Pasangan muda itu bangun untuk menyapa orang tua mereka yang kebetulan tiba serentak. Masing-masing mengambil tempat dan pesanan mula dicatat oleh si pelayan. Sebaik mereka mula bersantap, maka bermulalah sesi bercerita si pasangan tua.
Si pasangan muda pula saling mencuri cebisan makanan di dalam pinggan sesama sendiri dengan gurauan bisu. Jika orang tua mereka memandang, mereka berlagak normal.
Kyungsoo hanya menjadi pendengar dan kadang kala tersenyum. Haera dihadapan sentiasa dikerling dan Haera membalas dengan isyarat mata. Melihat bibir Kyungsoo yang terukir ke atas, Haera turut sengih kecil; tahu apa yang sedang bermain di minda mereka berdua. Orang tua mereka tak pernah berubah.
"Tak sedarlah kan, dah hampir setahun lebih kita jadi besan. Cepat masa berlalu. Saya rasa makin tua." Puan Yoo bercanda sambil memegang pipinya. Besannya hanya menggeleng diiringi senyuman.
"Awak tetap cantik je." Usikan Encik Yoo ternyata mengena. Tamparan lembut singgah di lengannya.
"Nampaknya, Kyungsoo dan Haera kenalah cepat-cepat bagi cucu, kan?" sampuk Puan Do pula, mendapat sokongan daripada besannya.
Wajah ibu mertuanya, ayah mertuanya dan kemudian orang tuanya, Haera tatap. Mereka semua mempunyai senyuman di bibir.
Dia berhenti sedetik daripada menjamah makanan. 'Aku pregnant-kan anak Kyungsoo?' Haera yang menyangka ibu mertuanya itu bergurau, hanya ketawa ringan tanpa menyedari riak Kyungsoo. Senyuman lelaki itu juga mengendur dan dipaksa pada orang tuanya; seakan tahu Haera akan bereaksi sebegitu.
Tika itu, Haera memandang si suami yang kembali mengunci bicara. Kyungsoo membalas renungan itu namun air mukanya susah untuk ditafsirkan. Haera sedar bahawa kesilapan mungkin telah dilirik. Ironisnya, mereka menyayangi satu sama lain tapi jauh di sudut hati, terdapat jurang yang memisahkan perasaan cinta romantis yang Haera wujudkan.
Muka Kyungsoo beralih pada Puan Do. "Ibu, kalau kita bincang benda ni lain kali, boleh? Lagipun-"
"Ibu masa baya kamu pun dah lahirkan Kyungsoo. Umur kamu dah sesuai Haera. Ibu tak bergurau." Dengan tenang wanita itu melanjutkan bicara.
"Betul tu Haera. Takkan nak tunggu omma tua baru nak bagi cucu pada omma?"
Selera makan Haera hilang sebaik dia menyedari keseriusan ibu bapa mereka tentang hal ini.
Haera diam tak menyatakan sebarang keputusan. Tak sanggup dia meruntunkan hati orang tuanya yang beriak berharap. Pasangan muda itu tidak menuturkan sebarang petah selepas perkara terbabit diungkit.
.
Keadaan malam itu berubah sekelip mata. Udara dingin berlegar memenuhi suasana kereta. Mata Kyungsoo hanya berpusat pada jalan raya. Haera pula diam bersilang tangan, tenggelam dalam penafian. Tak pernah terlintas di fikirannya tentang permintaan ibu bapa mereka untuk mempunyai cahaya mata dengan Kyungsoo. Mengapa? Kerana dia masih menganggap Kyungsoo sebagai rakan baiknya dan bukan... sebagai seorang suami.
Bunyi handbreak ditarik menimbulkan Haera daripada lautan lamunan. Kereta mereka sudah elok terparkir di tempat letak kereta bawah tanah kondominium mereka. Radio yang perlahan memutarkan lagu cinta dimatikan.
"We need to talk, Haera."
Suara Kyungsoo memberi getar pada jiwa gadis berkenaan. Namun, dia masih berlagak tenang seakan tidak terusik. "About what?"
"Jujur dengan saya, Yoo Haera.. Kenapa awak kahwin dengan saya? Sebab awak cintakan saya atau.. sebab saya ni kawan baik awak?" Mata Kyungsoo menatap wajah Haera dengan pandangan hati terluka.
Haera biarkan lelaki itu mencampuri hidup mereka. Antara persahabatan dan perkahwinan mereka. Cinta? Hanya itu yang sentiasa Haera dambakan yang seakan tidak wujud antara mereka.
"Saya.. tak tahu, Kyungsoo.." Wajah lelaki itu tak mampu Haera pandang.
