti dirinya. Dia berasa takut!
Suzuki mengetuk pintu berulang ulang kali. Ehh,takkan belum pulang lagi?
Suzuki memasuki rumah Kaneki dengan mudah. Biasalah,ada kuasa
Dia melihat sekeliling. Gelap. Dia membuka lampu. Huh,terang.
Kaneki sudah balik rupanya. Jaket digantung kemas. Tapi,di mana dia?
"Kaneki.. Ohh,Kaneki"panggil Suzuki.
Suzuki pergi keatas. Bilik pintu Kaneki terbuka luas. Dia melihat kedalam
Kenn...kenapa?! Kaneki menyelimuti dirinya. Menggigil ketakutan.
"Kaneki,kenapa ni?!"cemas Suzuki. Tadi,seperti ada orang memukulnya. Sekarang,dia menggigil ketakutan.
"Ay..ayah...aku datang membawa dendam"ujar Kaneki dengan lemah.
Suzuki terkejut. Ken?! Apa?!!
Suzuki turun kebawah mengambil air suam kepada Kaneki.
Kaneki minum dengan perlahan. Suzuki ingin dia tenang terlebih dahulu.
"Kau tidur dulu. Kalau kau lapar,aku masakkan kau bubur yea"ujar Suzuki. Kaneki rebahkan diri lalu melelapkan mata.
Suzuki menutup pintu. Huh,Ken. Kenapa dia begitu?
Takkan disebabkan... Kejap.. Ibu Kaneki meninggal dunia akibat melahirkan Kaneki. Ken tidak dapat menerima takdir itu lalu menyalahkan Kaneki
Tetapi,kenapa Ken terus menjaganya hingga besar? Sekarang,Kaneki menghadapi masalah yang besar.
Suzuki duduk disofa. Kesian betul Kaneki. Huh,kenapalah mereka berbuat begitu? Suzuki menggenggam tangannya dengan kuat. Huh,ayah tak guna! Sanggup membuat Kaneki begitu!
Tok..tok.tokk
Suzuki melihat pintu hadapan. Ada orang ke? Segera Suzuki melihat dari lubang kecil untuk melihat siapa yang mengetuk pintu
Yui? Dia segera memulas tombol pintu. Yui basah kuyup? Ohh,hujan lebat
"Kenapa tak bawa payung?"tanya Suzuki sambil menutup pintu.
"Uh,saya ingatkan tak hujan waktu dalam perjalanan kesini. Tak sangka,hujan"jawap Yui
"Buat apa disini?"tanya Suzuki
"Tadi saya tengok Kaneki berlari seperti orang gila. Itulah saya nak tengok. Dia okey ke?"ujar Yui
"Awak tengok dibilik dia. Mungkin dia nak demam"ujar Suzuki
Yui pergi keatas. Suasana bilik Kaneki amat suram. Dilihatnya susuk tubuh yang lena tidur
Yui mendekati Kaneki. Huh,lena betul dia tidur.
"Nasib awak okey. Saya tak sangka roh Haruka datang kearah awak"ujar Yui
Yui memegang tangan Kaneki. Dia melihat wajah Kaneki.
"Kalaulah awak tahu,yang saya...suka awak. Huh"ujar Yui sambil tersenyum.
Kaneki sudah lama sedar apabila Yui memasuki biliknya. Tetapi,dia berlakon bahwa dia sedang tidur.
Eh,Yui suka dia? My god.. Wajah Kaneki hampir nak blushing!! Jangan,terbatal lakonan nanti.
Yui mula menangis. Kaneki terkejut. Jangan bangun. Biarkan.
Tetapi,Yui semakin galak menangis. Kaneki bangkit lalu memeluk Yui.
Yui terkejut. Uhh,Kaneki sudah sedar?
Yui dapat merasakan kehangatan tubuh Kaneki yang demam. Terjangkitlah virus demam nanti
Kaneki meleraikan pelukan itu lalu baring kembali.
Yui mengetap bibir. Mesti mamai ni!! Huh,Yui turun kebawah.
Kaneki membuka mata. Dia juga menyukai Yui tetapi,dia taknak mengaku.
Ayahnya,akan membalas dendam kepada orang yang Kaneki cinta. Ken,kenapa dia buat begitu?
![](https://img.wattpad.com/cover/76206971-288-k749677.jpg)