Bunyi tepukan beserta sorakan perlahan bergema di dalam dewan kecil itu. Haera dan Kyungsoo bertukar senyuman sambil menyulam tangan. Mereka beransur turun daripada altar untuk menyapa tetamu. Kini dua buah keluarga menjadi satu. Mereka tersenyum ke arah kamera yang merakam memori untuk mereka.
"Luhan!" Haera mendepakan tangan dengan teruja melihat kedatangan rakan lama sejak sekolah rendahnya. Luhan membalas dengan cebikan gurauan membuatkan Kyungsoo menggeleng kecil. Perangai mereka tak pernah berubah.
"Apa Luhan Luhan?"
Soalan itu membuatkan Haera tersengih. "Kau ni. Nak panggil nama kau pun tak boleh."
"Aku dah agak dah. Korang berdua mesti kahwin jugak akhirnya. I knew it."
Kyungsoo ketawa pendek. Dia juga tidak menyangka perkahwinan ini akan berlaku. Tapi, tiada benda yang mustahil. "Anyway, thanks sebab datang. Aku tahu kau mesti sibuk sekarang."
Luhan mempamerkan senyuman manisnya sambil bahu Kyungsoo ditepuk-tepuk. "Aih, bestfriends aku yang kahwin. Gila tak datang."
"Nanti kau kahwin, jangan lupa jemput kitaorang. Kalau tak, siap kau." Dalam jenaka, Haera memberi amaran.
Kyungsoo menoleh ke orang tuanya yang memanggil dari jauh. Segera dia meminta diri.
Melihat Kyungsoo pergi, barulah Luhan ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. "Haera, aku nak bagi nasihat sikit."
"What?" Haera menyangka Luhan masih bergurau walaupun muka lelaki itu beransur tenang.
"Kau kena ingat yang kau kena sayang Kyungsoo tu lebih daripada seorang kawan karib. Kyungsoo is a good guy. Don't take him for granted. Aku harap kau sentiasa ingat pesanan aku ni."
Bahu Luhan dipukul lembut. "Kau kenapa, Luhan? Dah tentulah aku sayang Kyungsoo. Kalau tak, kenapa aku kahwin dengan dia?"
"Well, aku nasihatkan kau je.. sebab hati boleh berubah bila-bila masa."
.
Terasa tangan hangat Kyungsoo bercantum dengan tangannya, Haera menoleh.
"Percaya tak?" Lebar senyuman Haera memandang lelaki yang telah menjadi suaminya sejak tiga bulan lalu.
"Tentang apa?" Tenang saja Kyungsoo membalas.
Kembali pintu rumah kondominium yang dibeli mereka dipandang. "First, kita berdua dapat kerja bagus. Kedua, kita kahwin. Ketiga, kita dapat beli rumah. Gosh, this is great!" Haera mula ketawa kecil seperti seorang remaja teruja. Kyungsoo dipeluk sekilas. Haera masih tak dapat mempercayai bahawa mereka dapat menduduki sebuah unit kondominium yang telah dilengkapi perabot; yang sudah lama menjadi impian Haera.
"Jomlah masuk." Beg pakaian mereka dibimbit bersama.
"Woah, tengok tu! Cantiknya beranda dia!" ucap Haera sebaik mereka menjejakkan kaki ke dalam kondo berkenaan. Beranda yang tak beratap itu terletak bertentangan dengan pintu utama. Laju Haera berjalan ke beranda yang agak luas. Pintu kaca terus dikuak dan angin mendung petang melanggarnya. Seperti di dalam filem Titanic, Haera mendepakan tangan untuk merasai bayu yang menerpa.
Kyungsoo datang dari belakang dan melingkari pinggang Haera dengan lembut. Dagunya ditongkat di bahu Haera. "Seronok kan kat sini?" bisik Kyungsoo membuatkan Haera tersenyum dan mengangguk.
Perlahan-lahan Haera mendongak ke atas dan melihat langit kelabu. Setitis demi setitis air hujan menimpa mukanya. Tak lama kemudian, bumi dibasahi. Suasana itu menenangkan Haera.
"Hujan ni. Mari kita masuk?" Kyungsoo berdiri di sebelah Haera, tangan masih di pinggang isterinya.
Haera memusingkan badan, berdiri berhadapan dengan Kyungsoo dan melingkari belakang lehernya. "Jom main hujan?"