Setelah menghadam beberapa nafas dalam, Kyungsoo mula membuka kisah dahulu mereka. Waktu di mana dia berjanji untuk membuatkan si gadis itu gembira selagi jasad dan rohnya belum terpisah. Tapi dia sedar, mungkin dia sajalah yang memaut harapan yang tak pasti. Senyumannya lemah, "Kita salah buat keputusan ke, Haera..?"
Tanpa sedar jadinya, si gadis mula berkaca matanya. Dia menunduk, menyembunyikan wajah.
"Perkahwinan ni.. mungkin kita silap, kan?" Suara Kyungsoo seakan berputus asa. "Awak dah jumpa orang yang awak cinta kan?"
Kaget Haera mendengar tekaan itu. "Kyungsoo.." Haera memperoleh kekuatan untuk mengangkat wajah. Dia melihat kekusutan pada raut Kyungsoo. Ketika itu, dia sedar, kasih lelaki berkenaan terusai dengan perselisihan faham ini. "Bukan macam tu, Kyungsoo."
Walaupun sakit, bibir tetap mengukir ke atas. Tangan Kyungsoo mengusap lembut pipi Haera. "Tak mengapa, Haera. Saya faham."
Jawapan Kyungsoo menghadirkan pinga Haera. Apa yang lelaki itu faham? Faham akan perasaan berbelah bahaginya atau menyangka bahawa dia sudah mencintai hati lain? Haera menuruti apabila Kyungsoo turun daripada kereta.
"Kyungsoo, dengar dulu apa yang saya nak cakap." Dia berlari anak ke seberang kereta dan menahan Kyungsoo daripada pergi. Lengan lelaki itu dipegang, "Saya bukan tak sayangkan awak. Saya sayangkan awak, Kyungsoo. Ia cuma-"
"Ia cuma awak tak cintakan saya kan? Saya sedar, Haera." Pautan itu dijatuhkan dan setelah punat kunci kereta ditekan, Kyungsoo berjalan meninggalkan Haera tanpa menoleh.
"Kyungsoo!"
Tiada lagi pimpinan tangan sebaik mereka memasuki lif, tiada lagi usikan dan jenaka antara mereka sebaik pintu kondominium dibuka dan tiada lagi pelukan tika mereka ingin lelapkan mata.
Haera mengerling badan Kyungsoo yang mengiring membelakanginya. Jika dahulu, tak pernah dia terasa kekok untuk memanggil namanya. Tapi sekarang, nama itu tajam seperti duri kaktus yang menikam lidah. Dengan keluhan perlahan, Haera bangun dan keluar daripada bilik malap itu.
Setelah berlabuh punggung di sofa dan mencicip program TV yang ke udara, si gadis akhirnya terlelap. Dia bermimpi dengan mengimbau semula zaman awal perkahwinan mereka; ketika Kyungsoo sentiasa berada di sisinya.
Di sofa ini, jika pada malam dia tak dapat lelapkan mata dan menonton wayang yang bertayang, Kyungsoo pasti turut menemani. Walaupun mulutnya sentiasa bertutur tentang perkara remeh, pasti Kyungsoo akan melayan setiap bait kata sehinggalah dia dapat pejamkan mata di bahunya.
Dalam lelap, gadis itu mengalirkan butiran kaca jernih terbit daripada kolam mata.
Kyungsoo tersedar dan melihat celahan cahaya datang daripada luar. Dia turun daripada katil dan membuka pintu, disapa ruang tamu yang terang-benderang. Televisyen yang sudah tamat siaran, dimatikan. Kyungsoo menoleh ke Haera yang lena dalam duduk di sofa. Keningnya mengerut kecil apabila dia perasan akan kesan air mata di pipi gadis itu.
Tangannya perlahan-lahan bergerak menyentuh pipi dingin Haera dan menyapu kering kesan air mata itu. Dengan lembut, Kyungsoo mencempung badan Haera lalu dibawa masuk ke bilik dan dibaringkan ke atas katil. Selimut terus menyelimuti badan gigil gadis itu. Kyungsoo duduk di birai katil, memerhati lama wajah lena Haera. Jika sudah sampai masanya, mungkin ia sudah ditakdirkan; cinta di hati tidak diperlukan lagi. Mungkin dia harus berhenti berharap...
Dunia mereka telah berubah dan digubah; ia kejam dan ia tulus. Dan mereka telah berlalu ke laluan yang tiada lagi jalan pulang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hujan [Do Kyungsoo]
Fiksi PenggemarKenapa hujan? Hujan membawa dua erti; kesedihan atau ketenangan. Atau kesedihan dalam ketenangan... "Jujur dengan saya, Yoo Haera... Kenapa awak kahwin dengan saya? Sebab awak cintakan saya atau sebab... saya ni kawan baik awak?"