"Kyungsoo~ Lepas sekolah ni, kau teman aku pergi beli coklat nak tak?" Sengih lebar Haera sambil menyiku-nyiku lengan Kyungsoo. Koridor diredah mereka diisi beberapa pelajar yang rancak berbual.
Kyungsoo hanya mengangguk. "Boleh je."
"Yeah!" Bahu Kyungsoo terus dipeluk dari sisi dengan erat membuatkan badan lelaki itu hampir menyenget ke arah Haera. Tak lama kemudian, mereka berpisah arah. Haera kembali ke kelas manakala Kyungsoo menuju ke perpustakaan.
Tiba-tiba langkah kakinya kejung. Matanya membulat untuk seketika sebelum dengan hati debar menundukkan muka. Kyungsoo ingin segera melepasi dua pelajar perempuan yang berjalan tak jauh daripadanya.
"Hai Kyungsoo!"
Kyungsoo terkejut dengan sapaan berkenaan. Ingin saja dia menyorokkan diri.
"H-hai Soyoung." Teragak-agak dia untuk kembali memandang wajah gadis berkenaan. Kyungsoo hanya menunjukkan senyuman berbentuk hati miliknya. Jari-jemari Kyungsoo mula mengepal-ngepal resah. Udara kekok antara mereka makin tebal.
"Awak nak pergi mana?"
"Perpustakaan." jawab Kyungsoo hampir spontan. Segera dia mengetap bibir membuatkan Soyoung bertukar pandangan dengan rakannya.
"Oo.. okay. Saya kena pergi dulu. Bye, Kyungsoo."
"B-bye.."
Kyungsoo menghembus nafas lega. Sesak dadanya tadi!
"Kenapa dengan budak tu? Nervous semacam je aku tengok." bisik rakan Soyoung, masih mencuri lihat belakang Kyungsoo yang menjauh.
"Dia memang macam tu. Cute kan dia?"
Rakannya hanya mengangkat bahu dengan acuh tak acuh.
Akibat pertembungan dengan Soyoung tadi, Kyungsoo membatalkan niat untuk ke perpustakaan dan kembali ke kelas. Longlai kakinya melangkah masuk ke dalam kelas bising berkenaan.
Sekarang, Kyungsoo berada di tempatnya semula. Nafas tenang diambil dan dihembus sampailah seseorang memeluk erat dari belakang.
"Kau pergi mana tadi?! Sampai hati tinggalkan aku dengan makhluk creepy ni!" Dalam jenaka, Haera merintih sambil dijeling maut Luhan. Dahi Haera Luhan cuba jentik namun ditepis. Berbalas tolakan mereka berdua sambil lengan masing-masing ditampar.
"Janganlah bergaduh lagi."
"Kami tak gaduh pun. Kita cuma bergurau je kan, Luhan?" Senyuman plastik Haera membuatkan Luhan mengerutkan hidung dan terus beredar apabila dihalau Haera dengan sepakan angin. Sempat lagi dia meniru mimik muka Luhan.
"Eh, kenapa dengan kau?" tanya Haera sebaik duduk di sebelah Kyungsoo. Pipinya ditongkat sambil memandang rakan baiknya.
"Aku okay je." Bibir Kyungsoo tersenyum separuh.
"Ye ke~" Haera mula mengusik untuk dapatkan jawapan. Belakang leher Kyungsoo digeletek selepas Haera tidak mendapat respon. Kyungsoo terpaksa memendekkan lehernya dan cuba menahan serangan geli itu.
"Okay, aku akan cakap sekali dengan nama dia!"
Haera tersengih bangga dan menghentikan perbuatan kejamnya.
"Aku suka kat Nam Soyoung." Dengan satu helaan nafas, Kyungsoo meluahkan isi hati. "Tapi aku tak tahu dia suka aku tak." Segera dia melarikan muka, enggan melihat pandangan yang diberi Haera.
Ketawa kecil Haera mendengar pengakuan Kyungsoo. "Aku dah agak dah."
..
Hari yang ditunggu Haera sudah tiba. Bungkusan coklat bar sudah sedia dimasukkan ke dalam beg. Bibirnya tak lekang daripada sengihan bak kerang busuk. Rambut pendek paras bahu disikatnya dengan riang. "Hari ni, aku nak bagi coklat kat Jae!"
![](https://img.wattpad.com/cover/76651230-288-k710301.jpg)
YOU ARE READING
Hujan [Do Kyungsoo]
FanfictionKenapa hujan? Hujan membawa dua erti; kesedihan atau ketenangan. Atau kesedihan dalam ketenangan... "Jujur dengan saya, Yoo Haera... Kenapa awak kahwin dengan saya? Sebab awak cintakan saya atau sebab... saya ni kawan baik awak?"