Ajakan Haera membuatkan Kyungsoo menyenget kepala; berasa hairan. Hujan masih renyai mencurah. Haera memandang Kyungsoo dengan senyuman tenang.
"Macam mana?" tanya Kyungsoo diiringi ketawa ringan, makin kuyup seperti Haera.
"..tak tahu." Haera kekok untuk menggunakan 'aku' dalam percakapannya. Perkataan itu makin lama dirasakan tak sesuai untuk diucapkan. Haera masih mencuba untuk mengubah gaya perbualannya dengan Kyungsoo. Maklumlah, status mereka sudah berbeza sekarang.
Jawapan Haera mendatangkan lagi sengihan Kyungsoo.
"How about a dance?"
"Dancing in the rain?"
Umpama diiringi muzik klasik Eropah, pasangan muda berkenaan mula berayun perlahan. Mereka berterusan seperti itu sambil ketawa terluah daripada bibir mendingin mereka.
"Seeejukknya!" Dengan gigil, Haera menuju ke bilik tidur untuk mencari tuala diikuti Kyungsoo. Bukaan langkah kaki Haera sempit seperti gadis geisha. Sebaik menjumpai tuala, terus badannya dibaluti. Sehelai lagi dibaling kepada Kyungsoo yang sempat menyambut.
"A-aku masuk mandi dulu eh?" Mulutnya yang terketar membuatkan Haera tersengih. Tak sangka sampai begini akibat mandi hujan. Sudah terbayang air panas yang menanti.
"Aku pun nak mandi jugak.. Se-sejuk." Kyungsoo juga sama seperti Haera, ketar.
"Ah, takde. Aku mandi dulu." Laju Haera memasuki bilik mandi dan menutup pintu. Dengan tak sabar, pancutan air hujan panas terus dipasang dan membasahi pakaian Haera yang masih tersarung.
Akibat tak tahan dengan kesejukan yang mencengkam, Kyungsoo menyibukkan diri ke dalam bilik mandi.
"Bouya, Do Kyungsooo?!"
"Aku sejuklah!"
Dua bungkus manusia berbungkus selimut sedang menghirup minuman coklat panas daripada gelas masing-masing di sofa. Mata mereka berpusat pada skrin televisyen. Hujan masih sayup-sayup kedengaran di luar.
"Okay tak air tu?" Suara Kyungsoo sudah kembali normal, seperti suhu badannya.
"Okay. Pandai kau buat. Thanks." Sebaris sengihan Haera terpamer. Bakat Kyungsoo dalam bab makanan tak perlu didebat. "Untung aku dapat suami yang pandai masak."
Bibir terukir ke atas. Pujian Haera itu kedengaran agak canggung tapi dia sukakannya. Kyungsoo yang sudah menghabiskan minuman, meletakkan mug ke atas meja di hadapan mereka.
"Bukan kau pandai masak jugak kan?"
"Benda simple boleh lah. Bukan macam kau." Haera menjuih bibir tanda protes yang dibuat untuk bergurau.
Kyungsoo tak menjawab tapi sebaliknya hanya merenung Haera. Gadis itu masih menatap televisyen namun menoleh apabila Kyungsoo tak bersuara.
"What?" soal Haera. Kyungsoo tidak bereaksi. Geram, Haera mengacah hujung selimut ke muka lelaki berkenaan. "Yah, janganlah tengok aku macam tu! Ugh."
"Kenapa? Tak boleh ke?" Kyungsoo memegang tangan Haera yang sibuk menghampiri mukanya. Kembali wajah Haera direnung menjadikan gadis tersebut tak senang duduk.
"Janganlah!" Walaupun Haera tahu Kyungsoo sedang mengusiknya, tetapi dia tetap berasa malu. Tangannya yang satu lagi segera menarik selimut menyelubung muka. Sengihan di bibir dapat disorok.
Kyungsoo melepaskan tangan Haera yang dipegang dengan ketawa kecil.
Jika hujan membahagiakan,
Bukankah lebih baik ia kekal hujan;
Untuk selamanya?
ANDA SEDANG MEMBACA
Hujan [Do Kyungsoo]
FanfictionKenapa hujan? Hujan membawa dua erti; kesedihan atau ketenangan. Atau kesedihan dalam ketenangan... "Jujur dengan saya, Yoo Haera... Kenapa awak kahwin dengan saya? Sebab awak cintakan saya atau sebab... saya ni kawan baik awak?"
![Hujan [Do Kyungsoo]](https://img.wattpad.com/cover/76651230-64-k710301.jpg)